Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts

Friday, April 17, 2020

al-Minhaj Fi Syu’ab al-Iman (المنهاج في شعب الإيمان)


Kitab al-Minhaj Fi Syu’ab al-Iman (المنهاج في شعب الإيمن)  adalah sebuah kitab yang disusun oleh Abu Abdullah al-Husain bin al-Hasan bin Muhammad bin Halim al-Bukhari al-Jurjani al-Halimi (338-403H). Kitab ini telah diterbitkan oleh Dar al-Fikr dengan cetakan pertama pada 1979 (cet. 1) dalam 3 jilid.

 kandungan ini, Haji Khalifah menyebutkan dalam kitab Kasyf al-Dzunun; “ Kandungan kitab ini merangkumi hukum-hakam dan permasalahan fiqh yang banyak dan selainnya yang berkaitan dengan usuluddin, tanda-tanda kiamat dan keadaan hari kiamat ”.

Kandungan kitab ini dibahagiakan kepada 10 bahagian; iaitu;

1)      Menerangkan Hakikat Keimanan.
2)      Pertambahan Iman dan Pengurangannya.
3)      Pengecualian Mengenai Iman;  sah atau tidak sah keimanan. 
4)   Lafaz-lafaz keimanan; Apa yang mengesah dan tidak mengesahkan keimanan.
5)   Keimanan orang yang Muqallid dan orang yang ragu-ragu  serta perbezaan di antara   Muqallid dan selainnya. 
6)      Seseorang itu boleh dianggap beriman dengan keimanan orang lain atau tidak.
7)      Mengenai kesahan iman seseorang itu atau tidak.
8)      Mengenai orang tidak sampai seruan (dakwah). 
9)      Mengenai orang yang mati, sedangkan ia syak terhadap dakwah yang sampai kepadanya.
10)  Mengenai pecahan keimanan (شعب الإيمان).

Bahagian ke 10  (شعب الإيمان) ini merupakan kandungan utama kitab ini. Dalam bahagian inilah yang paling banyak dibincangkan oleh penyusunnya  dalam kitab ini. Kandungannya telah dibahagikan kepada 77 bab, yang membincangkan mengenai 77 pecahan iman yang merangkumi permasalahan-permasalahan akidah, fiqh dan tasawuf.

Secara ringkas berikut adalah antara isi kandungan yang dibincangkan;

a)    Mengenai akidah;  perkara-perkara rukun iman, hari kebangkitan, Hisab, al-Mizan, syurga, neraka dan sirath, cintakan Allah, takut kepada janji buruk, harapan terhadap janji baik, tawakal, cinta kepada Nabi saw, keluarga dan para sahabat baginda. 
b)  Mengenai tasawuf dan adab; menjaga lidah, amanah, ikhlas, taubat dan adab-dab yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia.
c)  Mengenai fiqh; bersuci, solat, puasa, iktikaf, sedekah (zakat), haji, jihad dan berkaitan dengannya, dan lain-lain yang berkaitan dengan permasalahan fiqh. 
d)   Lain-lain; Menuntut ilmu, tilawah al-Quran, doa dan yang berkaitan dengannya, tuntutan berubat dari penyakit dan lain-lainnya.

Keseluruhan bahagian 1 hingga 9 dibincangkan dalam jilid pertama dan 12 bab (pecahan iman) dari bahagian 10 telah dibincangkan dalam jilid pertama (544 halaman), manakala selebihnya dibincangkan dalam jilid 2 (bab 13 – 33 dalam 558 halaman) dan jilid 3 (bab 34 – 77 dalam 535 halaman).


Di antara ringkasan kitab al-Minhaj ialah;

a)  Talkhish al-Minhaj – karya ‘Alauddin Abu al-Hasan ‘Ali bin Isma’il bin Yusuf  al-Qunawi al-Tibrizi  (668-729H). 

b)   Mukhtashar Kitab al-Minhaj Fi Syu’ab al-Iman (مختصر كتاب المنهاج في شعب الايمان) – karya Syeikh Ali al-Syarbaji dan  Mahyuddin Najib. 

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://waqfeya.com/book.php?bid=4851 dan dibaca secara online di pautan https://al-maktaba.org/book/32809. Semoga bermanfaat.

Friday, April 12, 2013

al-Adab al-Mufrad


Kitab al-Adab al-Mufrad (الأدب المفرد) merupakan karya Imam al-Muhaddisin Muhammad bin Ismail al-Bukhari, seorang tokoh hadis agung yang tidak asing lagi. Beliau terkenal dengan karya agungnya Kitab al-Jami’ al-Shahih atau yang lebih dikenali dengan Shahih al-Bukhari, yang dianggap sebagai kitab yang paling shahih selepas al-Quran.


Kandungan kitab al-Adab al-Mufrad ini berisikan himpunan hadis-hadis Rasulullah saw dalam tema adab (etika seorang muslim). Kitab ini merupakan kitab yang sangat bermanfaat untuk panduan seorang muslim dalam beretika. Ia disusun berpandukan tema dan latar belakang hadis yang dibawa.
 
Kitab al-Adab al-Mufrad dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca secara online di pautan http://sunnah.com/adab  atau http://www.sunnipath.com/library/Hadith/H0003P0000.aspx 
atau  boleh didownload di pautan
http://www.downloadislamicbooks.net/wp-content/uploads/2012/03/Adab-Al-Mufrad-Imam-Bukhari.pdf