Karya yang dipilih kali ini berjudul Al-KAFI LI AL-FATAWI (الكافي للفتاوي ), iaitu sebuah karya yang diterbitkan di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ia merupakan himpunan kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial alam maya yang dikemukakan oleh para netizen.
Laman Al-KAFI LI AL-FATAWI ini dihidangkan kepada pembaca secara bersiri dalam bentuk soal jawab. Setiap persoalan yang dikemukakan dijawab oleh Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, iaitu Mufti Wilayah Persekutuan. Setiap persoalan dan jawapannya diterbitkan secara bersiri;
1) Siri pertamanya pada 26 Mac 2015 – dengan permasalahan yang berjudul DUIT HASIL JUDI BELANJA MAKAN.
2) Manakala siri terkini yang telah terbitkan ialah siri 1586 pada 7 Februari 2020 - dengan judul IMAM PAKAI BAJU SINGKAT NAMPAK AURAT SEMASA SOLAT.
Penerbitan laman ini sangat bermanfaat kerana menjadi sumber rujukan umat Islam dalam merungkaikan permasalahan-permasalahan agama, khususnya yang berkaitan dengan ibadat dan permasalahan fiqh yang lain.
Menjadi harapan saya, semoga laman al-Kafi li al-Fatawi ini bukan hanya diterbitkan secara atas talian, bahkan juga akan diterbitkan dalam bentuk percetakan pada masa akan datang. Semoga ia menjadi khazanah ilmiah yang berharga sebagai rujukan umat Islam dan menjadi kajian para ulama dan pelajar pusat pengajian tinggi.
Bagi mendapat maklumat dan jawapan mengenai permasalahan hukum yang dikemukakan oleh Sahibul Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, pembaca boleh ikuti di pautan al-Kafi Li al-Fatawi.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment