Kitab Fath al-Wahhab bi Syarh Manhaj al-Thullab adalah karya Shaykh al-Islam Abu Yahya
Zakariyya al-Anshari (826-926H). Ia merupakan syarah (huraian) Shaykh Abu Yahya
Zakariyya al-Anshari terhadap kitab Manhaj
Thullab, iaitu hasil karyanya sendiri. Kitab Manhaj al-Thullab tersebut
pula merupakan hasil ringkasannya tehadap kitab Minhaj al-Thullab karya al-Imam
Muhyiddin al-Nawawi.
Kitab Fath
al-Wahhab ini telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa orang ulama
terkemudiannya, antaranya;
i. al-Shaykh
Sulayman bin ‘Umar bin Muhammad al-Bujayrimi telah melakukan komentar (hasyiah) ke atas
kitab ini dengan judul komentarnya al-Tajrid Li Naf‘ al-‘Abid.
ii. al-Shaykh
Sulayman b. ‘Umar bin. Mansur al-‘Ujayli al-Misri al-Syafi‘i (1204H) dengan
komentarnya berjudul Futuhaat al-Wahhab bi Tawdhih
Syarh Minhaj al-Thullab atau dikenali dengan Hasyiah al-Jamal ‘Ala Syarh al-Manhaj.
Kitab Fath al-Wahhab ini juga mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam mazhab Syafi‘i kerana pandangan-pandangan fiqh yang
dikemukakan di dalamnya antara yang muktamad dalam mazhab Syafi‘i. Menurut
kebanyakan ulama-ulama mazhab Syafi‘i yang muta'akhhirin (mereka yang
hidup dalam lingkungan tahun 1004H hingga 1335H), pandangan-pandangan beliau
ini dianggap rajih dalam mazhab dan muktamad untuk difatwakan jika
sesuatu masalah itu tidak disentuh dalam karangan-karangan Shaykh Ibn Hajar
al-Haytami dan Shaykh Syams al-Din al-Ramli.
Kitab ini boleh didownload di pautan berikut:
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=7137
No comments:
Post a Comment