Showing posts with label Syihabuddin al-Ramli. Show all posts
Showing posts with label Syihabuddin al-Ramli. Show all posts

Monday, September 26, 2022

Fath al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد)

Kitab Fath al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد) merupakan sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Shihab al-Din Abu al-ʿAbbas Aḥmad ibn Ḥamzah al-Ramli al-Anṣari al-Syafi’i (957H).

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam oleh seorang ulama yang  terkenal dalam mazhab al-Syafi’i, iaitu al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (808H). Kandungan kitab ini membincangkan mengenai beberapa jenis najis yang dimaafkan syarak berdasarkan mazhab Syafi’i.

Kitab Fath al-Jawad pula telah diberikan komentar (حاشية) oleh al-‘Allamah Syaikh Husain bin Sulaiman al-Rasyidi () melalui karyanya yang berjudul Hasyiah 'ala Fath al-Jawad   (حاشية العلامة الشيخ حسين الرشيدي على فتح الجواد). 

Manakala Syaikh Sulaiman al-Jamal al-‘Ujaili (1204H) pula ada membuat beberapa catatan pinggir (تقريرات) terhadap kitab Fath al-Jawad ini.

Manuskrip kitab  Fath al-Jawwab bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad karya Imam Ahmad al-Ramli ini boleh dilayari di pautan فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد.

Manakala kitab versi cetakan boleh dimuat turun di pautan https://ia903100.us.archive.org/6/items/Fath-Aljawad/%D9%81%D8%AA%D8%AD%20%D8%A7%D9%84%D8%AC%D9%88%D8%A7%D8%AF.pdf

Semoga bermanfaat.


Friday, January 24, 2020

Syarh al-Sittin Mas-alah fi al-Fiqh al-Syafi’i


Kitab Syarh al-Sittin Mas-alah fi al-Fiqh al-Syafi’i  (شرح الستين مسألة في الفقه الشافعي) merupakan sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas  Ahmad bin Hamzah bin Ahmad al-Anshari al-Ramli (957H).

Kitab Syarh al-Sittin Mas-alah ini disusun sebagai huraian bagi kitab al-Sittin Mas-alah (الستين مسألة), iaitu sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid (819H), seorang yang terkenal dengan kesalihannya dan banyak beribadat. 

Kitab Syarh al-Sittin Mas-alah karya Imam Syihabuddin al-Ramli ini, merupakan antara kitab huraian matan al-Sittin Mas-alah yang paling terkenal dan kerap menjadi rujukan para ulama. Kitab ini telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama terkemudian.

Berikut adalah antara karya para ulama mazhab Syafi’i yang menghuraikan kitab Syarh al-Sittin Mas-alah telah diberikan hasyiah oleh beberapa ulama, antaranya; 

a)      Hasyiah ‘ala Syarh al-Sittin Mas-alah li Syaikh Ahmad al-Ramli, yang disusun oleh al-Syaikh al-'Allamah Ahmad al-Mihi al-Syibini(1263H)[1]. Beliau merupakan murid kepada Imam Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim  al-Syarqawi (1150-1226H).  

b)      Hasyiah 'ala Syarh al-Syihab al-Ramli 'ala al-Sittin Mas-alah, yang disusun oleh al-Syaikh al-'Allamah 'Abdul Karim Karimuddin al-Mathari al-Dimyathi[2].

c)       al-Hawasyi al-Muhkamah ‘ala Syarh al-Sittin Mas-alah, yang disusun oleh Syaikh Muhammad bin Umar bin Qasim bin Ismail al-Muqri (w +1146H).

d)        al-Futuhat al-Ahmadiyyah al-Mutqinah ‘ala Syarh al-Sittin Mas-alah, yang disusun oleh Hasan al-Banhawi (w+1194H).

e)        Hasyiah ‘ala Syarh al-Ramli, yang disusun oleh Muhammad al-Ahmadi al-Khalfi al-Binawi (+1217H).

f)         Hasyiah ‘ala Syarh al-Sittin Mas-alah, yang disusun oleh Yussuf bin Abdul Rahman al-Sanbalawini al-Syarqawi al-Makki (1285H).

g)        al-Durar al-Fara-id ‘ala Syarh al-Syihab al-Ramli ‘ala Muqaddimah al-Zahid, yang disusun oleh Abdul Rahman al-Makawi (Abad 13H)

Kitab Syarh al-Sittin Mas-alah ini boleh dimuat turun melalui pautan شرح الستين مسألة في الفقه الشافعي.

Semoga bermanfaat.



[1] Dalam koleksi saya, ada sebuah kitab “ Hasyiah ‘ala Syarh al-Sittin Mas-alah li Syaikh Ahmad al-Ramli ” ini. Kitab ini diterbitkan oleh Mathba’ah Bin Halabi, Patani, Thailand (tanpa tarikh). Bentuk cetakan sebagaimana “kitab kuning” yang lain. Di pinggirnya diletakkan “ Syarh al-Sitin Mas-alah”, karya Imam Ahmad al-Ramli. Tebalnya, sebanyak 84 halaman.
[2] Kitab ini juga ada dalam koleksi saya, sebagaiman kitab di atas ia juga terbitan Mathba'ah Ben Halabi. Kitab ini lebih tebal berbanding kitab karya Syaikh Ahmad al-Mihi, di mana isi kandungannya merangkumi 140 halaman.

