Kitab Bahjatul Wasail bi Syarh al-Masail (بهجة الوسائل بشرح مسائل ) merupakan sebuah karya ulama terkenal Nusantara, iaitu al-Syaikh al-‘Allamah Abu Abdul Mu’thi Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi al-Syafi’i al-Qadiri (1230-1314H / 1815- 1897 ). Kitab ini merupakan huraian (syarah) bagi kitab Masail [1] (مسائل ) atau judul lainnya al-Risalah al-Jami’ah Bayna Ushuluddin wa al-Fiqh wa al-Tashawwuf [2] (الرسالة الجامعة بين اصول الدين والفقة والتصوف) karya al-Sayyid Ahmad bin Zain bin ‘Alawi bin Ahmad al-Habsyi (1069-1145H).
al-Sayid Ahmad bin Zain al-Habsyi, penyusun kitab al-Risalah al-Jami’ah, iaitu matan asal kitab Bahjah al-Wasail di atas menerangkan sumber penulisan kitabnya dalam pendahuluan kitabnya;
فَهَذِهِ
مَسَائِلُ مُخْتَصَرَةٌ مِنْ بَعْضِ كُتُبِ حُجَّةِ الإسْلاَمِ الْغَزَالِيِّ
غَالِبَاً. مَنْ عَرَفَهَا وَعَمِلَ ِهَا نَرْجُو لَهُ مِنَ الله أنْ يَكُوْنَ
مِنْ أهْلِ الْعِلْمِ ظَاهِرَاً وَبَاطِنَاً
“ Maka ini adalah beberapa permasalahan
yang diringkaskan dari sebahagian kitab-kitab karya Hujjatul Islam al-Ghazali. Sesiapa
yang mengetahui dan mengamalkannya, kami memohonkan pengharapan daripada Allah
untuknya agar menjadi seorang ahli imu yang zahir dan batin ”.
Manakala al-Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani pula menerangkan sebab
yang mendorong beliau menyusun kitabnya bagi menghuraikan kandungan kitab
Masail tersebut;
هذا شرح علي الرسالة
الجامعة بين اصول الدين والفقة والتصوف للسيد أحمد بن زين الحبشى. سألني فيه بعض
الأحبة فأجبته لذالك طالبا من الله إخلاص
الطوية. وسميته بهجة الوسائل
بشرح مسائل.
“ Ini
sebuah syarah (huraian) bagi kitab al-Risalah al-Jami’ah Bayna Ushuluddin wa
al-Fiqh wa al-Tashawwuf karya
al-Sayyid Ahmad bin Zain al-Habsyi. Telah meminta sebahagian dari orang
yang dikasihi (di kalangan murid-murid dan sahabat) agar menyusun kitab sebagai
huraian isi kandungannya. Maka aku memperkenankan permintaan tersebut dengan ikhlas
mengharapkan keredaan Allah.......dan aku namakan kitab ini dengan بهجة الوسائل بشرح مسائل.”
Kandungan kitab ini.

Mempelajari dan mengamalkan kandungan buku kecil ini insya Allah dapat
meningkatkan kesempurnaan iman, Islam dan ihsan hingga mencapai tingkat
muttaqin. Perlu diketahui, tiga bidang ilmu itu merupakan satu kesatuan yang
harus dijiwai setiap muslim dalam kehidupan sehari-hari. Sehingga ucapan,
perbuatan, gerak-geri, dan tingkah laku kita dalam kehidupan benar-benar
bernafaskan ruh Islam. Sebab ada keterangan yang menyatakan: “Siapa mengamalkan fiqih tanpa tasawuf, maka
dia zindiq, dan siapa yang bertasawuf disertai fiqih maka benarlah dia.”
Terjemahan kitab ini..
Kitab Bahjah
al-Wasail ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh beberapa penerbit.
Saya sendiri belum memiliki dan membaca kitab terjemahannya. Berdasarkan pencarian
di laman maya saya jumpai beberapa kedai buku yang menjual buku asal dan
terjemahannya secara online. Namun semua
kedai tersebut dari Indonesia. Sekadar perkongsian maklumat berikut antara
kedai yang boleh dilayari http://www.kiosislami.com/485,terjemah-kitab-bahjatul-wasail-syarah-kitab-masail-%E2%80%93-syekh-nawawi-al-bantani-al-jawi.html
Jika pembaca mengetahui kedai buku di Malaysia menjual kitab ini, boleh dikongsikan
maklumatnya diblog ini.
Kitab dalam edisi Arabnya boleh dibaca di pautan
Semoga bermanfaat.
[1] Judul Wasail ini diambil dari ungkapan penyusun
asalnya dalam muqaddimahnya: هَذِهِ مَسَائِلُ
مُخْتَصَرَةٌ (Ini merupakan
beberapa permasalahan yang diringkaskan)
[2] Judul ini ada dicatatkan
di bahagian kulit hadapan kitab Bahjah al-Wasail dan dalam muqaddimahnya.
No comments:
Post a Comment