Kitab Minhah
al-Wahhab bi Nazhm Tahrir Tanqih al-Lubab (منحة الوهاب بنظم تنقيح تحرير اللباب),
merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh al-‘Allamah Sayyid Abu Bakr bin Abu al-Qasim bin Ahmad bin
Muhammad al-Ahdal al-Husaini al-Yamani (984-1035H).
Kitab
ini disusun dalam bentuk nazam yang melebihi 4 ribut bait berdasarkan kitab Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب),
iaitu karya Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad
bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H).
Sayyid
Abu Bakr al-Ahdal kemudiannya telah meringkaskan pula kitab Manhah al-Wahhab
ini melalui sebuah karya beliau yang berjudul Nafhah al-‘Abir fi Nazhm
al-Tahrir (نفحة العبير في نظم التحرير).
Manuskrip
kitab Manhah al-Wahhab boleh dimuat turun di pautan منحة الوهاب بنظم تنقيح تحرير اللباب.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment