Showing posts with label Mustafa al-Bugha. Show all posts
Showing posts with label Mustafa al-Bugha. Show all posts

Thursday, April 2, 2020

Tashil al-Masalik bi Syarh wa Tahzib ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik


Kitab Tashil al-Masalik bi Syarh wa Tahzib ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik (تسهيل المسالك بشرح وتهذيب عمدة السالك وعدة الناسك) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Dr Mustafa Dib al-Bugha al-Maidani al-Dimasyqi al-Syafi’i (1938-).

Kitab Tashil al-Masalik ini disusun oleh Syeikh Dr Mustafa Dib al-Bugha sebagai huraian (syarah) bagi kitab ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik (عمدة السالك وعدة الناسك), iaitu sebuah  karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-‘Allamah Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Naqib al-Mishri (702-769H). Beliau terkenal dengan gelaran Ibnu al-Naqib al-Mishri.

Berdasarkan cetakan ketiga (2008) yang diterbitkan oleh Dar al-Mustafa, Damsyiq, ia diterbitkan dalam satu jilid (452 halaman). Semoga bermanfaat.

al-Hadiyyah al-Mardhiyyah Syarh wa Adillah al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah


Kitab al-Hadiyyah al-Mardhiyyah Syarh wa Adillah al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (الهديّة المرضية شرح وأدلة المقدمة الحضرمية) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Dr Mustafa Dib al-Bugha al-Maidani al-Dimasyqi al-Syafi’i (1938-).

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (المقدمة الحضرمية), iaitu sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-‘Allamah Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).

Berdasarkan cetakan pertama (2012) yang diterbitkan oleh Dar al-Mustafa, Damsyiq, ia diterbitkan dalam satu jilid (672 halaman). Semoga bermanfaat.

Tanwir Masalik bi Syarh wa Adillah ‘Umdah al-Salik


Kitab Tanwir Masalik bi Syarh wa Adillah ‘Umdah  al-Salik (تَنْوِير المَسَالِكْ بِشَرْحِ وَأَدِلَّة عُمْدَةُ السَّالِكِ وَعُدَّةُ النَّاسِكِ) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Dr Mustafa Dib al-Bugha al-Maidani al-Dimasyqi al-Syafi’i (1938-).

Kitab Tanwir Masalik ini disusun oleh Syeikh Dr Mustafa Dib al-Bugha sebagai huraian (syarah) bagi kitab ‘Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik (عمدة السالك وعدة الناسك), iaitu sebuah  karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-‘Allamah Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Naqib al-Mishri (702-769H). Beliau terkenal dengan gelaran Ibnu al-Naqib al-Mishri.

Berdasarkan cetakan pertama (2010) yang diterbitkan oleh Dar al-Mustafa, Damsyiq - kitab ini diterbitkan dalam dua jilid dengan 1051 halaman. 

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan تنوير المسالك بشرح وأدلة عمدة السالك وعدة الناسك. Semoga bermanfaat.

Sunday, July 6, 2014

al-Tazhib fi Adillah Matn al-Ghayah wa al-Taqrib

 
Kitab al-Tazhib fi Adillah Matn al-Ghayah wa al-Taqrib merupakan salah satu kitab rujukan dalam mempelajari fiqh dalam mazhab Syafi'i, yang disusun oleh seorang tokoh ulama Syafi’iyyah masakini dari Syria, iaitu ‘al-‘Allamah Dr. Mustafa Dib al-Bugha (1933-). Kitab ini adalah huraian bagi kitab Matn al-Ghayah wa Taqrib  atau Matn Abi Syuja' fi al-Fiqh al-Syafi'i karya al-Imam Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashfahani (533-593H).  
Bagi mengetahui secara ringkas mengenai kitab ini, berikut dilampirkan petikan kata pengantar penyusunnya;
 
“Kitab Matn al- Ghayah  wa al-Taqrib termasuk kitab fiqh mazhab Syafi’i yang terbaik, baik dalam format maupun isinya. Meskipun kecil, tetapi lengkap sebab mencangkupi semua bab fiqh, sebahagian besar hukum-hukum dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah, muamalat dan lainnya dengan ungkapan yang mudah, kata yang baik dan susunan yang indah, di samping pembahagian masalahnya yang jelas, memudahkan setiap orang mendalami agama dalam memahaminya.
 
Kitab ini memiliki keistimewaan dan kelebihan dibandingkan dengan kitab-kitab lainnya, kerana dengan ketentuan Allah SWT kitab ini banyak mendapat perhatian dari para pelajar dan ulama dulu maupun sekarang. Mereka begitu tekun sekali dalam mempelajarinya, memahami, menghafal dan mensyarahinya. Mengingatkan kitab yang ringkas ini hanya menjelaskan hukum-hukum fiqh tanpa disertakan dalil-dalilnya, sedangkan para pelajar sekarang ingin sekali dapat mengetahui hukum agama yang didukung dengan dalil-dalilnya, maka saya ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan mempersembahkan kepada para intelektual muslim dan kepada para ahli fiqh serta orang-orang yang mendalaminya, kitab yang disukai oleh banyak orang dengan dalil-dalil yang membuat mereka arif tentang agama mereka, yakni terhadap hukum syariat mereka dan meneguhkan akidah mereka, khusyu’ dalam ibadah dan lurus dalam muamalah……..
 
Usaha yang saya lakukan ini bukan sekadar menyebutkan dalil-dalil naqliyah dari al-Qur’an, hadis dan atsar (ucapan para sahabat), tetapi kadang-kadang saya paparkan juga sebab-sebab rasional dan penggunaan qiyas. Umumnya dalil-dalil yang saya tetapkan di sini saya ambilkan dari kitab-kitab mazhab Syafi’i, kecuali jika saya temukan suatu dalil yang lebih kuat dan jelas, maka saya beralih padanya. Saya berusaha sekuat mungkin mengembalikan dalil-dalil yang saya gunakan dalam kitab ini ke sumber aslinya, selama hal itu memungkinkan, khususnya kitab-kitab hadis untuk mendapatkan nash darinya. Saya sebutkan nombor hadis jika ada, halaman dan jilid.
 
Dalam mentakhrij hadis, saya jarang sekali menggunakan sumber lain. Adapun ayat-ayat yang saya sebutkan, juga saya sertakan nombor ayat dan surah tempat ayat disebutkan, kemudian saya sebutkan nash yang digunakan sebagai dalil, dengan menerangkan lafazh-lafazhnya yang asing, yang sekiranya mudah dimengerti dan menjadi jelas sisi pemakaian dalilnya. Kadang-kadang saya jelaskan sebahagian lafazh-lafazh matan dan menyebutkan sebahagian definisi jika diperlukan. Tetapi dalam hal ini saya bataskan, sebab saya tidak bermaksud membuat syarah (huraian) bagi kitab ini, mengingatkan syarah-syarah kitab ini sudah cukup banyak.
 
Apabila saya temukan suatu qaul (pendapat) yang lemah dalam kitab matan, maka saya jelaskan qaul yang sebenarnya lebih sahih dan kuat berdasarkan kitab-kitab standard mazhab Syafi’i, kadang-kadang saya sebutkan rujukannya  dan kadang-kadang tidak. Selain itu ada kala saya tambahkan sebahagian hukum atau sebahagian hikmah dan faedah, semata-mata ingin melengkapi manfaat dan berharap mendapat tambahan pahala dari sisi Allah SWT.
 
Saya menempatkan kitab asal apa adanya di bahagian atas setiap halaman dan karya saya, saya jadikan sebagai catatan kaki dengan nombor-nombor di bahagian bawah. Karya saya ini saya beri nama al-Tazhib fi Adillah Matn al-Ghayah  wa al-Taqrib, untuk menunjukkan bahawa dalil-dalil itu merupakan benang-benang emas yang menerangi hukum-hukum agama ”.
 
Kitab ini sangat sesuai menjadi rujukan orang awam yang ingin mempelajari ilmu fiqh aliran mazhab Syafi’i, kerana kandungannya mencakupi sebahagian besar permasalahan fiqh yang dibincangkan oleh para ulama, diantaranya;

·         Kitab Thaharah
·         Kitab Shalat
·         Kitab Zakat
·         Kitab Puasa
·         Kitab Haji
·         Kitab Jual Beli dan Mu'amalat Lainnya
·         Kitab Faraidh dan Wasiat
·         Kitab Nikah
·         Kitab Jinayat
·         Kitab Hudud
·         Kitab Perburuan dan Penyembelihan
·         Kitab Perlumbaan dan memanah
·         Kitab Sumpah dan Nazar
·         Kitab Pengadilan dan Persaksian


Terjemahannya;

Berikut dicatatkan beberapa buah buku terjemahan kitab al-Tahzhib dalam dalam bahasa Melayu/Indonesia, yang telah diterbitkan;
 
  
1)      Buku yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication, Selangor Darul Ehsan -  dengan judul “ Fiqh Sunnah Imam Syafie. Isi kandungan buku ini merangkumi 448 halaman.
 
 
  
2)     Buku yang diterbitkan oleh Media Zikir, Indonesia – dengan judul “ Fikih Islam Lengkap, Penjelasan Hukum-Hukum Islam Madzhab Syafi’i ”. Isi kandungannya merangkumi 578 halaman.

Semoga bermanfaat.

Saturday, July 27, 2013

al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i


Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i (الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي) merupakan sebuah karya fiqh aliran mazhab al-Syafi’i yang kontemporeri, yang disusun oleh tiga tokoh ulama terkenal dari Syiria, iaitu al-‘Allamah Dr. Mustafa al-Khin, Syaikh Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji. Kitab ini sangat masyhur di kalangan pengikut Mazhab Syafi’i masa kini, bahkan diajar di pusat pengajian tinggi dan juga di masjid-masjid di seluruh dunia Islam.

Kitab ini telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa dunia, termasuklah dalam bahasa Melayu dan Indonesia. (Insya Allah saya akan lampirkan beberapa edisi terjemahan kitab ini yang telah diterbitkan di Malaysia pada kesempatan yang lain).

Berikut ringkasan kandungan kitab ini berdasarkan buku terjemahan yang diterbitkan oleh Darul Syakir Enterprise, iaitu buku yang diterjemahkan oleh panel yang diketuai oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Buku ini terdiri dari 7 buah buku termasuk muqaddimahnya;
 
  1. Muqaddimah: Menceritakan tentang Kitab al-Fiqh al-Manhaji, keistimewaannya, metodologi terjemahan, bibliografi ringkas pengarang, tokoh hadith dan Imam Al-Syafi'i serta fiqhnya, Mabadi'      al-‘Ulum, Istilah Fiqh al Syafi', Pendapat Tokoh dan Ulama' Berkenaan Kitab al-Fiqh al-Manhaji.
  2. Jilid 1: Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah,Zakat Fitrah, Qurban dan Jenazah.
  3. Jilid 2::Zakat, Puasa, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan dan Kaffarah.
  4. Jilid 3 :Bab Nikah dan Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut'ah, Nusyuz, Fasakh, Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Wakaf, Wasiat dan Pemegang Amanah.
  5. Jilid 4 :Ilmu Faraid, Jual Beli, Khiar, al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba', Sarf, Hutang dan Anugerah.
  6. Jilid 5 :Hiwalah, Syuf'ah, Musaqah, Muzara'ah, Pinjaman, Syarikat dan Pelaburan.
  7. Jilid 6 :Jenayah, Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Minum Arak, Mencuri, Hirabah, Murtad, Jihad, Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin.
Semoga bermanfaat.
 
 
Download kitab terjemahan al-Fiqh al-Manhaji jil. 1 terbitan JAKIM di pautan