Kitab al-Anwar
li A’mal al-Abrar (الأنوار لأعمل الأبرار) merupakan sebuah karya fiqh mazhab
Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-'Allamah Syaikh Jamal al-Din Yusuf bin
Ibrahim al-Ardabili (779H). Kitab ini terkenal dengan judul ringkasnya al-Anwar.
Menurut
pengarang, kitab al-Anwar ini mengandungi isu-isu fiqh penting yang sentiasa
berlaku di kalangan orang ramai, namun ianya tidak disentuh dalam beberapa kitab
yang muktabar yang menjadi rujukan para ulama.
Kitab ini tersebar luas di kebanyakan tempat dan mendapat penerimaan yang baik oleh pengikut-pengikut mazhab Syafi‘i untuk dipelajari. Fatwa-fatwa yang terkandung di dalamnya menjadi rujukan para ulama terkemudian dan disebutkan dalam karya-karya mereka.
Kitab ini tersebar luas di kebanyakan tempat dan mendapat penerimaan yang baik oleh pengikut-pengikut mazhab Syafi‘i untuk dipelajari. Fatwa-fatwa yang terkandung di dalamnya menjadi rujukan para ulama terkemudian dan disebutkan dalam karya-karya mereka.
Penyusunan kitab al-Anwar ini berdasarkan beberapa kitab fiqh mazhab Syafi’i yang muktabar dan sering menjadi rujukan para ulama, antaranya;
a) Kitab al-Syarh al-Kabir[1], al-Syarh al-Shaghir dan al-Muharrar[2] karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi‘i al-Qazwaini (624H).
b) Kitab Rawdhah al-Thalibin karya Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
c) Kitab al-Hawi al-Shaghir karya al-Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini (665H).
d) Kitab al-Tahzib dan al-Fatawa karya Imam Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi (516H).
Kitab
ini telah mendapat perhatian para ulama dan telah diberikan huraian, komentar
dan ringkasan. Terdapat dua kitab yang disusun sebagai komentar (hasyiah) yang
telah dicetak, iaitu Hasyiah al-Kummathra dan Hasyiah
al-Hajj Ibrahim.
Kitab
al-Anwar ini juga ada diringkaskan oleh Imam Jamaluddin Abu Abdullah Muhammad
bin Ahmad bin Fadhl al-Hadhrami (840-903H) yang terkenal dengan nama Ibn ‘Ali Bafadhal al-Sa’diy melalui
karyanya yang berjudul Nur
al-Abshar fi Mukhtashar al-Anwar (نور الابصار في مختصر الأنوار)[3].
Kandungan
kitab al-Anwar juga telah disusun kembali dengan beberapa tambahan
(al-Zawa-id) oleh Sirajuddin Abu Hafsh ‘Umar bin Muhammad al-Yamani dengan
kitabnya Anwar al-Anwar ( (الأنوار الأنوار).
Kitab
al-Anwar ini boleh dimuat turun di pautan الأنوار لأعمل الأبرار.
Semoga
bermanfaat.
[1] Ia juga dikenali dengan judul Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz.
Di mana ia merupakan kitab syarah (huraian) bagi kitab al-Wajiz karya
Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali (505H). Kitab ini telah diringkaskan oleh
Imam al-Nawawi melalui kitabnya Rawdhah al-Thalibin dan
al-‘Allamah Abdul Ghaffar al-Qazwaini melalui kitabnya al-Hawi
al-Shaghir.
[2] Ia adalah ringkasan bagi kitab al-Wajiz
karya al-Ghazali. Kitab al-Muharrar kemudian telah diringkaskan oleh Imam
al-Nawawi dalam kitabnya Minhaj al-Thalibin dengan beberapa tambahan. Manakala
al-Qadhi Syihabuddin Ahmad bin Yusof al-Sanadi (895H) telah menghurai (syarah)
kitab al-Muharrar dalam karyanya Kashf al-Durar fi Syarh al-Muharrar.
[3] Kitab ini telah dihurai (syarah)
pula oleh Imam Abu al-Sa’adat Muhammad bin Ahmad bin Ali al-Fakihi al-Makki
al-Hanbali al-Syafi’i (923-992H) melalui karyanya yang berjudul Nur
al-Abshar Syarh Mukhtashar al-Anwar (نور الابصار شرح مختصر الأنوار).
Assalamualaikum..saya mau tanya, ini dapet biografinya darimana ya? Soalnya saya sedang mencari biografi pengarang kitab tsb..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam warahmatullah. Saya sendiri belum mendapat biografi pengarangnya. Catatan ringkas kitab ini, saya hanya petik dari kitabnya yang boleh di"download" di pautan di atas. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.
ReplyDeletegimana cara ngunduh kitabnya doong.. huhhuuu
ReplyDelete