Buku
"Solat Tarawih: Bilangan Rakaat di sisi Salafus Soleh"
merupakan sebuah buku terjemahan bagi sebuah karya al-Hafidz Jalaluddin
al-Suyuthi yang berjudul al-Mashabih fi Shalah al-Tarawih (المصابيح في صلاة
التراويح). Dalam kitab ini dibincangkan secara tuntas mengenai
bilangan rakaat solat tarawih mengikut perbuatan Nabi Sallallahu alaihi
Wasallam dan Ulama Salaf. Imam al-Suyuthi telah menyusun dalil-dalil satu
persatu bermula dengan hadis, athar sahabat dan pendapat Ulama Salaf berkenaan
masalah tersebut.
Berdasarkan
kitab ini, dapat disimpulkan bahawa pendapat para ulama mengenai rakaat solat
tarawih - sama ada dilaksanakan sebanyak 8, 20, 26, 36 atau 42 rakaat,
kesemuanya terdapat hujah dan dalil dari Ulama Salaf.
Menurut
Imam Suyuthi pada zamannya terdapat kelompok yang menyangka solat tarawih yang
menepati sunnah adalah 20 rakaat,
sebagaimana ada golongan pada hari ini menyangka solat tarawih yang
menepati sunnah adalah 8 rakaat. Masing-masing bertegas dengan pendapat masing
dicampur pula dengan unsur syaitani di dalam hati yang sentiasa mencari
perpecahan di atas nama agama. Sebahagian Salaf menyukai bacaan yang panjang, lalu dipendekkan rakaat.
Sebahagian lain pula menyukai dengan bacaan pendek lalu diperbanyakkan rakaat.
Menjaga perpaduan satu kewajipan, berpecah dengan masalah khilaf satu
kebodohan.
Buku
terjemahan yang setebal 166 halaman ini merupakan hasil terjemahan oleh Ariff
Idzuan Nordin telah diterbitkan oleh Pustaka Darussalam, Kedah dengan cetakan
pertamanya pada tahun 2008.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment