Kitab al-Ihathah bi Ahamm Masa’il al-Hidh wa al-Nifas wa al-Istihadhah (الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاض) merupakan sebuah karya fiqh disusun oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ().
Kitab
ini disusun secara khusus membahaskan
berkenaan persoalan-persoalan berkaitan haid, nifas dan istihadah serta hukum
hakam yang dengannya - merangkumi hukum taharah, sembahyang, puasa, tawaf,
membaca al-Quran, talak, pergaulan suami isteri dan sebagainya.
Kitab
ini sangat perlu dibaca dan dipelajari kerana persoalan darah wanita adalah
persoalan yang amat penting kerana ia membabitkan keabsahan ibadat utama yang
dilakukan seperti solat dan puasa. Kejahilan seorang wanita tentang hukum-hukum
yang berkaitan darah yang dilaluinya akan menyebabkan kedudukan ibadatnya tidak
menentu sama ada sah atau tidak, dan apatah lagi mendapat penerimaan di sisi
Allah S.W.T.
Perbincangan
isi kandungan kitab ini adalah berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i, namun
begitu pandangan para ulama mazhab lain juga turut dikemukakan sebagai
perbandingan.
Kitab
ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dengan judul Hukum &
Persoalan Darah-Darah Haid, Nifas Dan Istihadah oleh al-Fadhil Ustaz
Muhammad Ramzi Omar dan diterbitkan oleh Sinar Media Services pada
tahun 2007 dengan 151 halaman.
Semoga
bermanfaat.
Assalamualaikum. Dimana boleh dapat kitab ini ?
ReplyDelete