Showing posts with label al-iqna'. Show all posts
Showing posts with label al-iqna'. Show all posts

Monday, September 10, 2018

al-Iqna' ( الإقناع )


Kitab al-Iqna’ ( الإقناع )[1] yang ingin dikongsi dengan pembaca adalah sebuah karya dalam bidang hadis hukum yang disusun oleh al-Imam al-Hafizh al-Mujtahid Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim bin al-Munzir al-Naysaburi (318H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Munzir.

Kandungan kitab ini dibahagikan kepada beberapa judul permasalahan fiqh yang dinamakan sebagai kitab tertentu, seperti kitab thaharah (bersuci), kitab Solat dan sebagainya.  Setiap kitab pula dibahagikan kepada beberapa bab.

Dalam kitab al-Iqna’ ini, Ibn al-Munzir bukan sekadar menghimpunkan hadis-hadis hukum sahaja, bahkan beliau juga memberikan huraian atau komentar setiap hadis tersebut.

Berdasarkan kitab al-Iqna’ yang ditahkik oleh Dr. Abdullah bin Abdul Aziz al-Jibrin, yang diterbitkan dengan cetakan pertamanya pada tahun 1988,  kitab ini diterbitkan dalam dua jilid (828 halaman). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan  الإقناع




[1] Selain kitab ini, terdapat kitab lain yang juga berjudul al-Iqna’, antaramya;
a)    al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقه الشافعي), karya al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi (364-450H). Baca maklumat lanjut di sini.
b)  al-Iqna’ fi Masail al-Ijma’ (الإقناع في مسائل الإجماع). Sebuah kitab yang memhimpun beberapa permasalahan hukum yang dianggap menjadi ijmak para ulama. Kitab ini disusun oleh al-Imam Ibn al-Qaththan Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Malik al-Katami al-Hamiri al-Fasi (). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://waqfeya.com/book.php?bid=8916.
c)   al-Iqna’ fi Hal Alfazh Abi Syuja’  (الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع). Sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-‘Allamah Muhammad Al-Khathib al-Syarbini (977H). Baca maklumat lanjut mengenai kitab ini di sini..
d)      al-Iqna’ li Thalib al-Intifa’ (الإقناع لطالب الانتفاع). Sebuah kitab fiqh mazhab Hanbali karya Syarafuddin Abu al-Naja Musa bin Ahmad al-Hijjawi al-Maqdisi, al-Dimasyqi al-Hanbali (895-968H). Maklumat maklumat lanjut mengenai kitab ini, boleh dibaca sebuah artikel (dalam bahasa Arab) di pautan http://www.feqhweb.com/vb/t3139.html. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan  http://waqfeya.com/book.php?bid=4999.

Tuesday, December 6, 2016

al-Iqna’ (الإقناع)


a)  al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقه الشافعي)
Sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi (364-450H). Baca maklumat lanjut di http://abusyahmin.blogspot.my/2016/02/al-iqna-fi-al-fiqh-al-syafii.html

b)  al-Iqna’ fi Masail al-Ijma’ (الإقناع في مسائل الإجماع)
Sebuah kitab yang memhimpun beberapa permasalahan hukum yang dianggap menjadi ijmak para ulama. Kitab ini disusun oleh al-Imam Ibn al-Qaththan Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Malik al-Katami al-Hamiri al-Fasi (). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan berikut;

c)  al-Iqna’ fi Hal Alfazh Abi Syuja’  (الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع)
Sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-‘Allamah Muhammad Al-Khathib al-Syarbini (977H). Baca maklumat lanjut mengenai kitab ini di pautan http://abusyahmin.blogspot.my/2013/09/kitab-al-iqna-fi-hall-alfaz-abi-syuja.html

d)  al-Iqna’ li Thalib al-Intifa’ (الإقناع لطالب الانتفاع) 
Sebuah kitab fiqh mazhab Hanbali karya Syarafuddin Abu al-Naja Musa bin Ahmad al-Hijjawi al-Maqdisi, al-Dimasyqi al-Hanbali (895-968H). Maklumat maklumat lanjut mengenai kitab ini, boleh dibaca sebuah artikel (dalam bahasa Arab) di pautan http://www.feqhweb.com/vb/t3139.html. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan  http://waqfeya.com/book.php?bid=4999.

Thursday, February 25, 2016

al-Iqna’ fi al-fiqh al-Syafi’i


Kitab al-Iqna’ fi al-fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقه الشافعي) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi (364-450H).

Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas dan padat dengan beberapa permasalahan fiqh menurut mazhab Syafi’i. Walaupun ringkas, kandungannya merangkumi hampir keseluruhan bab fiqh yang biasa dibincangkan oleh para fuqaha dalam kitab-kitab mereka. Dikatakan kitab ini diringkaskan oleh Imam al-Mawardi dari kitab beliau yang berjudul al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i ( - الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي) .

Menurut Haji Khalifah, kitab ini  memaparkan beberapa permasalahan hukum syarak, tanpa mendatangkan sokongan atau dalil dari al-Quran atau al-Sunnah. Namun begitu,  pendapat-pendapat yang disebutkan oleh al-Mawardi dalam kitab ini adalah berdasarkan pendapat para fuqaha yang terpercaya.

Imam al-Nawawi banyak menukil pendapat al-Mawardi yang terdapat dalam kitab al-Iqna’ dan menyebutkan dalam beberapa karya beliau. Kandungan kitab iqna’ juga ada dinukilkan oleh Imam al-Ramli  sebagaimana yang disebutkan dalam kitab al-Fatawanya.

al-Yaqut al-Hamawi ada menyebutkan dalam kitab al-Mu’jam al-Udaba’ bahawa penyusunan  kitab al-Iqna’ oleh al-Mawardi ini berdasarkan perintah oleh Khalifah al-Qadir Billah, iaitu Khalifah ‘Abbasiyyah ketika itu. Di mana khalifah memerintahkan  para ulama dari mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali agar menyusun sebuah kitab yang ringkas dan padat dengan permasalahan fiqh mengikut pendapat mazhab masing-masing. 

Lalu perintah itu disambut oleh beberapa orang ulama terkenal mewakili mazhab masing-masing,  iaitu; Imam al-Mawardi telah menyusun kitab al-Iqna’ berdasarkan mazhab Syafi’i, Imam Abu al-Husain al-Qadduri menyusun kitab al-Mukhtashar (Mukhtashar al-Qadduri) berdasarkan mazhab Hanafi,  al-Qadhi Abu Muhammad Abdul Wahhab bin Nashr al-Maliki menyusun kitab Mukhtashar-nya berdasarkan mazhab Maliki, dan seorang ulama di kalangan mazhab Hanbali yang tidak dipastikan namanya telah menyusun kitab al-Mukhtashar berdasarkan mazhabnya.  

al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani (533-593H) telah menyusun sebuah kitab huraian bagi kitab al-Iqna’ melalui karyanya Syarh al-Iqna’.

Catatan ringkas ini disusun berdasarkan pengenalan ringkas yang disebutkan di awal kitab al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i, yang dterbitkan dalam satu jilid oleh Dar Ehsan, Iran  dengan cetakan pertamanya pada tahun 1420H /2000M.

Kitab ini boleh dibaca dan di “download” di pautan

Semoga bermanfaat.

Thursday, September 5, 2013

AL-IQNA' FI HALL ALFAZH ABI SYUJA'


Kitab  al-Iqna' fi Hall Alfazh Abi Syuja' ( الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع ) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi'i  yang terkenal di kalangan ulama mazhab al-Syafi'i yang mutaakhir. Kitab ini adalah hasil karya al-Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbiniy (977H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah matan fiqh yang terkenal, iaitu Matn al-Taqrib atau terkenal dengan nama Matn Abi Syuja'  sempena nama pengarangnya al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani(533-593H).

Kitab al-Iqna’ ini menjadi kitab standard bagi kebanyakan pusat pengajian Islam sama ada peringkat menengah maupun peringkat pengajian tinggi di universiti-universiti di Timur Tengah. Di Malaysia, ia dijadikan teks pengajian fiqh Syafi’iyyah di pondok-pondok.

Berdasarkan beberapa edisi Arabnya, kitab ini mempunyai dua juz, yang digabungkan dalam sebuah buku.

Saya dapati kitab ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa. Sebagaimana edisi Arabnya, kitab terjemahan ini juga mempunyai dua juz yang digabungkan dalam sebuah buku yang agak tebal, iaitu 1082 halaman.

Kitab versi Arabnya boleh dimuat turun di pautan http://www.waqfeya.com/book.php?bid=6204

Di antara kitab hasyiah bagi kitab al-Iqna’  ialah;

a)  Hasyiah ‘ala al-Iqna’, karya al-Imam al-Qalyubi, Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah, Syihabuddin al-Qalyubi al-Mishri (1069H/1659M).

b)   Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khathib (تحفة الحبيب على شرح الخطيب), karya al-‘Allamah Syaikh Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari (1131-1221H). Kitab ini terkenal di kalangan ulama mazhab Syafi’i sebagai  al-Bujairimi ‘ala al-Khathib. Baca lagi ...

c)   Hasyiah al-Nabrawi ‘ala al-Iqna’ (حاشية النبراوى على الاقناع شرح الخطيب لأبي شجاع) (masih hidup tahun 1257H), karya Syaikh Abdullah bin Muhammad al-Nabrawi. Berdasarkan terbitan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, ia dicetak dalam 3 jilid. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan حاشية النبراوى على الاقناع.

Semoga bermanfaat.