Kitab Ihya' Ulumiddin atau sebutan ringkas kitab al-Ihya - buah tangan al-Imam al-Ghazali adalah salah satu karya besar (masterpiece) dari beliau dan salah satu karya besar dalam perpustakaan Islam. Meskipun ada berpuluh lagi karangan Ghazali yang lain, dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan Islam, namun yang menjadi inti-sari dari seluruh karangan-karangan beliau itu ialah Kitab Ihya' Ulumiddin.

Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid Al Ghazali di awal abad ke lima Hijrah ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam membendung serangan materialisma yang menghembuskan racun-racun kecintaan dunia. Melalui usaha beliau yang murni, ramai mulai sedar bahawa aspek sufistik juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat.
Apabila ilmu telah dihidupkan kembali, syariat mesti bertemu dengan hakikat, amal saleh mesti dinyawai oleh iman dan di samping riadah jasmani (latihan badan) kita, adalah riadhah al-nafs atau riadhah al-qalb (latihan jiwa atau latihan hati). Di situlah kita mendapat "Haqiqat al-Hayah" (hidup yang sejati).
Bermula dari ibadat sembahyang, puasa, zakat dan haji, sampai kepada mu'amalat (pergaulan hidup manusia sehari-hari), sampai kepada munakahat (pembangunan rumah-tangga), sampai kepada hukum-hukum jenayah, semuanya beliau cari isi dan umbinya, inti atau sarinya dalam alam hakikat dan hikmat, sehingga hidup kita sebagai muslim berarti lahir dan batin.
Terjemahan kitab al-Ihya;
Setakat pengetahuan saya, hanya terdapat satu terjemahan tunggal bagi terjemahan lengkap kitab al-Ihya dalam bahasa Melayu/ Indonesia buat masa ini. Ia telah diterjemahkan Ustadz Tengku H. Ismail Yakub MA SH pada 10 Rabi'ul-Akhir 1383 H / 30 Agustus 1963 M di Medan yang mendapat sambutan hangat dari masyarakat termasuk Menteri Agama Bp K.H. Saifuddin Zuhri dan Al-Ustadz Dr H.A. Malik Karim Amrullah (Dr Hamka).
Edisi terjemahan lengkap beliau ini telah dicetak dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan. Antaranya;
akan dipaparkan kemudian....
Artikel yang berkaitan:
Terima kasih. Saya telah melayari pautan di atas, al-hamdulillah cukup bermanfaat. Saya dapati sekarang ini, terdapat banyak lagi blog-blog ilmu yg diwujudkan memaparkan terjemahan kitab karya ulama terdahulu seperti http://bimbinganmukmin.wordpress.com
ReplyDeleteSamasama
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara
ReplyDeleteSaya memerlukan terjemahan kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali dalam bahasa Melayu. Dimanakah saya boleh dapatkan terjemahan tersebut dan terjemahan dari penulis yang mana yang terbaik. Ini kerana saya memerlukan kitab ini untuk penulisan tesis Ph.D saya. Terima kasih saya dahului atas pertolongan.
Salam kenal semuanya . ..
ReplyDeleteTerimakasih atas review kitab iya ulumuddin nua