
Kandungan kitab ini menyentuh keseluruhan aspek tentang fiqh yang bermula daripada persoalan taharah, ibadat, muamalat dan juga aspek-aspek undang-undang jenayah, wasiat, undang-undang keluarga, undang-undang kontrak dan lain-lain.
Pembahasan kitab ini menekankan metod fiqh perbandingan mazhab fiqh, khususnya empat mazhab Ahl al-Sunnah wa Jama’ah, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Namun begitu, terkadang Dr. Wahbah al-Zuhaily ada menyebut juga madzhab lain seperti Imamiyah dari Syi’ah dan Ibadhiyah dari Khawarij.


Perbahasan kitab ini dimulakan dengan seluk-beluk fiqh Islam dan keistimewaannya, sejarah ringkas tokoh-tokoh mazhab, perspektif perbezaan ijtihad fiqh dalam Islam, dan seterusnya dimulakan dengan perbahasan thaharah, solat, sehinggalah kepada perbahasan yang lebih kompleks lainnya.
Berikut saya sebutkan perbahasan keseluruhan kitab ini berdasarkan buku Fiqih Islam wa Adillatuhu, iaitu edisi terjemahan yang diterbitkan oleh Gema Insani, Indonesia;
JILID 1: Pengantar Ilmu Fiqih, Tokoh-tokoh Mazhab Fiqih, Niat, Thaharah, Solat
JILID 2: Solat Wajib, Solat Sunnah, Zikir Setelah Solat, Qunut dalam Solat, Solat Jama’ah, Solat Jama' dan Qasar.
JILID 3: Puasa, I'tikaf, Zakat, Haji dan Umrah.
JILID 4 Membahas : Sumpah, Nadzar, Hal-hal yang dibolehkan dan dilarang, Kurban dan Aqiqah, Teori-teori Fiqih.
JILID 5: Hukum Transaksi Kewaangan, Transaksi jual beli, insurans, Khiyar, Akad Jual Beli, Akad Ijarah.
JILID 6: Jaminan, Pengalihan hutang, Gadaian, Paksaan, Kepemilikan.
JILID 7: Sistem Ekonomi Islam, Pasar Kewangan, Hukum Hadd Zina, Qazaf, Pencurian.
JILID 8: Jihad, Pengadilan dan Mekanisme Mengambil Keputusan, Pemerintahan Dalam Islam.
JILId 9: Pernikahan, Talak, Khulu', Meng’illa Istri, Li’an, Zhihar, Masa 'Iddah.
JILID 10: Hak-hak Anak, Wasiat, Wakaf, dan Warisan.
Sebagai makluman tambahan, berdasarkan edisi Dar al-Fikr, kitab al-Fiqh Islami wa Adillatuh ini telah diterbitkan sebanyak 8 jilid. Ia telah diterbitkan dengan edisi terjemahan dalam berbagai bahasa. Berdasarkan edisi Dar al-Fikr tersebut, berikut saya catatkan dua edisi lengkap terjemahan yang telah diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia (sekadar pengetahuan saya);
1. Edisi terjemahan dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan judul Fiqh & Perundangan Islam. Bilangan jilidnya menyamai bilangan cetakan Dar al-Fikr, iaitu 8 jilid. Penterjemahan kitab ini telah dilakukan oleh sebuah panel penterjemah yang diketuai oleh Syed Ahmad Syed Hussain.
2. Edisi terjemahan dalam Bahasa Indonesia pula telah diterbitkan oleh Gema Insani dengan judul Fiqih Islam wa Adillatuhu. Bilangan jilidnya sebanyak 10 jilid.
edisi indonesia ada ndak sob...??
ReplyDeleteSudah disebutkan di atas, ada edisi terjemahan Indonesia terbitan gema insani. Boleh beli secara online di pautan berikut: http://www.cordova-bookstore.com/gema/fiqihislam_wa_adillatuhu.htm
ReplyDeleteklo yg bahasa indonesia penerjemahnya siapa?
Deleteterjemahan kitab fiqih islam paling lengkap
ReplyDeleteSiapa penterjemah versi Indonesia?
ReplyDeletesiapa penerjemah yang versi bahasa indonesia?
ReplyDeleteKat mana boleh dpatkan terjemahan versi bahasa melayu malaysia bukan indonesia
ReplyDeleteapa kah di kitab itu ada syarahnya gan ?
ReplyDeleteBerapa harga kitab ni??
ReplyDeleteSaya ingin beli yang bahasa malaysia. Di mana ada?
ReplyDelete