
Kitab
Ayyuhal Walad ini ditulis oleh Imam al-Ghazali r.h sebagai jawapan kepada
sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliauyang sangat mencintainya.
Dalam surat tersebut murid beliau meminta agar Imam al-Ghazali r.h sudi menulis
sepucuk surat yang merupakan suatu wasiat yang ditujukan kepadanya secara
khusus, walaupun ia yakin bahawa isi kandungan surat tersebut telah termaktub
dalam kitab-kitab karya Imam al-Ghazali r.h. Lalu Imam al-Ghazali dengan murah
hati menjawab surat muridnya dan memberikan kepadanya beberapa nasihatyang
sangat mahal harganya.
Apabila
kita cuba meneliti kandungan surat Imam al-Ghazali r.h ini, kita akan mendapati
bahawa beliau sangat ikhlas sekali dalam memberi nasihat, dan di celah-celah
ungkapan beliau terserlah kebolehannya dalam menggambarkan tipuan dunia dan
kekalnya negeri akhirat, dan betapa perlunya kita kepada iman dan amalanyang
soleh dan kejernihan jiwa. Kita juga melihat kasih sayang Imam al-Ghazali
terhadap muridnya, lalu beliau membawakan nasihat ini dalam bahasa yang halus,
yang menyentuh hati nurani kita dan terkadang dapat mengalirkan air mata dan
memberikan kesan yang sangat mendalam sekali, sehingga membawa kepada suatu
perubahan dalam kehidupan kita.
Maka telah berhimpunlah dalam nasihat Imam
al-Ghazali ini keindahan keikhlasan dan keindahan bahasa. Lalu kalimah yang
keluar daripada hati yang ikhlas tadi akan masuk ke dalam lubuk hati pula. Dan
benar-benar memeberikan kesan yang ketara sekali dan inilah nilai kebenaran dan
nilai keindahan yang sebenar dan inilah nilai sastera yang sebenar iaitu
ikhlas, indah, benar dan berkesan.
Walaupun
surat ini pada asalnya ditujukan khusus kepada murid Imam al-Ghazali r.h. Namun
isi kandungannya adalah sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Sama
ada besar atau kecil, kerana nasihat yang ditulis oleh Imam al-Ghazali r.h ini
sangat penting bagi mereka yang mahu memantapkan keazaman dalam usaha yang
berterusan untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat kelak.
Nota: Dinukil dan diubahsuai dari
muqaddimah penterjemah Kitab Ayyuhal Walad (Wahai anakku yang tercinta), iaitu
Abu ‘Ali al-Banjari al-Nadwi.
Terjemahan kitab ini...

Penterjemah : Abu ‘Ali al-Banjari al-Nadwi.
Penerbit : al-Khazanah al-Banjariyah,
Ma’ahad al-Tarbiyah al- Islamiyah, Pokok Sena Kedah.
Ma’ahad al-Tarbiyah al- Islamiyah, Pokok Sena Kedah.
Kitab ini diterbitkan dalam dua edisi- Jawi dan Rumi.
Download
Kitab Ayyuhal Walad.
1. Kitab al-Ayyuhal Walad dalam bahasa Arab.Silakan
download disini atau klik link berikut; http://www.ziddu.com/download/4016060/ayyuhalwalad_ghazali.pdf.html
2. Terjemahan dalam bahasa Inggeris: My Dear Beloved Son
3. Baca online (English) : http://ghazali.org/works/oson.htm
Semoga bermanfaat
Dapatkan edisi terjemahan yang mudah, menarik dan ditakhrij hadisnya. Saya guna yang ini cer tengok ustaz ni punya blog. http://refreshiman.blogspot.my/
ReplyDeletepesan kitab asli Ayyuhal walad, imam al-Ghozali, an. asep arifin, bukit permata karsamanik no 23. Rt 07 Rw 16, Cinunuk, Cileunyi, Kab. Bandung, Jabar
ReplyDeleteminta izin copy paste ilmunya.salam dari malaysia.syukran ^^
ReplyDelete