Buku “ Adab Orang Islam ” merupakan sebuah buku yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Buku ini diterbitkan dengan cetakan pertama pada tahun 2014 dan cetakan kedua pada tahun 2017. Kedua-dua cetakan, buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi. Berdasarkan cetakan kedua 2017, ketebalan buku ini merangkumi 230 halaman.
Buku ini adalah terjemahan lengkap bagi bab “ Fi al-Adab (في الأدب)” dari buku Minhaj al-Muslim (منهاج المسلم), iaitu sebuah karya dalam bahasa Arab yang disusun oleh Abu Bakr al-Jazair – sebuah buku yang sangat popular di tengah masyarakat umat Islam masa kini. Isinya mengungkapkan perkara-perkara mengenai adab-adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian seorang muslim, sama ada yang berkaitan dengan dirinya, keluarganya, jiran-jiranya maupun hubungannya dengan sesama islam dan bukan islam.
Terjemahan buku ini diusahakan oleh al-Fadhil Tuan Haji Hasan bin Idris (2003), bekas pegawai pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan – merangkap sidang pengarang Pengasuh. Selepas terjemahan ini selesai dikerjakan oleh penerjemahnya, ia telah disiarkan secara bersiri dalam Majalah Pengasuh pada masa hayat penerjemahnya, dan berakhir pada keluaran Pengasuh bilangan 576 (Okt-Nov. 2002).
Terjemahan ini kemudiannya telah diterbitkan kembali dalam bentuk yang tidak lengkap di bawah siri buku-buku percuma MAIK pada tahun 1991 dan 1992. Pada cetakan pertama (1991) buku ini hanya mengandungi sehingga bab Adab-adab Terhadap Binatang. Manakala pada cetakan kedua sehingga bab Adab-adab Makan dan Minum sahaja.
Kemudiannya, atas permintaan banyak pihak, naskhah terjemahan ini telah disemak dan disunting semula untuk dibukukan dengan kandungannya yang lengkap dalam sebuah buku khusus dengan judul “ Adab Orang Islam ”.
Karya asal yang lengkap dalam bahasa Arab boleh dimuat turun di pautan منهاج المسلم . Semoga bermanfaat.
Interesting thooughts
ReplyDelete