Kitab ini disusun sebagai hasyiah (komentar) bagi kitab al-Manhaj
al-Qawim Syarh Masa-il al-Ta’lim (المنهج القويم شرح مسائل التعليم), iaitu
sebuah karya al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (909-973/974H). Sedangkan kitab
al-Manhaj al-Qawim pula merupakan kitab syarah (huraian) bagi kitab Masa-il al-Ta’lim (مسائل التعليم)
atau al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المقدمة الحضرمية), karya al-Imam Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami
(850-918H).
Di kalangan ulama mazhab Syafi’i, kitab al-Mawahib al-Madaniyyah ini juga
dikenali dengan judul al-Hasyiah al-Kubra ‘ala Syarh al-Muqaddimah
al-Hadhramiyyah (الحاشية الكبرى على شرح المقدمة الحضرمية). Kitab ini
dipanggil al-Hasyiah al-Kubra kerana selain kitab ini, Syeikh Muhammad al-Kurdi
ada menyusun kitab yang lain lebih kecil (kurang sedikit halamannya) sebagai
hasyiah bagi kitab Manhaj al-Qawim. Kitab ini diberi judul al-Hawasyi
al-Madaniyyah ‘ala al-Manhaj al-Qawim (الحواشي
المدنية على المنهح القويم).
Berdasarkan kitab yang diterbitkan oleh Maktabah Thalib al-‘Ilm, Dimasyq,
Syria (cet-1/2013), ia telah dicetakkan dalam 4 jilid. Manakala terbitan
terkini oleh Dar al-Nour al-Mubin (cet-1/2021), ia dicetakkan dalam 6 jilid.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment