
Beliau adalah tokoh ulama’ yang terkenal
sebagai failosof, pujangga, sufi, muhaddis, mufassir dan faqih. Digelar juga
sebagai seorang mujaddid ( reformis atau pembawa
pembaharuan ) oleh Syeikh Rashid Ridha.
Beliau lahirnya pada 21 Febuari 1702M,
bersamaan, 4hb.Syawal 1114H di sebuah kampung kecil bernama Pulth, di daerah
Muzaffaragh, dekat Delhi-India – iaitu 4 tahun sebelum kematian Sultan
Aurangzeb. Salasilah keturunannya di sebelah ayahnya sampai kepada Sayyidina
Umar al-Faruq dan di sebelah
ibunya sampai kepada Imam Musa Khazim
r.a
Shah Waliyullah telah
menghasilkan karya ilmiahnya melebihi 50 buah kitab. Di antara yang terkenal
dan menjadi kerap menjadi rujukan para ulama ialah kitab Hujjatullah
al-Balighah, Fathul Rahman fi Tarjamatil Quran, al Fauzul al-Kabir, Syarh
Tarajim Abwab Bukhari, Aqd al-Jid, Tafhimat Ilahiyyat, al-Qaul al-Jamil,
al-Musaffa Syarh Muwatta`, Syifa al-Qulub, dan al-Luma’at.
Di antara semua itu, kitab
Hujjatullah al-Balighah telah memuncakkan nama Shah Waliyullah di
persada antarabangsa. Oleh kerana itu banyak usaha dilakukan ke atas kitab
Hujjatullah al-Balighah ini oleh berbagai lapisan ulama dan ahli akedemi untuk
mengenengahkan pemikiran Shah Waliyullah melalui kitab tersebut.
Ulama-ulama di Benua
Kecil India juga turut memainkan peranan mereka dan boleh dikatakan mereka
lebih berhak dalam penyebaran ini berdasarkan faktor geografi, pewarisan ilmu
dan pengamalan dari turun temurun semenjak zaman Shah Waliyullah lagi. Dengan
sebab itu kitab Shah Waliyullah ini dijadikan sebagai silibus di kebanyakan
madrasah India-Pakistan. Tidak kurang juga yang menjadikan bahan bacaan
peribadi. Mereka juga melakukan penterjemahan, peringkasan dan
pensyarahannya ke dalam bahasa Urdu.
Huraian kitab Hujjatullah
al-Balighah…

Ringkasan kitab
Hujjatullah al-Balighah..
Di antara kitab ringkasan
kepada kitab Hujatullah al-Balighah yang terdapat di rak-rak kedai buku di negara
India Pakistan ialah kitab Talkhis Hujjatullah al-Balighah. Kitab Talkhis Hujjatul
Allah Balighah ini di karang oleh Sayyid Radiyuddin Ahmad Fakhri dalam
bahasa Urdu. Ianya adalah ringkasan kepada kitab Hujatullah Balighah.
Disediakan sebagai alternatif kepada mereka yang tidak mempunyai masa yang
cukup untuk membaca kitab asal Hujatullah juga sebagai khulasah untuk memahami
point penting kitab tersebut. Kitab Talkhis ini sangat unik kerana ia
merupakan cubaan kali yang ketiga pengarang untuk menghidangkannya kepada
pembaca. Manuskrip pertama hilang. Kemudian beliau menulis semula. Setelah
siapa manuslkript kedua ini juga hilang. Untuk kali yang ketiga barulah ia
berjaya disiapkan semula dan berjaya juga dicetak. Berdasarkan cetakan Darul
Isyaat Dehli, kitab ini hanya merangkumi 272 muka surat bersaiz kecil
iaitu 8.50 X 5.50 inci.
Terjemahan kitab ini dalam bahasa Melayu
Kitab Hujjatullah al-Balighah telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa
dunia. Manakala dalam bahasa Melayu, saya dapati ia ada diterbitkan oleh
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Press, di bawah penyelenggaraan
Zainuddin Hj. Idris Dan Nik Hassan Nik Abdullah. Buku terjemahan ini
diterbitkan dalam dua jilid dengan judul Hujjat Allah al-Balighah:
Terjemahan Dan Anotasi.
Berikut dilampirkan
ringkasan isi kandungan buku tersebut
berdasarkan jilidnya;
A) Hujjat Allah al-Balighah:
Terjemahan Dan Anotasi (Jilid 1)
Bahagian 1. Mengenai Kaedah-Kaedahh Umum yang Dikeluarkan daripada
Semua. Kebajikan dalam Hukum-Hukum Syarak. Bahagian ini Mengandungi Tujuh
Bahasan dalam Tujun Puluh Bab;
Bahasan 1. Mengenai Sebab Ditaklifkan dan Pembalasan;
Bab 1. Ibda', Khalqi dan Tadbir.
Bah 2. Mengingati Alam Misal
Bab 3. Mengingati Malail Aala
Bab 4. Satu Keterangan Sunah Allah yang Disyaratkan pada Firman Tuhan:
"Dan Tidak Akan Kamu Dapati Perubahan pada Sunah Allah".
(al-Ahzab: ayat 62)
Bab 5. Hakikat Roh
Bab 6. Rahsia Taklif
Bab 7. Taklif Sebahagian dari Takdir
Bab 8. Taklif Perlu Pembalasan
Bab 9. Manusia Berbeza daripada Segi Jibillah yang Mewajibkan Akhlak dan
Amalan Mereka dan Tahap Kesempurnaan Mereka Berlainan
Bab 10. Sebab-Sebab Kebimbangan Hati yang Mendorong kepada Tindakan
Bab 11. Hubungan Erat Amalan dengan Jiwa dan Semua Amalan Dikira ke Atas
Jiwa
Bab 12. Hubungan Perbuatan dengan Niat
Bab 12. Hubungan Perbuatan dengan Niat
Bab 13. Sebab-sebab Berlaku Pembalasan
Bahasan 2. Cara Pembalasan Semasa Hidup dan Selepas Mati;
Bab 14. Pembalasan Terhadap Perbuatan di Dunia
Bab 15. Hakikat Mati
Bab 16. Keadaan Manusia Berbeza di Alam Barzah
Bab 17. Rahsia Peristiwa Alam Masyar
Bahasan 3. Tamadun;
Bab 18. Cara Membangunkan Tamadun
Bab 19. Tamadun Peringkat Pertama
Bab 20. Ilmu Peradaban Hidup
Bab 21. Pengurusan Keluarga
Bab 22. Kegiatan Masyarakat
Bab 23. Politik Kemasyarakatan
Bab 24. Cara Raja Memerintah
Bab 25. Para Pembantu Raja
Bab 26. Tamadun Peringkat Keempat
Bab 27. Semua Manusia Sekata dalam Prinsip-prinsip Tamadun
Bab 28. Peranan Resam di Kalangan Manusia
Bahasan 4. Hakikat Kebahagiaan;
Bab 29. Hakikat Kebahagiaan
Bab 30. Kebahagiaan yang Berbeza pada Manusia
Bab 31. Darjah di Kalangan Manusia dalam Cara Mereka Mendapat
Kebahagiaan Ini
Bab 32. Prinsip-prinsip untuk Menghasilkan Jalan Kedua
Bab 33. Cara Mendapat Empat Akhlak Ini dan Menyempurnakan yang Kurang
dan Mengembalikan yang Hilang
Bab 34. Hijab-hijab yang Menghalang Kelahiran Fitrah
Bab 35. Cara Menghapuskan Hijab-hijab Ini
Bahasan 5. Bahasan Mengenai Kebajikan dan Dosa
Bab 36. Bahasan Mengenai Kebajikan dan Dosa
Bab 37. Penyatuan (Tauhid)
Bab 38. Hakikat Syirik
Bab 39. Bahagian-bahagian Syirik
Bab 40. Beriman dengan Sifat-sifat Allah Taala
Bab 41. Beriman dengan Qadar
Bab 42. Beriman Bahawa Ibadat Adalah Hak Allah Taala ke atas Hamba
kerana Dia yang Memberi Nikmat dan
Membalas Mereka dengan Kehendak-Nya
Bab 43. Mengagungkan Syiar-syiar Allah Taala
Bab 44. Rahsia Wuduk dan Mandi
Bab 45. Rahsia Solat
Bab 46. Rahsia Zakat
Bab 47. Rahsia Puasa
Bab 48. Rahsia Haji
Bab 49. Rahsia Pelbagai Kebajikan
Bab 50. Peringkat-peringkat Dosa
Bab 51. Kerosakan-kerosakan dari Dosa
Bab 52. Dosa Seseorang dengan Dirinya
Bab 53 Dosa Antara Seseorang dengan Orang Ramai
Bahasan 6. Bahasan Mengenai Siasah Pertubuhan
Bab 54. Perlunya Penunjuk Jalan dan Penegak Milah
Bab 55. Hakikat Kenabian
Bab 56. Menerangkan bahawa Asal Agama Satu dan Syariat dan Manahij
Berlainan
Bab 57. Sebab-sebab Penurunan Syariat-syariat yang Khusus pada Suatu
Zaman Bukan pada suatu Zaman dan untuk Suatu Kaum Bukan untuk Suatu Kaum
Bab 58. Sebab-sebab Diambil Tindakan dengan Manahij
Bab 59. Rahsia-rahsia Hukum dan Sebab Perundangan
Bab 60. Semua Kebaikan Memerlukan Fardu, Rukun, Adab dan Seumpama Itu
Bab 61. Rahsia-rahsia Waktu
Bab 62. Rahsia Bilangan dan Ukuran
Bab 63. Rahsia-rahsia Hukum dan Kelonggaran
Bab 64. Membangun Tamadun dan Memperbaiki Resam
Bab 65. Perkaitan di Antara Hukum
Bab 66. Memastikan yang Samar, Membezakan yang Ragu dan Mengeluarkan
daripada Kaedah Umum dan Sebagainya
Bab 67. Pemudahan
Bab 68. Rahsia-rahsia Galakan dan Ugutan
Bab 69. Peringkat-peringkat Umat dari Sudut Pencapaian Kesempurnaan yang
Dikehendaki atau Sebaliknya
Bab 70. Perlunya Satu Syariat yang Membatalkan Syariat Lain
Bab 71. Mempertahankan Agama daripada Penyelewangan
Bab 72. Sebab Agama Nabi Kita (s.a.w.) Berbeza daripada Agama Yahudi dan
Nasrani
Bab 73. Sebab-sebab
Pembatalan (Nasakh)
Bab 74. Menerangkan Keadaan Orang Jahiliah yang Diperbaiki oleh Nabi
(s.a.w.)
Bahasan 7. Bahasan Mengenai Penghasilan Hukum-hukum
daripada Hadis-hadis Nabi (s.a.w.)
Bab 75. Keterangan Mengenai Bahagian-bahagian Ilmu Nabi (s.a.w.)
Bab 76. Perbezaan Antara Pelbagai Kebaikan dan Syariat
Bab 77. Cara Umat Menerima Syariat daripada Nabi (s.a.w.)
Bab 78. Peringkat-peringkat Kitab Hadis
Bab 79. Cara Memahami Maksud Kata-kata
Bab 80. Cara Memahami Maksud Syarak dari al-Quran dan Sunnah
Bab 81. Penyelesaian di Kalangan Hadis yang Bercanggah
Bab 82. Sebab-sebab Perkhilafan Para Sahabat dan Tabiin dalam Masalah
Furuk
Bab 83. Sebab-sebab Perkhilafan Mazhab-mazhab Fuqaha
Bab 84. Perbezaan Antara Ahli Hadis dan Ahli Fikiran
Bab 85. Keadaan Manusia Sebelum dan Selepas Empat Ratus Tahun
Bahagian 2. Menerangkan Rahsia Hadis Nabi (s.a.w.) Secara Terperici
Bab 86. Sebahagian dari Bab-bab Iman
Bab 87. Sebahagian dari Bab Berpegang dengan Kitab dan Sunnah Kesucian
Bab 88. Sebahagian dari Bab Mengenai Kesucian
Bab 89. Fasal Mengenai Wuduk
Bab 90. Sifat Wuduk
Bab 91. Perkara-perkara yang Mewajibkan Wuduk
Bab 92. Menyapu di atas Dua Kasut
