Friday, February 3, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 5


Kelebihan Sembahyang Fardu[1]


وقد بلغنا: أن الله تعالى قسم أعمال الصلاة على أربعين ألف صف من الملائكة، في كل صف سبعون ألفاً: عشرة منها قيام لا يركعون، وعشرة منها ركوع لا يسجدون، وعشرة سجود لا يرفعون، وعشرة قعود لا يقومون،

[Kata setengah ulama][2]; “ Telah sampai kepada kami khabar bahawasanya Allah SWT membahagi akan segala amal sembahyang atas empat puluh [ribu][3] shaf daripada Malaikat. Pada tiap-tiap shaf tujuh ribu. Sepuluh daripadanya berdiri, tiada rukuk, sepuluh rukuk tiada sujud, sepuluh sujud tiada angkat kepala dan sepuluh duduk tiada berdiri.


وجمع جميع ذلك لعبده المؤمن في ركعتين يصليهما: فانظر عظم منته وفضله على عباده المؤمنين،

Dihimpun akan sekalian amal mereka itu bagi hambaNya yang mukmin di dalam dua rakaat yang disembahyangkan keduanya. Maka tilik olehmu akan besar pemberian Allah dan kurniaNya atas hamba Nya yang mukminin.


وقد قال عليه الصلاة والسلام : مثل الصلوات الخمس مثل نهر غمر على باب أحدكم يقتحمه في كل يوم وليلة خمس مرات، أفترون ذلك يبقي عليه من درنه شيئاً؟ قالوا: لا [4]

Riwayat daripada Hasan[5] r.’a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda; “ Umpama sembahyang lima waktu itu, seumpama sungai yang deras pada pintu seorang kamu, banyak airnya, memandi ia padanya tiap-tiap hari lima kali. Maka apa yang tinggal atasnya  daripada kotornya?”. [ Jawab para sahabat; “ Tentu tidak ”.][6][Riwayat Muslim]


} وقال عليه الصلاة والسلام : ( الصلاة إلى الصلاة كفارة لما بينهما إذا اجتنبت الكبائر).} [7]


Sabda Rasulullah saw lagi; “ Satu sembahyang kepada satu sembahyang yang lain adalah menjadi penebus dosa di antara kedua-duanya, selama dijauhi dosa-dosa besar


Yakni bahawasanya lima waktu itu menyucikan daripada segala dosanya, tiada yang tinggal satu dosa, melainkan diampun akandia, melainkan dosa yang besar-besar maka berkehendak ia kepada taubat[8]

Baca SIRI 6


[1] Semua teks dari kitab al-Nashaih di bawah ini disusun secara berurutan mengikut susunan dalam kitab asalnya ( hal. 122) dan  S. Ahmad Semait (hal. 118). Manakala dalam kitab al-Mushalli ia telah diletakkan di tempat yang berbeza mengikut pengubahsuaian Syaikh Daud Fathani (HWM Shaghir: dua petikan  pertama di halaman. 69 dan petikan berikutnya di halaman 38).

[2] Tambahan Syaikh Daud Fathani. Mungkin yang dimaksud ulama di sini ialah Habib Abdullah ‘Alawi, kerana kata-kata selepasnya adalah kata-kata pengarang kitab al-Nashaih tersebut. Lihat al-Nashaih, hal. 69.
                                         
[3] Tambahan berdasar teks Arabnya..

[4]al-Nashaih (hal. 122). Dalam Munyah al-Mushalli hanya disebutkan terjemahannya sahaja.

[5] Dalam kitab al-Nashaih tidak disebutkan nama Hasan r.’a., sebagaimana  teks ‘Arab di atas. Ini menunjukkan Syaikh Daud Fathani sudah mengingati hadis ini dengan perawinya, atau ada membuat rujukan kepada sumber asalnya. Wallahu a'lam.

[6] Tambahan pentahkik bagi terjemahan teks Arab yang bergaris di atas. Syaikh Daud Fathani tidak menyebutkan terjemahannya dalam kitab Munyah Mushalli.

[7]  Hadis ini merupakan tambahan dari pentahkik berdasarkan teks yang terdapat dalam kitab al-Nashaih. Tambahan ini sengaja disebutkan di sini, kerana sesuai dengan huraian Syaikh Daud Fathani selepasnya yang merangkumi maksud bagi kedua-dua hadis yang disebutkan.

