Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Durar
al-Bahiyyah fiima yalzamu al-Mukallaf min al-‘ulum al-syar’iyyah (الدرر البهية فيما يلزم المكلف من العلوم الشرعية), iaitu sebuah kitab yang disusun oleh Syaikh
al-‘Allamah Abu Bakr Utsman bin al-‘Arif Billah Sayyid Muhammad Zainuddin
Syatha al-Dimyathi al-Syafi’i.
Syaikh Abu Bakr bin Muhammad Syatha al-Dimyathi (أبي بكر بن محمد شطا الدمياطي) dilahirkan pada tahun 1266H/1850M dan
wafat tahun 1310H/1893M. Beliau merupakan seorang guru yang terkenal di
Masjid al-Haram Makkah dan salah seorang murid al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini
Dahlan Mufti al-Syafi’iyyah di Makkah al-Mukarramah pada zamannya.
Kitab al-Anwar al-Saniyyah pula telah diberikan huraian (hasyiah) oleh Dr al-Nu'man al-Syawi dengan karyanya yang berjudul Hasyiah al-Aliy al-Mudhiyyah 'ala al-Anwar al-Saniyyah ( حاشية الآلي المضية علي الأنوار السنية ).
Kitab al-Anwar al-Saniyyah dan kitab al-Durar al-Bahiyyah boleh dimuat turun di pautan https://ia801005.us.archive.org/0/items/Figh16000/Figh17525.zip ( لأنوار السنية على الدرر البهية ( dan https://ia800703.us.archive.org/24/items/feqh-02/1325-.zip ) الدرر البهية (.
Semoga bermanfaat,
No comments:
Post a Comment