Kitab Nasiim al-Hayah Syarh Safinah al-Najah ( نسيم الحياة شرح سفينة النجاة ) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i. Ia disusun oleh Syeikh al-‘Allamah al-Faqih al-Qadhi Abdullah bin ‘Awad bin Mubarak Bukair, seorang ulama kenamaan yang ahli dalam bidang fiqah di Hadramaut Yaman. Beliau dilahirkan di desa Ghail Bawazir tahun 1314H (1897M). Sejak kecil beliau sangat gemar mendalami ilmu syari'at dari berbagai ulama di antaranya adalah al-Imam Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, Syeikh Umar bin Mubarak Badubbah, Syeikh Umar bin Salim Bawazir dan lain-lain. Setelah tersebar keilmuannya, beliau menjadi qadhi di Mukalla sejak tahun 1351 H (1933 M) hingga tahun 1386 H (1967 M). Syeikh Abdullah meninggal dunia pada tahun 1399 H (1979 M) di kota Mukalla setelah memberikan pengabdiannya yang tulus kepada umat Islam.
Kitab
Nasiim al-Hayah ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Safinah
al-Najah (سفينة النجاة), iaitu sebuah matan
fiqh yang disusun oleh Syeikh Salim bin Abdullah bin Sa'd bin Samir
al-Hadhrami al-Syafi’i (1271H).
Semoga bermanfaat.
Kitabnya mana gus ?
ReplyDeletekitabnya belum saya jumpa lagi.
Delete