Kitab al-Yaqut al-Nafis (الياقوت النفيس) atau judul panjangnya al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris
fi Fiqh al-Sadat al-Syafi’iyyah merupakan sebuah kitab fiqh dalam mazhab
al-Syafi’i. Kitab ini merupakan sebuah karya yang disusun oleh al-‘Allamah
al-Sayyid Ahmad bin ‘Umar al-Syathiri (1312-1360H), seorang ulama mazhab
al-Syafi’i yang terkenal pada zamannya.
Kandungan kitab ini membicarakan hampir keseluruhan
perbincangan bab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i, namun perbincangan secara
ringkas. Kitab ini, dianggap sebagai kitab matan fiqh dalam mazhab al-Syafi’i,
yang mudah ibaratnya. Untuk memudahkan para pembacanya memahami kitab ini,
Sayyid Ahmad al-Syathiri telah menyediakan beberapa penerangan ringkas yang
berbentuk hawasyi dan takliq bagi beberapa perkataan dan permasalahan yang
dibincangkan dalam kitabnya.
Kitab yang bermanfaat ini telah dicetak berulang kali dan
menjadi teks pengajian fiqh al-Syafi’i di kebanyakan negara Islam.
Kitab al-Yaqut al-Nafis ini kemudiannya telah dibuat
huraiannya (syarah) oleh Syaikh al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar
al-Syathiri (1422H) dengan judul “ Syarh al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn
Idris (شرح الياقوت النفيس في مذهب ابن إدريس) ”. Beliau merupakan anak
kepada pengarang asal kitab al-Yaqut al-Nafis, iaitu al-Sayyid Ahmad al-Syathiri.
Berdasarkan terbitan Dar al-Minhaj pada tahun 2007, kitab Syarh al-Yaqut
al-Nafis ini dicetak dalam satu jilid yang kandungannya merangkumi 976 halaman.
Kitab al-Yaqut al-Nafis juga telah disusun kembali oleh
Syaikh Abdullah Muhammad bin Salim Baraja’ dalam bentuk nazam melalui karyanya yang berjudul al-Syafi
al-Anis fi Nazm al-Yaqut al-Nafis (الشافي الأنيس في نظم الياقوت النفيس).
Ketiga-tiga kitab di atas boleh di pautan berikut;
Semoga bermanfaat.
salam... boleh tak saudara mengisi sedikit artikel saudara dengan menyusun susur jalur kitab2 fiqh hanafi sebagaimana penulisan saudara dalam kitab2 mazhab syafie... ianya amat penting bg pengkajian saya... harap pertolongan ikhlas dr saudara...
ReplyDeleteSalam. Terima kasih, kerana sudi mengunjungi blog ini. Sebenarnya saya belum memberi perhatian kepada kitab2 mazhab hanafi, catatan ringkas dalam blog ni hanyalah beberapa catatan peribadi yang diambil drp beberapa sumber. Mungkin artikel di pautan berikut ada sedikit maklumat mengenai kitab2 mazhab hanafi http://www.tranungkite.net/lama/b07/zaha9.htm. Saudara juga boleh merujuk kitab2 mazhab hanafi dlm file PDF di pautan http://www.waqfeya.com/category.php?cid=81
ReplyDeleteSalam ust..mohon ust kongsikan kat ana kitab2 berkaitan ngan fiqh muamalat utk dijadikan rujukan..syukran
ReplyDeleteAlhamdulillah amat bermanfaat
ReplyDeleteامت برمعنا، تريما کاسيه.
ReplyDeleteAlhamdulillah sangat bermanfaat ...terima kasih ust atas perkongsian
ReplyDeleteIzin download kitab2 pdf di web ini Ustadz
ReplyDelete