Kitab
al-Mawahib al-Saniyyah bi Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المواهب السنية بشرح المقدمة الحضرمية) merupakan
sebuah karya fiqh mazhab al-Syafi’i yang disusun oleh Syaikh Sa’id bin Muhammad
Ba ‘Ali Ba’asyan al-Daw’ani al-Hadhrami (1220-1270H).
Kitab al-Mawahib al-Saniyyah
ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Muqaddimah
al-Hadhramiyyah (المقدمة الحضرمية) atau juga
dikenali dengan judul Masa-ilal-Ta’lim (مسائل التعليم), iaitu sebuah karya al-Imam Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman
Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).
Kitab
al-Mawahib al-Saniyyah telah diringkaskan sendiri oleh Syeikh Sa’id Ba’asyan
al-Daw’ani melalui karyanya yang berjudul Busyra al-Karim bi Syarh Masa-il
al-Ta’lim (بشرى الكريم بشرح
مسائل التعليم).
Perkara ini ada disebutkan oleh Syeikh Sa’id Ba’asyan dalam pendahuluan kitab
Busyra al-Karim. Menurut beliau ketebalan kitab Busyra al-Karim hampir separuh ketebalan
kitab asalnya (al-Mawahib al-Saniyah ).
Kitab Busyra
al-Karim ini lebih terkenal sebagai syarah kitab Masa-il al-Ta’lim berbanding
kitab al-Mahawahib al-Saniyyah, kerana ia telah dicetak dan diiterbitkan untuk
bacaan dan rujukan para ulama dan penuntut ilmu. Sedangkan kitab al-Mawahib
al-Saniyyah, penulis sendiri belum mendapat maklumat kewujudannya ketika ini,
sama ada dalam bentuk manuskrip maupun bentuk cetakan.
Berdasarkan kitab
Busyra al-Karim yang diterbitkan (cetakan 1 - 2004/1425) oleh Dar al-Minhaj, ia
dicetak dalam satu jilid dengan 718 halaman. Kitab ini dalam bentuk file PDF
boleh dimuat turun di بشرى الكريم / بشرى الكريم.
No comments:
Post a Comment