[8] Huraian Syaikh Daud Fathani bagi hadis di atas. Huraian ini sebenarnya merupakan kesimpulan Syaikh Daud al-Fathani terhadap huraian dalam kitab al-Nashaih yang agak panjang mengenai penghapusan dosa kecil melalui amalan solat.

Sunday, January 29, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 4


Kewajipan Khusyuk Dalam Sembahyang[1]


 ومن المحافظة على الصلاة والإقامة لها: حسن الخشوع فيها، وحضور القلب وتدبير القراءة، وفهم معانيها،

Setengah daripada orang yang muhafiz, yakni memeliharakan bagi sembahyang dan mendirikan dia[2], (ialah) mengekalkan khusyuk[3], [iaitu][4] menghadirkan hatinya [dan tetap segala anggotanya][5] dan tadabbur [yakni mengira-ngirakan qiraahnya dan akan zikirnya][6] (serta memahami makna-maknanya)[7]
                                                                                                                                                                                                                                                                
 واستشعار الخضوع والتواضع لله عند الركوع والسجود، وامتلاء القلب بتعظيم الله وتقديسه عند التكبير، والتسبيح، وفي سائر أجزاء الصلاة[8]، ومجانبة الأفكار والخواطر الدنيوية، والإعراض عن حديث النفس في ذلك،

Dan demikian lagi, [hendaklah menghadirkan hatinya akan kebesaran Allah Ta’ala, Tuhan yang ia sembah][9] dan dinyatakan khusyuk[10] dan tawaduk bagi Allah tatkala rukuk dan sujudnya dan memenuhi hati baginya dengan takzim bagi Allah dan menyucikan  Allah tatkala takbirnya dan tasbihnya [dan pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang][11] dan menjauhkan berfikir akan yang lain daripada yang ada ia padanya dan daripada memikirkan dunia dan akan keinginan hawa nafsunya dan berkhabar-khabar hati.


بل يكون الهمٌّ في الصلاة مقصوراً على إقامتها وتأديتها كما أمر الله . فإن الصلاة مع الغفلة وعدم الخشوع والحضور لا حاصل لها ولا نفع فيها.[12]

Tetapi adalah citanya itu di dalam sembahyangnya, disimpankan atas mendirikan haknya dan menunaikan dia barang yang disuruh Allah [kerana bahawasanya sembahyang itu serta tambatan hatinya][13], orang yang tiada khusyuk dan khuduk hatinya serta Allah tiada memberi manfaat, tiada faedah [tetapi mudaratnya dan seksanya terlebih hampir kepadanya.][14]


 }قال الحسن البصري - رحمه الله -: كل صلاة لا يحضر فيها القلب فهي إلى العقبة أسرع.{

Kata Hasan Bashri - rahimahullah Ta’ala- : “ Tiap-tiap sembahyang yang tiada hadir hati padanya, maka iaitu kepada seksa itu terlebih hampir ”.


 }وفي الحديث:( ليس للعبد من صلاته إلا ما عقل منها، وإن المصلي قد يصلي الصلاة فلا يكتب له منها سدسها ولا عشرها )، أعني:أنه يكتب له منها القدر الذي كان فيه حاضراً مع الله وخاشعاً له،  وقد يقل ذلك وقد يكثر بحسب الغفلة والانتباه. فالحاضر الخاشع في جميع الصلاة تكتب له صلاته كلها. والغافل اللاهي في جميع صلاته لا يكتب له شيء منها.{

Dan lagi disebut pada hadis;
Tiada bagi hamba daripada sembahyangnya melainkan barang yang dikira-kirakan[yakni barang yang ada hadir hati (dan khusyuk)[15] serta tuhannya daripada sembahyangnya.] Dan bahawasanya orang yang sembahyang sanya sembahyang ia, maka tiada disurat baginya daripada sembahyang sudusnya  dan tiada ‘usyurnya ”. [Yakni bahawasanya yang disurat baginya daripada kadar yang ada padanya hadir hati serta Allah dan kadar khusyuknya bagi Allah pada sembahyangnya][16].


فاجتهد - رحمك الله - في الخشوع، والحضور في الصلاة، وتدبر ما تقرؤه من كلام ربك في صلاتك، ولا تعجل إذا قرأت، فإنه لا تدبر مع العجلة.

Maka ijtihad oleh mu [ hai orang berkehendak akan lazat munajat akan Tuhannya,][17], mudah-mudahan dikasihan Allah akan kamu. Maka hendaklah kita ijtihad seboleh(-bolehnya) pada khusyuk, hadir hati, [ikhlaskan dia bagi Allah][18]  dan hendaklah tadabbur akan barang yang kita bicara daripada kalam Tuhan kita di dalam sembahyang. Jangan bersegera apabila membaca segala bacaan, maka bahawasanya tiada dapat tadabbur berserta bersegera.


وإذا ركعت وسجدت فاطمئن. ولا تنقر الصلاة نقر الديك، فلا تصح صلاتك. وذلك لأن الطمأنينة في الركوع والاعتدال منه، وفي السجدتين وفي الجلوس بينهما، واجبة لا بد منها في الفرض والنفل، تبطل الصلاة بتركها، والذي لا يتم ركوعه وسجوده وخشوعه في صلاته هو الذي يسرق الصلاة، كما ورد به الحديث .

Apabila rukuk dan sujud, maka hendaklah tetapkan serta thama’ninah. Jangan engkau pagutkan seperti pagut ayam, maka tiada shah sembahyang, kerana thama’ninah [ ketika rukuk, iktidal , dua sujud dan duduk di antara keduannya ][19] itu rukun sembahyang. Tiada shah sembahyang sama ada fardhunya atau sunatnya dengan ketiadaannya, kerana orang yang tiada sempurna rukuk, sujud dan khusyuk di dalam sembahyangnya itu ialah yang dinamakan orang yang mencuri seperti barang yang disebut pada hadis.


وورد: أن من حافظ على الصلاة وأتمها تخرج صلاته بيضاء مسفرة. تقول : حفظك الله كما حفظتني . والذي لا يتم الصلاة تخرج صلاته سوداء مظلمة، تقول : ضيعك الله كما ضيعتني، ثم تلف كم يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه.

Datang pada hadis bahawasanya orang yang memeliharakan atas sembahyangnya dan menyempurna ia [akan rukunnya][20], keluarlah sembahyangnya putih bercahaya-cahaya. Dan berkata ia; “ Telah memelihara akandikau (oleh) Allah seperti barang yang kamu peliharakan kami ”. Orang yang tiada menyempurnakan sembahyang keluarlah sembahyang itu hitam, lagi kelam dan berkata ia; “ Telah mensia-sia akan dikau (oleh) Allah seperti barang yang mensia-sia akan kami ”. Kemudian digulungkan dia seperti menggulungkan seseorang akan kainnya yang buruk. Maka dipukul dengan dia akan mukanya.


 وفي الحديث: ( إنما الصلاة تمسكن وتخضع وتخشع. (

Dan lagi disebut pada hadis; “ Sungguhnya sembahyang itu menetapkan segala anggota, kelakukan dan mengkhusyukkan dia (serta) mengkhudukkan dia ”.


ولما رأى عليه الصلاة والسلام الرجل الذي يعبث بلحيته في صلاته قال عليه الصلاة والسلام : ( لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه ).

Tatkala melihat Nabi saw akan seorang lelaki bermain-main dengan janggutnya di dalam sembahyang, maka sabdanya; “ Jikalau khusyuk hati laki-laki akan (sembahyangnya), nescaya khusyuk segala anggotanya ”.


فبين أن خشوع الجوارح من خشوع القلب، وأنه لا كمال للصلاة بدون ذلك.

Maka menyatakan Nabi (saw) bahawasanya khusyuk anggota itu daripada khusyuk hati. Tiada sempurna sembahyang dengan ketiadaannya.


وقد قال السلف - رضوان الله تعالى عليهم -: من عرف من على يمينه وشماله وهو في الصلاة فليس بخاشع.[21]

Telah berkata golongan Salaf -radhiyallahu ‘anhu-; “ Sesiapa yang masih mengenali orang yang berada di kanan dan kirinya ketika dalam sembahyangnya, maka dia masih belum khusyuk ”.[22]


وقد بلغ الخشوع في الصلاة برجال من السلف الصالح مبلغاً عجيباً،

Adalah Salaf  Shalih sehingga-hingga khusyuk pada sembahyang dan menghingga-hinggakan dia sehingga-sehingga.


 فمن ذلك : أن أحدهم كان يقع عليه الطير وهو قائم في الصلاة أو ساجد يحسب أنه حائط أو جماد من شدة هدوئه وطول قيامه وسجوده.

Adalah setengah mereka itu pada tengah sembahyang datang burung hinggap ia atasnya menyangka akan pagar sesuatu jamad kerana tetapnya dan panjang qiamnya dan sujud.


 وكان بعضهم يقول لأهله وأولاده: إذا دخلت في الصلاة فافعلوا ما بدا لكم - يعني من رفع الأصوات وكثرة اللغط - فإني لا أحس بكم. فكونوا ربما يضربون بالدف عنده فلا يشعر به.

Adalah setengah daripada mereka itu berkata ia bagi ahli dan anaknya; “ Apabila masuk aku kepada sembahyang maka perbuat olehmu barang yang betapa kehendak kamu, - yakni daripada mengangkat suara dan hingar bingar -maka aku bahawasanya tiada aku tahu akan dia”. [ Maka jika kamu memukul gendang sekalipun di sisinya, dia tidak mengetahuinya][23].


وصلى بعض أصحاب الرسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- في حائط نخل له، فجعلت الطير تطير من شجرة إلى شجرة، وجعل ينضر إليها، فألهاه ذلك عن شيء من صلاته، فلما عرف ذلك من نفسه، شق عليه، فجعل ذلك الحائط كله في سبيل الله لما إلهاه عن صلاته.

Adalah setengah daripada Shahabat radhiyallahu ‘anhu sembahyang ia dalam kebun pokok tamar baginya, terbang burung daripada satu pohon kayu kepada satunya dan jadilah ia menilik kepadanya, maka melalaikan dia daripada sembahyang. Maka tatkala diketahui akan dirinya lalai, sukarlah ia atasnya. Maka dijadikan kebunnya sekaliannya sabilillah kerana ia melalaikan dia daripada sembahyangnya[24].


قلت: وهذا كله لمعرفة السلف الصالح رضي الله عنهم بجلالة قدر الصلاة وعظم موقعها من الدين.

[Pada pendapatku;][25] Demikian lagi kelakuan Salaf yang shalih sebab mengetahui mereka itu akan kebesaran pada sembahyang dan amat ketinggian tempatnya pada Allah dan RasulNya[26].

Baca SIRI 5




[1] al-Nashaih, hal 117- 122, HWM Shaghir, hal. 66-69, S. Ahmad Semait hal. 115-116.

[2] Terjemahan bagi ayat bergaris di atas. Sebenarnya petikan terjemahan ini disebutkan oleh Syaikh Daud Fathani sebelum menyebut syarat-syarat sembahyang (HWM Shaghir hal. 39). Saya letakkan di sini kerana kesesuaiannya dengan maksud petikan Arab di atas.

[3] Ibarat mengekalkan khusyuk ”  ini merupakan terjemahan Syaikh Daud Fathani petikan  حسن الخشوع فيها.   Manakala Syed Ahmad Semait  menterjemahkannya sebagai “ menimbulkan khusyuk dalam diri dengan sebaik-baiknya”. (hal.129).

[4] Perkataan “iaitu” adalah tambahan Syaikh Daud Fathani. Beliau menjadikan ayat selepasnya  “menghadirkan hatinya” sebagai huraian bagi maksud khusyuk, sedangkan dalam teks asalnya ia adalah terjemahan bagi perkataan حضور القلب yang merupakan kata ma’tuf yang dihubungkan dengan wau ‘athaf. Sepatutnya diterjemahkan sebagai “ dan menghadirkan hatinya”. Namun begitu, pengubahsuaian telah dilakukan oleh Syaikh Daud Fathani dalam penyusunan risalah Munyah al-Mushalli ini.

[5] Tambahan Syaikh Daud Fathani sebagai huraian makna khusyuk.

[6] Terjemahan bagi  وتدبير القراءة. Syed Ahmad Semait (hal.129) menterjemahkannya sebagai “meneliti bacaan-bacaan”.

[7] Merupakan tambahan pentahkik bagi terjemahan teks ( وفهم معانيها ) yang ditinggalkan Syaikh Daud Fathani.

[8] Teks وفي سائر أجزاء الصلاة  telah ditinggalkan oleh Syaikh Daud Fathani.

[9] Petikan ini merupakan tambahan dari Syaikh Daud Fathani untuk menyesuaikannya dengan susunan ayat dalam karya beliau ini.

