
Sebenarnya kitab ini bukan sekadar ringkasan kitab
Munyatul Musolli, bahkan juga merupakan penjelasan kepada beberapa ibarat kitab
musolli yang agak susah difahami oleh generasi sekarang. Perkara ini dinyatakan
oleh penyusunnya dalam muqaddimah kitab;
“ Kemudian sahabat saya yang sangat kasih minta
saya hurai semula ibarat Musolli supaya mudah. Maka dicampak ke dalam hati saya
bersetuju dengan pintaan itu kerana serata tempat kitab berkat ini ada mengajar
dan mengaji di pondok-pondok, juga di kampung-kampung
tetapi mereka menyungut-nyungut musolli ini payah ”.
Seterusnya penyusun kitab menerangkan metode
penyusunan kitab Pati Musolli ini, katanya;
“ Dengan itu qalam saya pun menulis mengikut
bagaimana susunannya yang asal pada mendahulu dan kemudian dan setengah-setengah
ibaratnya yang terang juga saya ikutkan (kekalkan) ”.
Kemudian penyusun menerangkan kelebihan karya beliau
ini, katanya;
“ Tetapi Pati (Munyatul Musolli) ini mudah (difahami)
tidak sangat berkehendak kepada tadah (belajar berguru), patut benar bagi
orang-orang tua lelaki perempuan serupa, bagus benar bagi orang-orang pondok,
terus kepada budak-budak. Cara baru susunannya, pertengahan ibaratnya ”.
Dari pembacaan saya terhadap kitab Pati Munyatul
Mushalli ini, saya dapati keseluruhan isi kandungan utama (tajuk yang
dibincangkan) dalam kitab Munyatul Musolli dikekalkan dalam kitab ini.
Manakala bagi tema akhir yang disebutkan dalam kitab
ini yang berkaitan dengan jenis-jenis sembahyang sunat, penyusun telah
menyebutkan 5 jenis sembahyang sahaja, iaitu sunat rawatib, sembahyang hari
raya, sembahyang hajat, sembahyang terawih dan sembahyang sunat mutlak. Sedangkan dalam kitab asalnya terdapat
sebanyak 24 jenis sembahyang sunat.
Bagi sembahyang terawih, penyusun telah membuat
penambahan huraian mengenai tatacara sembahyang terawih dan sembahyang witir, serta
kaifiat bacaan selawat yang biasa dilakukan oleh umat Islam di negeri Jawi
(Nusantara). Disebutkan juga doa selepas sembahyang terawih dan doa selepas sembahyang
witir.
Sekadar ini saja catatan saya mengenai kitab Pati
Munyatul Musolli ini. Semoga bermanfaat.
salam tuan,
ReplyDeletedimana nak dapatkan kitab ini
Salam.. dim Nak dapat kitab ini?
ReplyDeleteSaya ada 0145118260 whatsapp sy. Sy jual syarahan kitab ini yg disampaikan penuh mula sampai khatam oleh ustaz azhar idrus. Sy puan hana
DeleteSaya ada 0145118260 whatsapp sy. Sy jual syarahan kitab ini yg disampaikan penuh mula sampai khatam oleh ustaz azhar idrus. Sy puan hana
ReplyDeleteAssalamualaikum, klau buat pembelian, puan Hana boleh pos ke?
DeleteAssalamu'alaikum, kitab nie masih ada yang menjual nya ke?..
ReplyDelete