
Imam al-Syawkani menyusun kitab yang terkenal dengan singkatan Tuhfah al- Zikirin ini sebagai huraian (syarah) bagi kitab ‘Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin (عدة الحصن الحصين من كلام سيد المرسلين) karya Imam Ibn al-Jazari atau nama sebenarnya Syamsuddin Abu al-Khair Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin ‘Ali bi Yusuf al-Jazari (751-838H). Manakala kitab ‘Uddah al-Hishn al-Hashin pula adalah sebuah ringkasan bagi karya Imam In al-Jazari sendiri yang berjudul al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin الحصن الحصين من كلام سيد) المرسلين).
Dalam kitab Tuhfah al-Zakirin ini, Imam al-Syawkani telah mengtakhrijkan hadis-hadis yang terkandung di dalamnya, di samping menghuraikannya. Sebagaimana kitab asalnya (‘Uddah al-Hishn al-Hashin), kitab Tuhfah al-Zakirin ini masih mengekalkan bilangan babnya, iaitu sebanyak 10 bab. Setiap bab pula dibahagikan kepada beberapa fasal.
Ringkasan kandungan kitab ini;
Bab 1: Keutamaan zikir, doa, dan selawat kepada Nabi
saw. beserta caranya.
Bab 2: Waktu, tempat mustajab
berdoa, orang yang mustajab doanya, dan
media doa yang mustajab.
Bab 3: Zikir dan doa sehari
semalam.
Bab 4: Zikir dan doa berkaitan
dengan bersuci, masjid, azan dan iqamah
dan solat rawatib.
Bab 5: Doa makan, minum, puasa,
zakat safar, haji, jihad dan nikah.
Bab 6: Zikr dan doa ketika
terjadi mendung, petir, hujan, hilal, angin
kencang dan bulan purnama.
Bab 7: Zikir dan doa yang
berkaitan dengan aktiviti peribadi dalam
berbagai keadaan.
Bab 8: Zikir dan doa berkaitan
dengan sebab-sebab tertentu.
Bab 9: Keutamaan Zikir,
istighfar dan al-Quran.
Bab 10: Doa-doa shahih dari
Rasulullah saw yang bersifat mutlak.
Terjemahan kitab ini…

Manakala terjemahan kitab al-Hishn al-Hashin dalam bahasa Melayu ada diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa.
Kitab al-Hishn al-Hashin boleh didowload di pautan berikut;
Menarik. Salam Dutaislam.or.id. Ijin angkut yah.
ReplyDelete