Buku “Di
Balik Tabir Kematian” ini
membicarakan dua persoalan utama, iaitu kematian dan peristiwa-peristiwa yang
berlaku setelah kematian. Buku ini
merupakan sebuah karya terjemahan yang diusahakan oleh Abdul Rosyad Shiddiq, seorang
penulis dari Indonesia.
Karya asalnya
berjudul Zikr al-Mawt Wa Ma Ba'dahu (ذكر الموت وما بعده). Ia
merupakan satu bahagian (kitab)[1] daripada
kitab Ihya Ulumiddin, karya al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H).
Terdapat
dua edisi terjemahan buku "Di Balik Tabir Kematian" yang saya miliki, iaitu;
a) Edisi
terbitan Khatulistiwa Press, Jakarta
Timur-Indonesia (cet. 2012).
b)
Edisi
terbitan Pustaka Al-Ehsan, Selangor-Malaysia (cet. 2017).
Kedua-dua edisi adalah hasil
terjemahan oleh penterjemah yang sama, iaitu Abdul Rosyad Shiddiq.
Kandungan buku ini dibahagikan kepada 12 bab. Berikut
adalah ringkasan kandungan buku ini, berdasarkan buku terbitan Pustaka
Al-Ehsan;
1.
Kematian
dan Dorongan Untuk Selalu mengingatinya
2.
Keutamaan
Sedikit Angan-Angan.
3.
Dahsyatnya
Sakratul Maut dan Yang Mesti Dilakukan Saat itu.
4.
Wafatnya
Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin.
5.
Ucapan
Para Khalifah, Umara dan Orang-orang Soleh Menjelang Ajalnya.
6.
Ucapan
Para ‘Arifin mengenai jenazah dan kubur, serta hukum ziarah kubur.
7.
Hakikat
Kematian dan Alam Kubur.
8.
Mengetahui
Keadaan Orang-orang yang Sudah mati melalui Mukasyafah.
9.
Huru
hara Kiamat.
10. Tentang Neraka Jahanam.
11.
Tentang
Syurga.
12. Luasnya Rahmat Allah.
Teks bahasa Arabnya boleh dibaca secara online
di pautan كتاب ذكر الموت وما بعده dan juga boleh dimuat turun di pautan كتاب ذكر الموت وما بعده.doc.
[1] Iaitu kitab yang ke sepuluh dari Bahagian al-Munjiat (ربع المنجيات). Kitab ini menjadi penutup bagi kitab Ihya ‘Ulumiddin, karya al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H).
No comments:
Post a Comment