Kitab Tahsin
al-Khadim adalah sebuah karya al-Imam al-Hafiz
Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuthi (849-911H). Kitab ini disusun
sebagai ringkasan bagi kitab al-Khadim Li
al-Rawdhah atau judul lengkapnya Khadim al-Rafi’i wa al-Rawdhah fi al-Furu’
( خادم
الرافعي والروضة في الفروع), iaitu sebuah kitab susunan al-Imam Syaikh
al-Islam Badruddin Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah bin
Bahadur al-Zarkasyi (745-794H/1344-1392M).
Menurut Haji
Khalifah, al-Suyuthi menyusun kitab Tahsin al-Khadim ini bermula bab zakat
hingga akhir bab Haji, namun ia tidak sempat menyelesaikannya. Sekadar ini
sahaja maklumat yang saya perolehi mengenai kitab ini.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment