Sunday, September 30, 2012

Kitab Fawa_id al-Fawa_id


Kitab Fawa_id  al-Fawaa_id  karya Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah rahimahullah ini adalah kitab yang luar biasa, dari namanya saja kita dapat mengesan sekian banyaknya manfaat yang terkandung di dalamnya; kerana memang kitab ini mengumpulkan pelbagai faedah yang melimpah dan beragam permasalahan ilmiyah yang tiada duanya.

Padanya terdapat penelitian yang mendalam terhadap pelbagai makna dari hakikat segala sesuatu, penjelasan tentang hikmah syari'at pada beberapa permasalahan yang beraneka ragam, kepentingan Al-Quran dan fiqih Islam disertai penjelasannya pada hal-hal yang tidak diketahui banyak orang. Kemudian menyebutkan hubungan permasalahan-permasalahan tersebut dengan kecemerlangan hati dan kemuliaan jiwa.

Kitab ini disusun berdasarkan bab-bab ilmu, yang diawali dengan bab aqidah, kemudian Tafsir, Hadits, dan seterusnya. Kerana pada asalnya Kitab Al-Fawaaid ini tidak ditulis secara tematik sehingga menyukarkan para pembaca yang ingin memetik manfaat darinya.


Kelebihan Kitab Al-Fawaaid:

Isi kandungan perbahasannya yang bagus, diskusi yang menarik dan susunan yang indah, dan Penulisnya (Ibnul Qayyim) tidak menyusunnya berdasarkan metode tertentu dan sistematik. Seolah-olah dia membiarkannya begitu sahaja sebagai gudang ilmu dan pengetahuan tanpa diberikan bab di dalamnya.

Kitab yang berisi pelbagai faedah ilmu ini merupakan sumber pengetahuan dengan kesimpulan-kesimpulan menarik. Ia mencakupi banyak pembahasan dan tidak khusus pada satu-satu tema tertentu sahaja, antara lain cakupan yang dibahaskan adalah:

1. Tafsir yang rumit di mana tidak terdapat dalam kitab-kitab tafsir yang ada. Tafsir tersebut hanya dapat diketahui dan difahami melalui penghayatan, pemahaman dan pendalaman terhadap sesebuah ayat.

2. Perkara-perkara sunnah yang sukar difahami melainkan jika diteliti, dibandingkan, diperhalusi, dan didisikusikan.

3. Manfaat dari pengalaman hidup, interaksi dengan manusia serta mengenal tokoh, madzhab dan karektor mereka.

4. Karektor peribadi dan pemahaman objektif berkenaan dengan pelbabai permasalahan dan cara mengatasinya bersesuaian dengan syari'at dan realiti.

5. Tata bahasa Arab dan balaghah (gaya bahasa arab) yang tiada bandingannya, yang dengannya muncullah pelbagai ungkapan dalam hiasan kata-kata indah dan tulisan yang menarik.

6. Kutipan bait-bait sya'ir pada tempat-tempat yang sesuai dengan tema tertentu.

Di dalam kitabnya ini, Ibnul Qayyim memperlihatkan seluruh apa yang telah diraihnya berupa kekuatan dalam memahami ilmu, kesempurnaan dalam menarik kesimpulan, ilmu yang mendalam sehingga membuat kagum orang-orang yang berakal dan membuat takjub orang-orang yang melihatnya kerana mereka merasa kalah dan lemah di hadapannya.

Sehingga kitab ini, jika pakar hadis membacanya nescaya dia akan mendapati apa yang diinginkannya. Jika ulama tafsir menikmatinya nescaya dia akan memperolehi apa yang selama ini dicarinya. Jika pakar bahasa arab dan balaghah membacanya nescaya mereka akan memetik sesuatu yang tidak didapati pada kitab-kitab bahasa dan balaghah lainnya. Jika pencari kebenaran membacanya nescaya dia akan mendapat-kan kaedah-kaedah tentang kebenaran yang berupaya memandu dirinya ke jalan Tuhan semesta alam.

Jika ahli ilmu kalam membacanya nescaya dia akan terkagum-kagum dengan kaedah-kaedah penting dalam bab ini yang dibuat oleh imam Ibnul Qayyim rahimahullah seolah-olah melemahkan apa yang disusun oleh mereka. Maklum adanya bahawa kaedah-kaedah yang dibuat oleh ahli kalam dapat di-patahkan satu persatu oleh kaedah ilmiyah yang mendalam dan dalil-dalil syari'at yang mantap tanpa ada pertikaian dan sikap emosional.

Di dalam kitab ini juga terdapat banyak kaedah yang relevan dengan fitrah manusia dan realita, kaedah yang membuat manusia mengenal Tuhan semesta alam secara benar, menunjuki manusia ke jalan-Nya, mendidik keimanan dalam hati dan memperbaharuinya, serta hal-hal yang menyebabkan Allah Ta'ala mencintai makhluk-Nya melalui nikmat dan kurnia yang Dia berikan.

Jika ulama Fiqh dan Ushul fiqh membacanya nescaya tanpa diduga mereka akan mendapatkan kaedah-kaedah Fiqih dan ushul Fiqh yang tidak terbetik dalam fikirannya, tidak pula didapati dalam kitab yang membahas ushul fiqih mahupun fiqh. Bahkan hal tersebul belum pernah dibahas oleh ahli Fiqh dan Ushul Fiqh dalam kitab-kitab yang mereka tulis. Lebih dari itu, banyak kaedah yang tidak mirip sama sekali dengan kaedah yang disusun oleh ulama fiqih dan ushul fiqih, bahkan mendekatinya pun tidak, kerana tidak terbetik sama sekali dalam benak mereka. Maka anda akan mendapatkan sesuatu yang menakjubkan betapa dalamnya pemahaman Ibnul Qayyim, banyaknya pengalaman yang dia miliki dan penyimpulan hukum dari dalil-dalil yang samar oleh kebanyakan ulama lainnya.

Jika penuntut ilmu di tingkat para pemula membacanya nescaya buku ini akan menerangi jalannya, menuntunnya pada landasan jelas yang akan membawanya kepada permasalahan-permasalahan ilmu yang hakiki, melepaskannya dari belenggu taklid, menjauhkannya dari pemahaman yang salah, menghubungkannya dengan hakikat melalui tangannya sendiri dan merasakan dengan hatinya sendiri.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah telah mengisyaratkan kitabnya ini di beberapa kitab yang beliau tulis di antaranya Al-Ijtima' Al-Juyus Al-Islamiyah dan Al-Ma'alim. Ibnul Qayyim rahimahullah di beberapa tempat dalam kitab¬nya ini menukil perkataan dari gurunya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menunjukkan bahawa hal ini benar-benar berasal dari beliau.

Sumber: http://galeriniaga.blogspot.com/search/label/Tazkiyatun%20Nafs


Kitab Fawaid al-Fawaid boleh didownload di pautan berikut:

1. Kitab al-Fawaid - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (Arab)
2. A Collection Of Wise Sayings [ Al-Fawaid ] by Ibn Qayyim al -Jauziyyah

No comments:

Post a Comment