Buku yang berjudul “ 529 Pengajaran Samaawi Penggerak ‘Amal
” ini merupakan sebuah karya terjemahan oleh al-Fadhil Ustaz Abdullah Al-Qari
bin Hj Salleh. Buku ini merupakan terjemahan bagi kitab al-Mawa’iz Fi al-Ahadits al-Qudsiyyah (المواعظ في الأحاديث القدسية) iaitu sebuah karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad
al-Ghazali (450-505H), berdasarkan kitab
edisi Arab yang ditahkik oleh Dr. Abdul Hamid Solih Hamdan dan diterbitkan oleh
Darul Mishriyyah al-Lubnaniyyah (cetakan 1).
Buku setebal 82 halaman
ini, diterbitkan sendiri oleh penterjemahnya melalui syarikat penerbitannya
Pustaka Angkatan Sayap Al-Islam (ASA), Kubang Kerian, Kelantan dengan cetakan
pertama tahun 1992. Sekadar pengamatan saya, buku ini mungkin belum diterbitkan
kembali oleh penterjemahnya atau mana-mana syarikat penerbitan lain.
Kandungan buku ini
mengemukakan 38 maw-‘izah (pengajaran / nasihat) yang disebutkan oleh Imam
al-Ghazali sebagai Hadits al-Qudsi. Namun begitu, hadis-hadis yang disebutkan
sebagai hadis Qudsi ini tidak diberikan sanad dan tidak pula disebutkan
sumbernya, sama ada kitab-kitab Hadits Kutub al-Sittah (kitab-kitab hadis oleh
6 Imam yang masyhur) atau selainnya. Bahkan dalam kitab ini, Imam al-Ghazali
menggunakan sandaran terus kepada Allah SWT dengan menggunakan rangkai kata; “
Berfirman Allah Ta’ala” (يقول الله تعالى).
Menurut al-Fadhil Ustaz
Abdullah al-Qari dalam pendahuluan terjemahan kitab ini dalam bahasa Melayu;
“ Setelah membuat
sedikit kajian, kami mendapati sebahagian kecil isi nasihat yang berupa hadits
Qudsi tadi adalah terdapat sedikit persamaannya dengan sebahagian hadits Qudsi
yang terdapat dalam sebahagian kitab-kitab Sunan, manakala yang lainnya diambil
atau ada persamaan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
Namun begitu, ianya
lebih merupakan nasihat-nasihat yang bertaburan daripada isi kitab al-Zabur dan
al-Tauraah yang menjadi warisan orang-orang Bani Israil. Ini terbukti, antara
lain dia menggunakan kata-kata; يابن آدم , ياأيهاالناس , ياموسىبنعمران .
Kandungan kitab
al-Mawa’iz Fi al-Ahadits al-Qudsiyyah (edisi Arab ) boleh dibaca di pautan http://www.khatmiya.com/vb/showthread.php?t=5840.
Semoga bermanfaat.
Aslmkm. Maaf lari dr topik. Boleh saya tahu kitab apa ada ada hadis lengkap tentang almahdi. Kalau yg berbahasa melayu lebih bagus. Kebanyakkan buku yg saya baca cuma kupas sedikit shj.
ReplyDelete