Wednesday, December 13, 2017

FATH AL-JAWAD BI SYARH MANZUMAH IBN AL-'IMAD


Kitab Fath al-Jawad[1] bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد), merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun  oleh al-Imam Shihab al-Din Abu al-ʿAbbas Amad ibn amzah al-Ramli al-Anari al-Syafi’i (957H).

Kitab Fath al-Jawwad ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات)  atau judul lengkapnya Manzumah Ibn ‘Imad fi al-Najasat al-Ma’fu ‘anha (منظومة ابن العماد في النجاسات المعفو عنها), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam oleh seorang ulama yang terkenal dalam mazhab al-Syafi’i, iaitu al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (808H).

Kitab Fath al-Jawwad ini, kemudiannya - telah diberikan komentar (حاشية) pula oleh al-‘Allamah Syaikh Husain bin Sulaiman al-Rasyidi () melalui karyanya Hasyiah al-‘Alllamah al-Syaikh Husain al-Rasyidi ‘ala Fath al-Kawad (حاشية العلامة الشيخ حسين الرشيدي على فتح الجواد). Manakala Syaikh Sulaiman al-Jamal al-‘Ujaili (1204H) ada membuat beberapa catatan pinggir (تقريرات) terhadap kitab Fath al-Jawwad ini.

Semoga bermanfaat.



[1] Terdapat sebuah kitab yang lain juga berjudul Fath al-Jawad, iaitu judul lengkapnya Fath al-Jawad 'ala  Syarh al-Irsyad (فتح الجواد على شرح الإرشاد), karya Ibn Hajar al-Haytami (909-974H). Kitab ini merupakan sebuah hasyiah (komentar) terhadap kitab yang disusun oleh al-Imam Ibn al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah al-Muqri al-Zabidi al-Yamani (755-837H)  yang  berjudul al-Ikhlash al-Nawiy fi Syarh al-Irsyad al-Ghawi (إخلاص الناوي شرح إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي). Sedangkan kitab al-Ikhlash al-Nawiy ini merupakan huraian bagi kitab al-Irsyad al-Ghawi, iaitu sebuah karya Imam Ibn al-Muqri sendiri. 

Tuesday, March 15, 2016

Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj


Kitab Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (نهاية المحتاج إلي شرح المنهاج) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal dan dianggap antara kitab rujukan utama di kalangan ulama mazhab Syafi’i yang mutaakhirin. Kitab ini disusun oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin al-Ramli al-Manufi al-Mishri al-Anshari (919-1004H), atau yang biasa dikenali dengan nama Imam al-Ramli. Beliau terkenal dengan julukan “al-Syafi’i al-Shaghir” (Imam Syafi’i kecil).

Sebagaimana judulnya, kitab Nihayah al-Muhtaj disusun  oleh Imam al-Ramli sebagai sebuah kitab syarah (huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, iaitu sebuah kitab fiqh karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Kitab Nihayatul Muhtaj adalah salah satu kitab syarah terbaik di antara sekian banyak kitab syarah Minhaj al-Thalibin. Bahkan menurut sebahagian ulama kitab ini menempati urutan kedua terbaik syarah al-Minhaj setelah kitab Tuhfatul Muhtaj karya Imam Ibnu Hajar al-Haytami (973H).

Kitab ini mempunyai kedudukan yang penting dalam mazhab Syafi’i. Ramai para ulama Syafi’iyah setelah masa Imam al-Ramli yang memuji kehebatan dan keunggulan kitab ini bersama kitab al-Tuhfah, sehingga kebanyakan ulama Syafi’iyah menjadikan kitab ini sebagai rujukan dan pegangan utama ketika mereka berfatwa.

Kitab Nihayah al-Muhtaj ini pernah disodorkan, dibacakan, diminta kritik serta diminta betulkan oleh pengarangnya sendiri di hadapan lebih dari 400 ulama dan setelah mereka mengkaji secara saksama, mereka menyatakan shahih tanpa meragukan sedikitpun terhadap keabsahannya.

Selain menghuraikan isi kandungan kitab al-Minhaj dan menjelaskan maknanya, Imam al-Ramli juga memperjelas permasalahannya, serta menambahkan dalil-dalil syar’iyah dari al Qur’an, al-Sunnah dan pendapat-pendapat para ulama mazhab Syafi’i yang muktabar, sama ada di kalangan tokoh ulama generasi terdahulu (mutaqqimin) atau terkemudiaan (mutaakhirin).

Sistematik penyusunan kitab ini adalah sama dengan kaedah penyusunan kitab al-Minhaj dari segi susunan bab perbahasannya, iaitu dimulai dengan kitab al-Thaharah (bersuci) dan diakhiri dengan kitab Ummahatil Aulad.

Mengikut versi kitab yang diterbitkan Darul Kutub al-Ilmiyah, kitab ini dicetak dengan 8 jilid berserta dua hasyiyahnya, iaitu Hasyiyah Abu al-Dhiya’ Nuruddin Ali bin Ali al-Syibramalisi (977-1087H) dan Hasyiyah Ahmad bin Abdur Razaq bin Muhammad atau yang dikenal dengan sebutan al-Maghribi al-Rasyidi (1087H).

Untuk membaca dan memuat turun kitab Nihayah al-Muhtaj dalam bentuk fail PDF, sila klik Cover, Jilid 1, Jilid 2, Jilid 3, Jilid 4, Jilid 5, Jilid 6, Jilid 7, Jilid 8.  Semoga bermanfaat.