Kitab
al-Fawaid al-Makiyyah (الفوائد المكية) atau
judul lengkapnya al-Fawaid al-Makiyyah Fi Ma Yahtajuhu Thabah al-Syafi’iyyah
Mn al-Masail wa al-Dhawabith wa al-Qawa’id al-Kulliyyah (الفوائد المكية فيما يحتاجه طلبة الشافعية من المسائل والضوابط
والقواعد الكلية
) merupakan sebuah karya
yang berkaitan usul dan qawaid fiqh yang disusun oleh al-Imam al-Sayyid ‘Alawi
bin Ahmad bin Abdur Rahman al-Saqqaf al-Syafi’i al Makkiy (1255H-1335H).
Kitab
ini sangat diperlukan dan menjadi panduan para ulama dan penuntut ilmu dalam
mazhab Syafi’i kerana padanya sangat banyak terkandung faedah-faedah bagi
setiap hukum hakam dalam Islam. Dalam kitab ini juga penyusunnya membahaskan mengenai
kewajipan menuntut ilmu serta adab adab yang wajib dipelihara.
Sayyid
‘Alawi al-Saqqaf kemudiannya telah meringkaskan kitab al-Fawaid al-Makiyyah ini
dengan sebuah karya beliau yang berjudul Mukhtashar al-Fawaid al-Makkiyyah Fi
Ma Yahtajuhu Thaolabat al-Syafi’iyyah ().
Kitab
al-Fawaid al-Makiyyah boleh dimuat turun di pautan الفوائد المكية.
Manakala kitab ringkasannya di pautan Mukhtashar al-Fawaid al-Makiyyah.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment