Thursday, February 9, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 13


Tanggungjawab Pemerintah menghukum orang yang meninggalkan sembahyang[1]

وعلى ولاة الأمور أن يحملوا العامة على فعل الصلاة المكتوبة.

Dan wajib atas orang yang memerintah pekerjaan muslimin, bahawa menyuruh dan menanggungkan akan segala umat yang umum atas pekerjaan sembahyang yang lima waktu [dan jamaah dan jumaat demikian jua.[2]


 وعليهم أن يعاقبوا من تركها كسلاً بالقتل، وذلك بعد الاستتابة إن لم يتب .

Dan wajib pula atas mereka itu bahawa diseksa akan mereka itu akan orang yang mengeluarkan sembahyang daripada waktunya sebab segan[3]  bukan ingkar, disuruh taubat dan sembahyang. Jikalau tiada mengikut, dibunuhnya akan dia atau diperangnya atau lainnya hingga mereka itu mengerjakan dia[4].


وعلى الولاة إثم عظيم وحرج، إذا سكتوا عن ذلك مع العلم وقصروا في القيام به.

Dan haram lagi berdosa apabila diam oleh orang yang memerintahkan pekerjaan umat daripada orang yang besar-besar [seperti raja][5], jika mengetahui akan mereka itu tiada mengerjakan yang tersebut itu.


ولا رخصة لهم في ترك ذلك وما يجري مجراه من أمور الدين[6].

Dan tiada dimudahkan atasnya daripada melalaikan pekerjaan umat ini. Dan demikian lagi pada segala pekerjaan agama mereka itu [daripada zakat dan puasa dan lainnya seperti sembahyang jua.][7]



[1] al-Nashaih (hal. 144), HWM Shaghir (hal. 106), S.Ahmad Semait (hal. 164).

[2] Petikan dalam [  ] adalah tambahan oleh Syaikh Daud al-Fathani

[3] Malas.

[4] Syaikh Daud Fathani tidak menterjemahkan petikan ini secara harfiah, tetapi dengan beberapa huraian tambahan.

[5] Tambahan Syaikh Daud Fathani.

[6] Teks ini merupakan petikan terakhir  bab Sembahyang dalam kitab al-Nashaih.

[7] Tambahan oleh Syaikh Daud al-Fathani.

Tuesday, February 7, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 12


Hukum bagi Orang yang Luput Sembahyang[1]


وغاية ما يسمح به للعامي الغافل المستغفر مهما فاتته الصلاة: أن يقضيها مع التوبة عن العود إلى مثل ذلك.

Dan sehingga barang yang dimaafkan bagi orang awam yang lalai yang terkelam di dalam lalainya. Manakala luput akan dia sembahyang, hendaklah diqada’kan dengan bersegera, kemudian taubat ia daripada kembali kepada umpama yang demikian itu.



فأما الإضاعة فلا! كيف وعليه في إخراج الصلاة عن وقتها إثم عظيم وإن بادر بقضائها.

Adapun yang mensia-siakan dia, maka tiada jalan sekali-kali. Maka betapa dan jikalau ada ia keluarkan sembahyang daripada waktunya  [yang lain daripada ketidurannya][2], dosa yang amat besar dan jikalau ada ia bersegera mengqada’ akan dia sekalipun.



وليس بعذر الاشتغال بالدنيا ولا بغيرها عن الصلاة حتى تفوت. ولا عذر إلا النوم أو النسيان فقط.

Dan tiada diuzurkan membimbangkan dengan dunia dan lainnya daripada sembahyang melainkan kerana ketiduran atau lupa jua, maka hanyalah [itu sahaja][3]




[1] al-Nashaih (hal.144), HWM Shaghir (hal.106), S. Ahmad Semait (hal. 163).

[2] Tambahan daripada Syaikh Daud Fathani.

[3] Tambahan pentahkik, berdasarkan huraian tambahan HWM Shaghir (hal.106)

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 11


Kewajipan Menyuruh Keluarga Mendirikan Sembahyang[1]


وكما يجب عليك أن تحافظ على الصلاة، ويحرم عليك أن تضيعها، كذلك يجب عليك أن تشدِّد على أهلك وأولادك وكلِّ من لك عليه ولاية في إقامة الصلاة،

Dan sebagaimana wajib kita memelihara sembahyang dan haram melalaikannya[2]. Dan demikian lagi wajib atas kita bahawa kita keraskan atas ahli dan anak kita dan orang yang di bawah hukum kita pada mendirikan sembahyang.


ولا تدع لهم عذراً في تركها،

Dan jangan kita tinggalkan bagi mereka itu uzur daripada meninggalkan dia.



ومن لم يسمع منهم ويطع فهدِّده وعاقبه، واغضب عليه أشدَّ وأعظمَ مِمَّا تغضب عليه لو أتلف مالك

Dan orang yang tiada mendengar dan tiada mengikut, maka hendaklah kita takutkan dan kita marahkan atas mereka itu sangat-sangat marah dan sangat kita kuatkan mereka itu dan kita bencikan seperti kita marahkan mereka itu jika ia membinasakan harta kita [dan lebih lagi pula kita ingkar akan mereka itu kerana Allah Ta’ala.][3]


 فإن لم تفعل ذلك كنتَ من المستهينين بحقوق الله تعالى وبدينه،

Maka jika tiada kita kerjakan yang demikian itu, maka adalah kita jumlah daripada orang yang memudahkan agama dan memudahkan tuntutan Allah Ta’ala dan suruhNya.


 ومن عاقبته وغضبت عليه، ولم يمتثل وينزجر فأبعده عنك، واطرده منك فإنه شيطان لا خير فيه ولا بركة، تحرم موالاته ومعاشرته.

Dan barang siapa yang tiada menerima akan suruhNya  dan tiada memberi bekas suruhNya, maka diseksa akan dia. Dan jika tiada memberi faedah barang yang kita takut akan dia, maka hendaklah kita suruh jauh daripada kita dan halau akan dia daripada kita. Maka bahawasanya ia syaitan, tiada kebajikan daripadanya dan tiada berkat beserta kita dengan mereka itu. Dan haramlah kita berkasih-kasih dan sekedudukan serta mereka itu.


، وتجب معاداته ومقاطعته، وهو من المحادين لله ورسوله

Maka wajib kita berseteru akan dia dan memutuskan daripada berkenal-kenalan dengan dia kerana ia melawan akan hukum Allah dan Rasulnya.



قال تعالى: ( لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءهُمْ أَوْ أَبْنَاءهُمْ[4] أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)[المجادلة:22].

Seperti firman Allah Ta’ala; “ Tiada engkau dapat akan kaum yang percaya mereka itu dengan Allah dan percaya mereka itu akan hari yang kemudian berkasih mereka itu akan orang yang menyalahi akan Allah Ta’ala dan RasulNya dan jikalau adalah mereka itu bapa-bapa mereka itu dan anak-anak mereka itu….



فنفى الإيمان عن الموادِّين للمحادِّين له ولرسوله وإن كانوا من أقرب الأقربين.

Maka menafikan iman daripada orang yang berkasih dengan orang yang menyalahi bagi Allah dan bagi RasulNya, jikalau ada mereka itu orang yang terlebih hampir daripada segala keluarganya.





[1]Al-Nashaih (hal. 143-144), HWM Shaghir (hal. 104-106), S.Ahmad Semait (hal.162-163).

[2] Terjemahan bagi teks Arab yang bergaris di atas. Dalam kitab Munyah al-Mushali tiada disebutkan terjemahannya.

[3] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[4] Dalam kitab Munyah al-Mushalli, ayat dan terjemahannya ditulis setakat ini sahaja. Selepasnya disebutkan  “hingga akhir ayat.

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 10


Hukum Meninggalkan Sembahyang Fardhu[1]


ثم اعلم[2] أن من أنكر المنكرات، وأكبر الكبائر، وأفحش المحرمات: ترك بعض المسلمين للصلوات المكتوبات،

Maka adalah ia [meninggalkan sembahyang lima waktu][3] daripada yang terlebih diingkar daripada segala yang mungkar dan terlebih akbar daripada kabair dan terlebih afhasy daripada segala muharramat[4].


 وقد ورد عن رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- الأحاديث الصحيحة الكثيرة بكفر تارك الصلاة .
Dan telah datang hadis [shahih yang banyak][5] daripada Rasulullah saw dengan mengkufurkan orang yang meninggalkan sembahyang.

وقال عليه الصلاة والسلام
: (العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر).

Sabda Nabi saw; “ Bermula janjian yang antara kami dan antara mereka itu sembahyang, maka barang siapa meninggalkan dia, maka sanya telah kufur ia ”. [R. Ahmad dan Ashhab al-Sunan]


وقال عليه الصلاة والسلام :((من ترك الصلاة متعمداً فقد كفر جهاراً).

Dan lagi sabda Nabi saw; “ Barangsiapa meninggalkan sembahyang dengan sengahaja[6], maka sanya telah kafir hal keadaannya nyata ”. [R. al-Thayalisi dari Anas bin Malik] 


وفي الحديث الآخر: (من ترك الصلاة متعمداً فقد برئت منه ذمة الله وذمة رسوله).

Dan pada hadis yang lain;  “ Barang siapa meninggalkan sembahyang maka sungguhnya telah lepaslah ia daripadanya janjian Allah Ta’ala dan janjian Rasul-Nya ”. 


وقال عليه الصلاة والسلام : (من حافظ على الصلاة كانت له نوراً وبرهاناً ونجاة يوم القيامة، ومن لم يحافظ عليه لم تكن له نوراً ولا برهاناً ونجاة، وكان يوم القيامة مع فرعون وقارون وهامان وأبي بن خلف).

Dan lagi sabda Nabi saw; “ Barang siapa memeliharakan atas sembahyang adalah ia baginya nur dan burhan [yakni petunjuk][7] dan kelepasan pada hari kiamat. (dan) barang siapa  tiada memeliharakan atasnya, tiada ada nurnya dan burhan dan kelepasan dan adalah pada hari kiamat serta Fir’aun dan Qarun dan Haman dan Ubai anak Khalaf ”.[R. Ahmad dan Ibn Hibban daripada Abdullah bin Amru al-‘Ashr]



فقد وقع التصريح من رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- بكفر تارك الصلاة وكذلك ورد عن الصحابة والسلف الصالح حتى قال بعضهم :       

Maka sungguhnya telah dinaskan daripada beberapa hadis Rasulullah saw dengan kufur yang meninggalkan sembahyang dan demikian lagi datang daripada beberapa ahabat dan Salaf  yang soleh-soleh hingga berkata setengah daripada mereka itu;     


 ما سمعت أصحاب رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- يقولون في شيء من الأعمال: إن تركه كفر إلا الصلاة ،

“ Tiada aku dengar Shahabat saw berkata mereka itu pada suatu daripada segala amal jika meninggalkan dia jadi kafir melainkan sembahyang ”.


 فإياك وترك الصلاة أو ترك شيء منها!

Maka takut olehmu! Kemudian maka takut pada meninggalkan sembahyang atau meninggalkan suatu daripadanya.


فإن فعلت ذلك فقد هلكت مع الهالكين، وخسرت الدنيا والآخرة ذلك هو الخسران المبين.

Maka bahawasanya jika tiada engkau perbuat seperti yang demikian itu, maka sungguhnya binasalah engkau dunia dan akhirat. Maka yang demikian itu ialah orang yang kerugian yang amat nyata.





[1] al-Nashaih (hal. 142-143), HWM Shaghir (hal 103-106), S.Ahmad Semait (hal. 161-162).

[2] Perkataan (ثم اعلم) telah ditinggalkan oleh Syaikh Daud. Beliau telah membuat penukilan berdasarkan kesesuaian dengan susunan kitabnya. Perlu diingat dalam penyusunan kitab ini,  beliau tidak menterjemahkan kitab al-Nashaih, tetapi memetik beberapa isi kandungannya dan menyusunnya kembali dalam bahasa Melayu mengikut idea penyusunan tersendiri.

[3] Perkataan dalam [  ] adalah tambahan pentahkik. Syaikh Daud tidak menyebutnya di sini kerana ia telah disebutkan dalam ayat sebelumnya mengikut susunan kitab Munyah al-Mushalli. Lihat HWM Shaghir (hal. 102).  Ia merupakan ringkasan maksud bagi teks asalnya ( ترك بعض المسلمين للصلوات المكتوبات،: Sebahagian orang Islam telah nmninggalkan sembahyang yang fardhu ).

[4] Petikan “ daripada  ………………….muharramat” adalah terjemahan bagi bahagian awal teks Arabnya iaitu (أن من أنكر المنكرات، وأكبر الكبائر، وأفحش المحرمات). Di sini, Syaikh Daud telah membuat perubahan susunan ayat asalnya.

[5] Tambahan pentahkik bagi teks asalnya (الصحيحة الكثيرة) yang ditinggalkan oleh Syaikh Daud al-Fathani.

[6] Sengahaja adalah sebutan asal dalam kitab Munyah al-Mushalli. Dalam sebutan kini, ia disebut sebagai sengaja. Lihat HWM Shaghir, hal 103.

[7] Huraian Syaikh Daud Fathani bagi perkataan burhan.

Monday, February 6, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 9


Permasalahan Menta’khirkan Sembahyang Jumaat[1]



ومن البدع المنكرات: تأخر بعض أهل الأسواق والحرف من الذين تجب عليهم الجماعة عن المجيء إليها.

Dan setengah daripada bid’ah, menta’khirkan Jumaat kerana menanti ahli pekan dan segala orang yang mempunyai pekerjaan, (iaitu) mereka yang wajib atas mereka itu Jumaat[2].
                                                                                                                                                                     
                                                                                                                            
ويجب على ولاة الأمور أن يحماوهم على ذلك، ويعاقبوا من تخلف منهم عن الجمعة بعد التعرف والإنذار.

Dan wajib atas orang yang memerintah pekerjaan bahawa keras atas mereka itu dan takutkan akan mereka itu  orang yang ketinggalan Jumaat kemudian daripada disuruh, dan takut akan mereka itu.



ولا رخصة لولاة الأمور في ترك ذلك وما يجري مجراه .وما ولاهم الله أمر عباده إلا ليقيموا فيهم شعائر دينه،

Dan tiada mudah atas Wali al-Amri pada meninggalkan daripada menyuruh dan menakutkan akan mereka itu supaya dapat menyatakan syiar yakni zahir tanda agama Islam.



 ويحملوهم على إقامة فرائضه واجتناب محارمه. وما ترتب من المصالح الدنيوية على وجود الولاة فهو تبع لذلك ولا حق به ،

Dan dikeraskan dia supaya mendirikan fardhu dan disuruh menjauhkan daripada yang diharamkan [dan jangan dimudahkan oleh mereka itu akan pekerjaan agama.][3]




[1] al-Nashaih (hal. 132), HWM Shaghir (hal. 96)

[2] Syaikh Daud Fathani telah mengubahsuai bentuk dan susunan asalnya. Berikut terjemahan lengkap teks Arab di atas, (Di antara bid’ah yang keji ialah melengahkan diri untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat, yang biasa dilakukan oleh setengah peniaga dan pekerja, padahal sembahyang itu wajib atas mereka), lihat Ahmad Semait ( hal. 147 ).

[3] Kesimpulan Syaikh Daud bagi teks yang bergaris di atas.

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 8


Perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat[1]



ومن السنة : قراءة سورة الكهف، والإكثار من الصلاة على النبي -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- في يوم الجمعة وليلتها. فعليك بذلك،

Dan sunat memperbanyakkan membaca selawat pada harinya dan malamnya dan membaca surah al-Kahfi[2]. [Maka hendaklah kamu memelihara perkara ini sebaik-baiknya.][3]



وبالبكور إلى الجمعة، وأقل ذلك أن تروح قبيل الزوال أو معه.

[Dan sunat mandi meniatkan bagi sunat Jumaat][4] dan berpagi-pagi kepadanya. [Dan sekurang-kurangnya pergi ke masjid sebelum tergelincir matahari ataupun sewaktu tergelincirnya.][5]



وكن - رحمهالله - حسن الإصغاء والاستماع إلى الخطبة والوعظ، واتعظ بما تسمعه، واستشعر في نفسك أنك مقصود ومخاطب بذلك.

Dan membaikkan[6] mendengar kepada khutbah[7].




[1] Terdapat beberapa perkara sunat yang disebutkan dalam kitab al-Nashaih. Dalam catatan ini saya hanya menyebutkan teks Arab yang ada disebutkan terjemahannya atau rumusannya oleh Syaikh Daud Fathani. Namun begitu, jika perlu saya sebutkan juga teks Arabnya dan saya bagi terjemahan bagi melengkapkan maksudnya.

[2] Dalam teks Arabnya didahulukan sebutan membaca surah al-Kahfi sebelum sebutan memperbanyakkan selawat..

[3] Tambahan saya bagi terjemahan petikan teks Arab yang bergaris di atas. Terjemahan ini tiada dalam kitab al-Munyah.

[4] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[5] Tambahan saya bagi terjemahan petikan teks Arab yang bergaris di atas. Terjemahan ini tiada dalam kitab al-Munyah.

[6] Dalam kitab Munyah al-Mushalli yang dicetak tertulis “membanyakkan”. Di sini ditulis “membaikkan”  adalah berdasarkan transliterasi oleh al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir. Menurut beliau, ia adalah berdasarkan pada manuskrip yang ada dalam simpanan beliau. Jika dilihat teks Arab di atas, jelaslah perkataan membaikkan adalah lebih tepat.

[7] Terjemahan Syaikh Daud ini adalah ringkasan bagi petikan teks Arab yang bergaris di atas.