Bab 93. Sifat-sifat Mandi
Bab 94. Perkara-perkara yang Mewajibkan Mandi
Bab 95. Perkara Harus dan Tidak Harus bagi Orang Berjanabat dan Berhadas
Bab 96. Tayamum
Bab 97. Adab Buang Air
Bab 98. Perkara-perkara Fitrah dan yang Berkaitan dengannya
Bab 99. Hukum-hukum Air
Bab 100. Menyucikan Najis
Bab 101. Sebahagian dari Bab-bab Sembahyang
Bab 102. Keutamaan Sembahyang
Bab 103. Waktu-waktu Sembahyang
Bab 104. Azan
Bab 105. Masjid-masjid
Bab 106. Pakaian Orang Sembahyang
Bab 107. Kiblat
B) Hujjat Allah al-Balighah: Terjemahan Dan Anotasi
(Jilid 2)
Bab 1. Pengadang
Bab 2. Perkara-perkara Mesti dalam Sembahyang (Rukun-rukun
Sembahyang)
Bab 3. Zikir dan Perbuatan Sunat dalam Sembahyang
Bab 4. Perkara-perkara Tidak Harus dalam Sembahyang. Sujud Sahwi
dan Sujud Tilawah
Bab 5. Amalan-amalan Sunat
Bab 6. Kesederhanaan dalam Amalan
Bab 7. Sembahyang Orang dalam Kesulitan
Bab 8. Sembahyang Berjemaah
Bab 9. Sembahyang Jumaat
Bab 10. Hari Aidil Fitri dan Aidil Adha
Bab 11. Jenazah
Bahagian 2. Zakat
Bab 12. Beberapa Perkara Tentang Zakat
Bab 13. Kebaikan Berbelanja dan Makruh Menahan Perbelanjaan
Bab 14. Kadar-kadar Zakat
Bab 15. Penggunaan Zakat
Bab 16. Beberapa Perkara Berkaitan dengan Zakat
Bahagian 3. Puasa
Bab 17. Puasa
Bab 18. Keutamaan Puasa
Bab 19. Hukum-hukum Puasa
Bab 20. Perkara-perkara Berkaitan dengan Puasa
Bahagian 4. Haji
Bab 21 Haji
Bab 22. Sifat-sifat Ibadat Haji
Bab 23. Haji Wida'
Bab 24. Beberapa Perkara Mengenai Haji
Bahagian 5. Ihsan
Bab 25. Ihsan
Bab 26. Zikir
Bab 27. Bahasan Ihsan Selebihnya
Bab 28. Maqamat dan Ahwal
Bahagian 6. Rezeki
Bab 29. Mencari Rezeki
Bab 30. Jual Beli yang Dilarang
Bab 31. Hukum-hukum Berniaga
Bab 32. Kebajikan dan Saling Menolong
Bab 33. Fara'id
Bahagian 7. Rumah Tangga
Bab 34. Pengurusan Keluarga
Bab 35. Aurat
Bab 36. Adab Bergaul dengan Isteri
Bab 37. Hak-hak Suami dan Isteri
Bab 38. Perceraian (Talaq)
Bab 39. Khulu, Zihar,Lian dan Ila'
Bab 40. Tempoh Menunggu (Iddah)
Bab 41. Mendidik Anak dan Orang yang Dimilik
Bab 42. Aqiqah
Bahagian 8. Kenegaraan
Bab 43. Siyasah Negara
Bab 44. Pemerintah
Bab 45. Bentuk-bentuk Kezaliman
Bab 46. Hudud
Bab 47. Kehakiman
Bab 48. Jihad
Bahagian 9. Kehidupan
Bab 49. Kegiatan dalam Kehidupan
Bab 50. Makanan dan Minuman
Bab 51. Adab Makan
Bab 52. Benda-benda yang Memabukkan
Bab 53. Pakaian, Perhiasan, bejana
Bab 54. Adab Bersahabat
Bab 55. Hukum Nazar dan Sumpah
Bahagian 10. Pelbagaian
Bab 56. Riwayat Hidup Nabi (s.a.w.)
Bab 57. Perang Saudara (Fitnah)
Bab 58. Ciri-ciri Akhlak Orang yang Terpuji
Kitab Hujjatullah al-Balighah dalam bahasa Arab boleh didownload
di pautan berikut;
Semoga bermanfaat.
Rujukan;