Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Friday, May 16, 2014

AL-ISTI'AB FI MA'RIFAH AL-ASHHAB (الإستيعا ب في معرفة الأصحاب)



Kitab al-Isti’ab fi Ma'rifat al-Ashhab (الإستيعا ب في معرفة الأصحاب) ini disusun oleh Abu ‘Umar Yusuf bin ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr al-Andalusi (w. 463H).

Kitab ini mengandungi lebih kurang 3,500 biografi para sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia juga merupakan sebuah kitab terbaik dalam lapangan biografi para sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, jika tidak disebutkan perselisihan di kalangan para sahabat serta mementingkan penjagaan dari aspek periwayatan sesetengah orang yang tidak terkenal dan juga cerita-cerita yang tidak diketahui.

Hal ini dijelaskan oleh al-Nawawi apabila dinyatakan tentang kitab biografi ini, jelasnya: “Seandainya ia tidak menyebutkan kisah pertelingkahan para sahabat dan cerita-cerita yang dibawa oleh tukang cerita, pasti ia lebih menarik dan boleh didapati banyak faedah daripada kitab ini”.

Beliau menyatakan sumber ambilan daripada penceritaannya ini dari beberapa buah kitab seperti hasil karya Musa bin ‘Uqbah, Muhammad bin Ishaq, al-Waqidi, Khalifah bin Khayyath, al-Zubair bin Bakkar, kitab Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, Tarikh ibn Khaitsamah, Zail al-Muzil oleh al-Thabari, al-Maulid wa al-Wafat oleh al-Dulabi, kitab al-Ahad oleh Ibn al-Jarud, al-Tasanif karya Ibn Abi Hatim al-Razi, karya al-‘Uqaili dan juga al-Baghawi mengenai para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Namun, penulisan di dalam lapangan ini lebih sistematik yang dipergunakan dengan sebaiknya oleh penulis di dalam kitab ini sebagaimana berikut:

1.       Hanya mengandungi biografi sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

2.   Beliau turut menyebutkan sahabat yang pasti dan sahih bertemu dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Malah beliau juga turut menyebutkan di kalangan para sahabat yang bertemu dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam walaupun hanya sekali.

3.      Diterangkan juga mengenai keturunan (nasab) para sahabat serta peristiwa yang disaksikan oleh mereka pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

4.   Kadangkala dia turut menceritakan beberapa hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh periwayat tersebut serta mereka iaitu anak-anak muridnya yang meriwayatkan hadis tersebut daripadanya secara langsung.

5.   Penyusunan dan penulisan nama perawinya berdasarkan susunan huruf Hija`iyyah (huruf Mu’jam) dan dalam rangkaian penulisannya pun tidak terlalu memperhatikan susunan huruf keduanya, hanya melihat huruf awal dari nama perawi saja, seperti berikut:
a)     Menyebutkan perawi dari kalangan Sahabat.
b)     Menyebutkan perawi Sahabat yang lebih dikenal dengan nama Kuniyahnya seperti Abu al-Darda`, Abu Hurairah, Abu Salamah dll.
c)      Menyebutkan nama dari kalangan Sahabiyat.
d)   Menyebutkan perawi sahabat wanita yang lebih dikenal dengan Kuniyahnya seperti Umm Sulaim, Umm Salamah dll.

Unsur-unsur yang terdapat dalam penyusunannya antara lain adalah dengan menerangkan tentang biografi dan sejarah ringkas kesahabatannya dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Kitab ini telah dicetak dengan pelbagai cetakan dan penerbitan, tetapi antara cetakan terbaik yang diberitahu oleh guru saya iaitu Dr. Abu Yasir Hasan al-Alamie ialah cetakan yang ditahqiq (disemak terlebih dahulu) oleh Syeikh Muhammad al-Bijawi.

Moga kita beroleh sedikit pengetahuan dari hal ini…

Artikel ini diambil dari pautan AL-ISTI'AB FI MA'RIFAH AL-ASHHAB

Tuesday, September 24, 2013

Thabaqatus Syafi'iyah


Buku “ Thabaqatus Syafi’iyah -  Ulama Syafi’i dan Kitab-kitabnya Dari Abad ke Abad ” merupakan sebuah buku yang menghimpunkan biografi ulama dan tokoh mazhab al-Syafi’i yang telah menyumbangkan jasa yang besar kepada perkembangan mazhab al-Syafi’i dan mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah umumnya. Buku ini telah diterbitkan oleh Pustaka Tarbiyah, Indonesia.

Buku ini adalah sebuah karya al-‘Allamah KH. Sirajuddin ‘Abbas (1905-1980M), seorang tokoh mazhab Syafi’i yang terkenal di Indonesia dan nusantara amnya. Beliau seorang ulama yang produktif melahirkan karya-karya bermutu dalam bidang fiqh mazhab Syafi’i dan bidang aqidah Ahli Sunnah beraliran mazhab al-Asya‘irah. Karya-karya beliau sering menjadikan rujukan masyarakat Islam di Nusantara. Selain buku ini, karya beliau yang lain - yang juga menyentuh mengenai mazhab Syafi’i ialah buku yang judul Sejarah & Keagungan Madzhab Syafi’i. Buku ini juga diterbitkan oleh Pustaka Tarbiyah, Indonesia. (Insya Allah saya akan buat catatan ringkas mengenai buku ini pada posting yang lain). 

Sedikit catatan mengenai buku Thabaqatus Syafi’iyah..

Buku ini merupakan sebuah buku yang menghimpunkan biografi ulama mazhab Syafi’i yang paling lengkap dalam bahasa Indonesia/Melayu setakat ini. Namun begitu, kenyataan ini tidak menafikan kemungkinan adanya karya lain yang telah disusun oleh ulama lainnya.  Dalam buku ini, penyusun telah menerangkan biografi para ulama yang menjadi pendokong dan penganut mazhab Syafi’i dalam bidang fiqh serta sumbangan karya mereka dalam berbagai bidang seperti aqidah, tafsir, fiqh, hadis, sejarah dan sebagainya. Sebagaimana judulnya, para ulama Syafi’i yang disebutkan dalam buku ini merangkumi sebahagian besar ulama yang muncul sejak abad kedua Hijrah hingga abad ke 14 Hijrah, di seluruh dunia Islam termasuk di Indonesia.

Buku ini sangat penting kepada masyarakat Islam dan pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi serta pondok-pondok pesantren yang terdapat di Nusantara (baca: Asia Tenggara) secara umumnya. Dengan membaca buku ini, pembaca akan mengetahui dan menghayati keikhlasan dan kesungguhan para ulama terdahulu dalam perkembangan dakwah Islamiyyah.

Sebenarnya saya belum memiliki buku ini, maklumat yang dicatatkan hanya berdasar maklumat dari internet sahaja. Buku ini, masih ada di pasaran di kedai-kedai buku di Indonesia dan boleh dibeli di kedai-kedai online (dari pengamatan saya semuanya dari Indonesia). Kemungkinan buku ini ada dijual di kedai-kedai buku di Malaysia. Hanya setakat ini, saya belum lagi menemuinya di kedai-kedai buku yang pernah saya kunjungi.
 
Semoga bermanfaat.

Saturday, June 29, 2013

Rihlah Ibn Bathutha


Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Bathuthah adalah seorang pengembara (traveler), petualang (adventure), dan pengamat (viewer) yang membuat catatan harian tentang negeri-negeri yang ia kunjungi dalam pengembaraannya.

Catatan perjalanan yang dikenal dengan "Rihlah Ibnu Bathuthah" ini ditulis setelah dirinya mengunjungi berbagai belahan dunia, kemudian mengamati kebudayaan, adat istiadat, dan perilaku masyarakat di negeri-negeri yang ia kunjungi, terutama wilayah yang dipimpin oleh kesultanan Islam.

Banyak kisah menarik yang diceritakan dalam buku catatan perjalanan Ibnu Bathuthah ini, terutama cerita-cerita tentang para sultan, para syaikh, sejarah sebuah negeri, falsafah kehidupan masyarakat setempat dan lain sebagainya yang ia tulis berdasarkan pengamatan langsung dari negeri-negeri yang ia kunjungi. Dari India sampai negeri Cina, dari Afrika sampai Nusantara, Ibnu Bathuthah menceritakan perjalanannya secara apik dan mengesankan. Ia misalnya, menceritakan kunjungannya bertemu dengan seorang sultan di nusantara iaitu dari Kerajaan Samudera Pasai, yang bernama Sultan Malik al-Zhahir.

Ibnu Bathuthah sendiri menyebut hasil karyanya ini sebagai persembahan seorang pengamat tentang kota-kota asing dalam perjalanan yang menakjubkan, yang ia tuangkan dalam sebuah catatan perjalanan. Sebagai sebuah catatan perjalanan membaca buku ini seperti mendengarkan seorang pelacung (guide tour) bercerita tentang negeri-negeri yang menakjubkan dari segala sisi. Pembaca seolah diajak berkelana menyusuri negeri-negeri yang ia kunjungi, kemudian memetik hikmah dan pelajaran dari setiap kejadian dalam perjalanan.

Ibnu Bathuthah berhasil merangkai sebuah catatan perjalanan sebagai karya sejarah bermutu tinggi, yang boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah sebuah bangsa dan peradaban manusia.

 
Artikel di atas,  dipetik dan diubahsuai dari pautan berikut;  http://www.cordova-bookstore.com/alkautsar/rihlah_ibnubatutah.htm. 

Semoga bermanfaat.

Monday, April 29, 2013

Sejarah Tamadun Islam


Karya ulama yang ingin dipaparkan ini adalah sebuah karya terjemahan dari kitab asal Arabnya yang berjudul al-Bidayah wa al-Hidayah karya al-Imam al-Hafiz ‘Imaduddin Ibn Katsir.

Terjemahan kitab ini dengan judul Sejarah Tamadun Islam telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertamanya pada tahun 2005. Ia telah dicetakkan dalam 14 jilid. Kita ikuti beberapa catatan mengenai buku ini yang saya nukilkan dari http://taman-buku.blogspot.com/2011_01_01_archive.html, tanpa sebarang perubahan teksnya.

Buku Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir merupakan buku karya agung klasik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Ibn Kathir merupakan seorang tokoh ilmuwan yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau juga seorangahli matematik, tafsir dan sejarawan terkenal pada zamannya. Buku Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir ini merupakan terjemahan daripada buku Al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Ibn Kathir. Penerbitan edisi buku ini dipetik daripada sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Madrasah al-Ahmadiah yang terletak di Kota Halb, dalam Republik Arab Syria. Manuskrip ini dikumpulkan oleh Jumhur Muhaqqiqin (kumpulan penyemak) dan mereka telah menjalankan penyelidikan dengan merujuk kitab induk sejarah, dan kitab Sirah zaman dahulu.

Buku ini mempunyai 14 jilid dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian pertama menyentuh sejarah permulaan pemerintahan umat yang lalu hingga zaman Arab Jahiliyyah, sejarah hidup Rasulullah s.a.w., perutusan wahyu, dan kemunculan Islam hingga peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Bahagian ini bersumberkan al-Quran, Hadis dan karya para sejarawan Islam yang terkemuka seperti Imam al-Tabary, Ibn 'Umar, al-Waqidiy dan lain-lain lagi.                     

Bahagian kedua kitab ini mencatatkan sejarah pemerintahan Khulafa al-Rashidin, Kerajaan Umawiyyah, Kerajaan Abasiyyah dan kerajaan serta negara-negara yang merupakan pecahan daripada kerajaan Abasiyyah pada era keruntuhannya, sehingga ke saat ia ditakluki oleh Moghul yang berlanjutan ke tahun 774 Hijrah.

Bahagian terakhir kitab ini pula mengutarakan persoalan mengenai hari akhirat, kebangkitan kiamat melalui tanda-tanda awal dan akhir, serta kata-kata nasihat yang mengajak pembaca bertakwa kepada Allah s.w.t.. Semua persoalan tadi hanya terkandung dalam jilid buku yang terakhir sahaja, iaitu jilid ke-14.

Friday, November 23, 2012

Bada'i al-Zuhur fu Waqa'i al-Duhur

 
Kitab Bada’i al-Zuhur fi Waqa’i al-Duhur  merupakan hasil karya Ibn Iyas, seorang sejarawan Mesir dan seorang murid kepada al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman al-Sayuthi (911H). Nama lengkapnya ialah  Abu al-Barakat Muhammad bin Ahmad bin Iyas, yang lahir di Kaherah pada tahun 852H / 1448M dan meninggal pada tahun 930H / 1524M.  Ia sezaman dengan Ibn Taghri Birdi, Abu al-Mahasin Yusuf (1411-1470M), penyusun kitab al-Nujum al-Zahirah fi Muluk Mishr wa-al-Qahirah yang sangat terkenal itu.
 
Kitab Bada’i al-Zuhur fi Waqa’i al-Duhur adalah sebuah kitab yang membicarakan tentang pelbagai kejadian dan kisah para nabi terdahulu. Dalam pengantarnya, Ibn Iyas mengatakan: “…maka saya menulis tentang kejadian dan kisah hidup para nabi, dan memilih kisah-kisah yang paling mengesankan…..”. Beliau menyatakan bahawa pemilihan peristiwa dan kisah perjalanan hidup para nabi terdahulu bagi mengisi kandungan kitabnya sebagai pengajaran bagi orang-orang yang berakal.

Di samping itu, beliau menegaskan tidak mungkin semua kisah dan peristiwa  para nabi dapat dipelajari semuanya. Sebagaimana dikatakan: “Tak ada seorang pun yang mampu menguasai seluruh ilmu, meski ia mempelajarinya selama seribu tahun. Sebab ilmu itu laksana lautan yang bergelombang, karenanya ambil segala sesuatu yang bisa membuat kebaikan”.
 
Dalam kitab tersebut, Ibn Iyas memulai dengan menyebut tentang peristiwa permulaan kejadian makhluk. Ia mengutip sebuah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang terdapat di dalam Musnad-nya dari Amir al-‘Uqaili ra, ia berkata: “Saya bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Di mana Tuhan kami sebelum menciptakan langit dan bumi? Rasulullah saw pun menjawab: ‘Ia berada di awan (ghamam) yang di atas dan bawahnya adalah udara (hawa`), kemudian Ia menciptakan ‘arsy di atas air”.
 
Selanjutnya pada halaman-halamana berikutnya, Ibn Iyas mengemukakan tentang riwayat-riwayat tentang salji dan ais. Seperti riwayat Ibn Abbas yang menyebutkan bahawa Allah SWT telah menciptakan di langit gunung-gunung yang terbuat dari salji dan ais sebagaimana Allah SWT menciptakan di bumi gunung-gunung dari batu. Riwayat ini senada dengan firman Allah SWT: “Dan Allah SWT (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung” (al-Nur: 43).

Dalam konteks ini, Ibn Iyas juga mengutip pernyataan Ibn al-Jauzi yang terdapat di dalam pelbagai karyanya. Menurut penuturan Ibn al-Jauzi, pada abad kelima hijriyah pernah terjadi peristiwa yang amat mengerikan di sebagai belahan bumi sebelah barat, iaitu hujan ais dengan butiran-butiran yang sangat besar. Peristiwa ini telah banyak memakan korban jiwa yang sangat banyak, mulai dari manusia sampai binatang.

Di tempat lain, Ibn Iyas juga menjelaskan tentang bahagian-bahagian dunia. Yang menarik dalam hal ini, ia mengutip pendapat Hermes yang menyatakan bahawa dunia itu ada tujuh bahagian,  iaitu untuk Turki, Arab, Parsi, Sudan, sedang tiga bahagian lainnya untuk Ya’juk dan Makjuj.

Tidak lupa Ibn Iyas juga menerangkan tentang sungai-sungai. Di antara sungai-sungai yang terkenal ialah sungai Sihan, Jihan, Furat, Tigris, dan sungai Nil. Kononnya, orang yang menggali dan mengalirkan air dari sungai Furat  ke sungai Tigris adalah nabi Daniel.

Dan menurut beberapa hukama`, bahwa meminum air sungai Tigris boleh melemahkan syahwat laki-laki dan bagi perempuan boleh menambahkan ghairahnya. Sedang salah satu dari keajaiban sungai Nil adalah adanya kuda nil yang hidup di sana.

Dalam kitab ini juga dikemukakan tentang kisah-kisah para nabi terdahulu dan di akhiri dengan kisah turunnya nabi Isa ke muka bumi. Apa yang dipaparkan Ibn Iyas dalam kitabnya memang masih perlu untuk dipersoalkan kebenarannya.

Tidak sedikit kejadian dan kisah-kisah yang dipaparkan dalamnya perlu untuk dipersoalkan, tetapi tulisan ini bukan untuk mempersoalkan kebenaran kejadian dan kisah-kisah yang dikemukakan Ibn Iyas. Tulisan singkat ini hanya mencuba memperkenalkan serba sedikit isi kandungan kitab ini  untuk dikongsi bersama. Dengan membaca kitab ini akan membawa kita ke zaman dan dunia yang sangat jauh. Berdasarkan cetakan Dar al-Fikr Beirut, t.t - tebal kitab ini adalah 197 halaman.
 
Artikel ini dipetik dan diubahsuai dari pautan http://www.aliyahromu.com/2011/07/badai-az-zuhur-fi-waqai-ad-duhur.html
 

Tuesday, July 17, 2012

شمائل النبي صلى الله عليه وسلم

العنوان: شمائل النبي صلى الله عليه وسلم
 
 
نبذة مختصرة: شمائل النبي صلى الله عليه وسلم: هذا الكتاب النفيسُ تضمَّن كل ما يحتاجُه المُسلمُ من معرفة خَلْق رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وصِفته، وما حباهُ الله - سبحانه - من الخِلْقة الحسنةِ والهيئة الوَقورة الجميلة، وما كان - صلى الله عليه وسلم - يستعملُ من الزينةِ، وما يحبُّ من طعامٍ وشرابٍ ولباسٍ، وما يستعملُ من سلاحٍ ودوابٍّ ومُستلزمات الحياة الأخرى.
وتناولَ هديَه - صلى الله عليه وسلم - في مِيَته وتقنُّعه وجِلستِه واتّكائِهِ وطيبِه، وهديه في كلامه وضحكه ومِزاحه وبكائه وسمرِه ونومِه وتواضُعِهِ، فضلاً عن دلِّه في عبادته وتطوُّعه، وغير ذلك من شمائله وسِماته - عليه الصلاة والسلام
-.
تأريخ الإضافة: Apr 09,2012
 
المرفقات :
رابط الصفحة : http://www.islamhouse.com/p/393293

.
شمائل النبي صلى الله عليه وسلم [ نسخة مصورة pdf ].pdfشمائل النبي صلى الله عليه وسلم [ نسخة مصورة pdf ]
4.5 MB
تنزيل مادة: شمائل النبي صلى الله عليه وسلم [ نسخة مصورة pdf ].pdf
 

Ensiklopedia Sejarah Islam

Assalamu ‘alaikum warahmatullah.

Kali ini, saya ingin memaparkan sebuah buku yang biasa menjadi bacaan saya. Ia merupakan satu koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Islam di sekolah saya. Berikut butiran ringkas buku tersebut.

Tajuk        : Ensiklopedia Sejarah Islam
Penyusun : Dr. Mahyuddin Hj Yahya

Terbitan   : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Cetakan   :  1/1989


Diterbitkan dalam 6 Jilid dan  disusun mengikut sistem abjad.

Kandungannya:

Ensiklopedia ini memaparkan berbagai maklumat sejarah umat Islam di merata dunia, catatan dan rekod sejarah umat islam termasuk aspek politik, geografi, ekonomi dan sosiobudaya. Di samping itu dimuatkan juga peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam al-Quran seperti kisah-kisah para nabi dan rasul serta kisah lain yang dianggap sebahagian daripada sejarah Islam. Namun begitu sejarah dan tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammad saw, zaman sahabat, tabiin, dan zaman perkembangan Islam hingga kini lebih banyak ditekankan. Kira-kira 320 kata masukan dimuatkan dalam ensiklopedia ini dan setiap kata masukan mengandungi antara 26-24,000 perkataan. Tajuk-tajuk penting yang dibincangkan secara terperinci termasuklah tokoh ulama tanahair dan tokoh-tokoh islam yang terkemuka. Tajuk-tajuk yang dimuatkan termasuklah peristiwa seperti perjanjian , peperangan, tempat, negeri atau wilayah, kaum, fahaman dan mazhab, kerajaan, pemerintahan,  dan istilah-istilah sejarah Islam yang penting.
 
Setakat pengetahuan saya, ensiklopedia ini merupakan sebuah ensiklopedia sejarah yang pertama yang pernah disusun oleh individu.