Kitab ini disusun berdasarkan
kitab Jawhrar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون), iaitu sebuah karya
guru beliau yang bernama Syeikh al-Abyari[1].
Kitab al-Sirr al-Mashnun ini,
kemudiannya telah dihuraikan pula
melalui sebuah karya yang berjudul al-Fath al-Maimun Fi Syarh al-Sirr al-Mashun
fi Nazm al-Jawhar al-Maknun Fi Bayan al-Wajib wa al-Masnun (الفتح الميمون في شرح السر المصون في نظم
الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون على مذهب الإمام الشافعي)[2].
Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://www.alukah.net/library/0/80947/ atau juga di pautan السر المصون في نظم الجوهر المكنون في بيان الواجب والمسنون)
Semoga bermanfaat.
[1]
Gelaran guru beliau ini ada disebutkan di awal nazam beliau ini. Namun saya
tidak pasti nama sebenar guru beliau tersebut. Dari pencarian saya di antara
ulama terkenal dari Mesir yang mempunyai gelaran al-Abyari yang hidup sezaman
dengan Syeikh Ahmad al-Musyairifi ialah al-'Allamah al-Syaikh Abdul Hadi Naja bin Ridhwan Naja bin Muhammad
al-Abyari al-Syafi’i al-Misri (1236H/1821M-1305H/1888M). Adakah beliau yang
dimaksudkan oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi?. Wallahu a’lam.
[2] Tidak dapat dipastikan penyusun sebenar kitab ini. Namun begitu berdasarkan sumber di pautan almoqtabasmanuscripts dicatatkan ia disusun oleh Syeikh Ahmad al-Musyairifi sendiri.
No comments:
Post a Comment