
Kandungan kitab yang memuatkan 191 bait nazam ini telah mendapat perhatian para ulama dan menjadi rujukan serta diajar di pusat-pusat pengajian Islam. bagi memudahkan kefahaman para pelajar, kandungan kitab ini telah diulas dan diberikan huraiannya oleh para ulama.
Di antara ulama yang telah menyusun kitab huraian (syarah) bagi kitab Hidayah al-Adzikiya’ ini adalah;
a) Syeikh Abdul Aziz bin Syeikh Zainuddin al-Malibari (993)[2]
melalui dua buah karya beliau, iaitu;
ii) Maslak al-Atqiya wa Manhaj al-Ashfiya’ fi Syarh Hidayah al-Adzkiya’ ila
Thariq al-Auliya’ ( مسلك الأتقياء ومنهج الأصفياء في شرح هداية الأذكياء إلى طريق الأولياء)[4].
b) Sayyid Abu Bakar bin Muhammad Syatha al-Dimyathi (1226-1310H)) melalui
karya beliau yang berjudul Kifayatul Atqiya wa Manhaj al-Ashfiya (كفاية الاتقياء ومنهاج الاصفياء).
c) Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani (1316H) melalui karyanya yang
berjudul Salalim Fudhahala’ li Khatimah Nubala` (سلالم الفضلاء لخاتمه النبلاء,علي منظومه هدايه الاذكياء الي
طريق الاولياء).
Semoga
bermanfaat.
[1]
Beliau adalah
datuk kepada al-Imam Ahmad Zaynuddin bin Muhammad al-Ghazali bin Zaynuddin bin
Ali bin Ahmad al-Malibari al-Syafi’i (938-1028H), penyusun kitab Fath al-Mu’in bi
Syarh Qurrah al-‘Ain () yang terkenal dalam fiqh Syafi’i.
[2] Beliau adalah
anak kepada penyusun kitab Hidayah al-Adzikiya’.
[3] Huraian yang
ringkas
[4] Huraian yang
yang lebih panjang.
No comments:
Post a Comment