Kitab al-Bahjah
al-Wardiyyah (البهجة الوردية) atau Manzhumah al-Bahjah
al-Wardiyyah (الوردية منظومة البهجة) merupakan
sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam oleh
al-Imam Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin
al-Wardi Mu’arri al-Kindi (749H), yang terkenal dengan gelaran Ibn
al-Wardi.
Kitab al-Bahjah ini juga dikenali sebagai Bahjah al-Hawi, kerana kitab ini disusun oleh Ibn al-Wardi sebagai ringkasan bagi kitab al-Hawi al-Shaghir, iaitu sebuah kitab yang disusun oleh al-Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini al-Syafi’i (585-665H). Manakala kitab al-Hawi al-Shaghir ini pula adalah ringkasan bagi kitab Fath al-‘Aziz atau al-Syarh al-Kabir karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i al-Qazwaini (624H).
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya al-Durar al-Kaminah, terdapat 5063 bait yang disusun oleh Ibn al-Wardi bagi melengkapi karya beliau ini. Kitab al-Bahjah al-Wardiyyah ini kemudiannya telah disyarah oleh beberapa orang ulama, antaranya ialah;
1) Waliyuddin
Abu Zur’ah Ahmad bin Abdul Rahim al-Iraqi al-Mishri (762-826H)
2) Syamsuddin
Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbini (977H)
3) Syaikh
al-Islam al-Qadhi Zainuddin Abu Yahya Zakariya al-Anshari (823-926H)
4) Syamsuddin
al-Jamal Muhammad bin Syihabuddin Ahmad al-Ramli (919-1004H)
5) al-Qadhi
Syarafuddin Hibatullah bin Abdul Rahim al-Barizi[1] (645-738H)
Di antara kitab syarah
al-Bahjah yang paling terkenal dan masih dicetak dan diterbitkan hingga kini
ialah kitab yang disusun oleh Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari, iaitu kitab al-Ghurar
al-Bahiyyah fi Syarh Manzhumah al-Bahjah al-Wardiyyah (الـغـرر الـبـهـيـة في شـرح مـنـظـومـة
الـبـهـجـة الـورديـة). Berdasarkan terbitan
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah – Beirut –Lubnan, ia dicetak dalam 11 jilid.
Download
kitab al-Bahjah al-Wardiyyah di pautan berikut; الوردية منظومة البهجة.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment