Kitab Kasyifah al-Saja ini disusun oleh Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi sebagai huraian (syarah) bagi Safinah al-Naja fi Ushul al-Din wa al-Fiqh ( سفينة النجا في اصول الدين والفقه ), iaitu sebuah karya Syeikh al-'Alim al-Fadhl Salim bin Samir al-Hadhrami ().
Kitab
ini merupakan di antara huraian kitab Safinah al-Naja yang terawal dan agak tebal.
Berdasarkan kitab yang ditahkik oleh Bassam Abdul Wahhab al-Jabi dan diterbitkan Dar Ibn Hazm –dengan isi
kandungan merangkumi adalah 575 halaman.
Dalam pendahuluan kitab ini, Syeikh Muhammad menyebutkan; “ Dalam syarah ini, aku menerangkan isi kitab Safinah al-Naja dalam bentuk susunan yang terdiri dari fasal-fasal dan lain-lainnya (spt; tanbih, far’un, faedah, khotimah, dll) dengan tujuan mengikuti [bentuk susunan] al-Quran yang juga diterangkan dan ditampilkan dalam bentuk fasal dan surat demi surat dan dengan tujuan agar lebih mudah untuk dipelajari dan dipahami. Aku memasukkan fasal puasa di dalam kitab syarah-ku ini, in syaa Allah, agar lebih memberikan tambahan manfaat kepada orang-orang awam. Aku menyusun syarah kitab Safinah an-Naja ini dengan perantara pertolongan Allah Yang Maha Merajai dan Mengetahui. Aku menyusunnya dengan bentuk susunan sebagaimana umumnya, yakni, seperti susunan sebuah kitab matan dengan kitab syarahnya dari segi hubungannya, agar bentuk cabang sesuai dengan bentuk asalnya, karena syarat tabik atau sesuatu yang mengiringi harus sesuai dengan matbuk atau sesuatu yang diiringi ”.
Kitab Kasyifah al-Saja ini boleh dimuat turun di pautan كاشفة السجا في شرح سفينة النجا). Manakala Terjemahan kitab Kasyifah al-Saja dalam bahasa Melayu (Indonesia) boleh dimuat turun di pautan Jilid 1, Jilid 2, Jilid 3.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment