Buku
yang ingin saya kongsi bersama pembaca kali ini adalah sebuah karya dalam
bidang tafsir yang berjudul Pemisah Antara Iman Dan Kufur. Buku ini
disusun dan diolah kembali oleh Ustaz Mashhudi Bunyamin berdasarkan kuliyyah
tafsir Surah al-Furqan yang disampaikan oleh al-Marhum Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat (1931-2015). Buku setebal 181 halaman ini, telah diterbitkan dengan
cetakan pertamanya oleh Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur pada tahun 1996.
Isi
Kandungan buku ini memuatkan huraian Tuan Guru Datuk Nik
Aziz terhadap 77 ayat surah al-Furqan. Penyusun telah
membahagikan kandungan buku ini kepada 8 bab, iaitu;
1. Al-Quran
adalah peringatan untuk seluruh manusia ( huraian ayat 1-3), hal. 1-30.
2. Tuduhan-tuduhan
palsu dari orang-orang kafir terhadap al-Quran (huraian ayat 4-6), hal. 31-37.
3.
Kehairanan
orang kafir tentang diutusnya Rasul dari manusia biasa (huraian ayat 7-8, 9-11,
12-16), hal.38-59.
4. Soal
jawab Allah SWT dengan sembahan-sembahan orang kafir di Hari Qiyamat (huraian
ayat 17-18, 19-20), hal. 60-65.
5. Keadaan
manusia yang tidak beriman kepada al-Quran pada Hari Qiamah (huraian ayat
21-24, 25-29, 30-31, 32-34), hal. 66-89.
6. Pengajaran
dari kisah umat yang terdahulu (huraian ayat 35-40, 41-42, 43-44), hal. 90-115.
7. Tanda-tanda
kekuasaan Allah dalam alam semesta (huraian ayat 45-52, 53-59, 60-61), hal.
116-148.
8. Sifat-sifat
hamba Allah yang mendapat kemuliaan (huraian ayat 63-71, 72-74, 75-77), hal.
149-181.
Demikianlah
ringkasan kandungan buku ini. Berdasarkan pengetahuan penulis catatan ini, buku
ini belum lagi diterbitkan kembali oleh penerbit atau penyusunnya. Semoga ia
diterbitkan kembali dengan cetakan dan susunan yang lebih menarik untuk tatapan
dan rujukan umat Islam.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment