Kitab al-Ahkam
al-Sulthaniyyah wa al-Wilayaat al-Diniyyah (الأحكام السلطانية والولايات الدينية ) adalah
sebuah karya al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib
al-Mawardi (450H). Kitab ini dianggap sebagai kitab fiqh mazhab al-Syafi’i yang
paling masyhur membincangkan sistem pemerintahan Islam atau lebih dikenali
dengan istilah al-Siyasah al-Syar’iyyah
(السياسة الشرعية).
Dalam kitab ini,
al-Mawardi menerapkan metod fiqh perbandingan dengan cara memaparkan pendapat
para ahli fiqh berbagai mazhab dan dalil-dalil mereka ketika membahaskan suatu
permasalahan di dalam kitabnya itu. Kandungan kitab ini dibahagikan kepada dua
puluh bab. Dalam kitab ini dibincangkan mengenai sistem pemerintahan,
kementerian, kepolisian dan kehakiman, harta fai’, jizyah, cukai dan lain-lain.
Selain kitab
al-Ahkam al-Sulthaniyyah karya Imam al-Mawardi al-Syafi’i, terdapat sebuah lagi kitab yang sama judulnya
iaitu kitab al-Ahkam al-Sulthaniyyah karya Imam al-Qadhi Abu Yu’la al-Farrak al-Hanbali
(458H). Saya suka melampirkan di sini petikan pendapat al-Marhum al-Syaikh ‘Ali
al-Thanthawi mengenai kedua-dua kitab al-Ahkam al-Sulthaniyyah ini;
وفي ذكريات المرحوم
علي الطنطاوي ((8/ 324) قال :

Kitab ini boleh
didownload di pautan berikut;
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment