Kitab yang kecil ini mengandungi
fatwa yang disusun oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani sebagai jawapan bagi persoalan
yang berkaitan dengan ucapan tahniah ketika menyambut hari raya dan selainnya. Dalam
kitab ini beliau mengeluarkan fatwa bahawa perkara tersebut adalah perkara yang
masyru’ah (yang disyariatkan) dalam Islam. Fatwa ini muncul setelah beliau
meneliti beberapa riwayat dan atsar dari para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in,
serta pandangan para ulama mazhab yang empat. Semua riwayat dan pandangan para ulama yang menjadi penelitian dan
rujukan beliau tersebut dihimpunkan dalam kitab ini.
Berdasarkan kitab yang diterbitkan
oleh Darul Basya-ir, Beirut (cetakan 1/2004), kandungan merangkumi 55 halaman. Kitab
ini boleh dimuat turun di pautan جزء في التهنئة في الأعياد وغيرها.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment