Karya ini merupakan karya
pertama dalam bahasa Melayu yang menjelmakan kerangka umum ‘aqīdah ahli sunnah
menurut Imam al-Nawawī. Penulis cuba menggali khazanah keilmuan Imam al-Nawawi
dari dua karya beliau yang telah dinyatakan tersebut dalam usahanya menggambarkan
pendirian Imam al-Nawawi dalam ilmu akidah.
Seterusnya penulis bukan
sahaja sekadar menyenaraikan dapatan yang diperoleh malah mengolah semula
gambaran umum tersebut dan memberi sentuhan baharu menjadikan karyanya lebih
bermakna dan bermanfaat. Kitab ini memuatkan juga sedikit latar belakang Imam al-Nawawi
untuk kita menelusuri hal-hal dan suasana yang melatari dan pengaruh dalam
pembinaan manhaj dan pemikiran keilmuannya.
Sesungguhnya karya ini sangat bagus untuk perhatian para pengkaji dan juga golongan terpelajar mahupun penuntut ilmu untuk diteliti dengan tuntas kepada usaha memahami pandangan Imam al-Nawawi dalam bab aqidah ahli sunnah wal jamaah. Risalah ini juga amat sesuai dijadikan sebagai pengajian umum kepada masyarakat awam sebagai gambaran awal pandangan aqidah ahli sunnah wal jamaah yang amat bersepadu dengan manhaj pembelajaran aqidah ahli sunnah di bumi Nusantara ini.
Dinukilkan daripada https://ilhambooks.com/aqidah-ahli-sunnah-menurut-al-imam-al-nawawi/