[10] Pekataan khusyuk tiada dalam teks asalnya. Mungkin Syaikh Daud Fathani meletakkan tambahan tersebut sebagai ganti bagi perkataan الخضوع yang terdapat dalam teks Arabnya. kerana maksud  الخضوع hampir sama dengan perkataan   التواضع iaitu “rendah diri” yang ada selepasnya.

[11] Tambahan daripada penyusun bagi  tejemahan petikan [ وفي سائر أجزاء الصلاة ] yang terdapat dalam teks asalnya dalam  kitab al-Nashaih. Syaikh Daud Fathani tidak menyebutkannya terjemahnnya dalam Munyah al-Mushalli.

[12] Terjemahan bagi petikan ini, sebenarnya tidak diletakkan secara turutan mengikut susunan asalnya. Syaikh Daud Fathani telah membuat pengubahsuaian susunan ayat dan dimasukkan juga beberapa huraian tambahan. Namun begitu, dalam kajian ini saya telah menghimpun kembali terjemahan tersebut mengikut susunan teks asal, sekadar yang dapat saya lakukan. Dalam Munyah, Syaikh Daud telah meletakkanya di bawah kategori perkara-perkara sunat dalam sembahyang (Lihat HWM Shaghir, hal. 66.)

[13] Petikan ini adalah terjemahan bagi [ فإن الصلاة مع الغفلة.] Berdasarkan susunan gubahan teks dalam al-Mushalli itu, seeloknya ia ditulis sebagai “ kerana sembahyang dengan hati yang lalai”.

[14] Tambahan daripada Syaikh Daud Fathani berdasarkan kesimpulan daripada kata-kata Hasan al-Bashri yang akan disebutkan selepas ini.

[15] Tambahan pentahkik – terjemahan bagi perkataan (خاشعاً) yang tidak dinukilkan oleh Syaikh Daud dalam Munyah al-Mushalli.

[16] Petikan dalam [  ] merupakan huraian bagi hadis di atas. Dalam teks Arabnya, hadis ini ditulis secara bercantum (lihat teks Arab) dan huraiannya ditulis di akhir hadis tersebut. Namun begitu dalam Munyah al-Mushalli, hadis tersebut  telah ditulis secara terpisah dengan diselangi huraiannya. Huraian yang disebutkan oleh Syaikh Daud Fathani ini merupakan kesimpulan daripada huraian asal dalam kitab al-Nashaih. Di mana huraian yang terdapat dalam teks asalnya adalah lebih panjang.

[17] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[18] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[19] Tambahan pentahkik bagi terjemahan ayat dalam teks asal yang tidak disebutkan dalam kitab al-Mushalli iaitu (في الركوع والاعتدال منه، وفي السجدتين وفي الجلوس بينهما ).

[20] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[21] Petikan ini sebenarnya tiada dalam kitab Munyah al-Mushalli, sengaja dimasukkan di sini. Semoga bertambah  manfaatnya.

[22] Petikan terjemahan ini merupakan terjemahan bagi teks Arab di atas. Ia tidak disebutkan dalam kitab Munyah al-Mushalli.

[23] Terjemahan bagi teks bergaris di atas. Ia tidak disebut oleh Syaikh Daud Fathani dalam Munyah al-Mushalli.

[24] Dalam kitab al-Nashaih terdapat beberapa cerita lagi mengenai kekusyukkan golongan salaf dalam solat mereka. Syaikh Daud Fathani hanya memilih beberapa kisah saja untuk dimuatkan dalam Munyah al-Mushalli ini.

[25] Terjemahan perkataan (قلت). Syaikh Daud Fathani tidak menukilkan dalam kitab Munyah al-Mushalli.

[26] Petikan “Allah dan RasulNya “  ini merupakan pengubahsuaian Syaikh Daud Fatani bagi maksud perkataan  (الدين) yang asalnya bererti agama.

Wednesday, January 25, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 3


[1]Hakikat Sembahyang: Zahir dan Batin



ثم إن للصلاة صورة ظاهرة، وحقيقة باطنة لا كمال للصلاة ولا تمام لها إلا  بإقامتهما جميعاً.

Kemudian maka adalah bagi sembahyang itu adalah baginya rupa yang zahir [yang sempurna, maka iaitu; syarat seperti rohnya, maka rukunnya seperti kepalanya dan badannya, dan sunat ab’ad itu seperti anggotanya, dan sunat hai-ah itu seperti segala bulu perhiasannya.][2]. Dan ada baginya rupa hakikat yang batin dan tiada sempurna bagi sembahyang dan tiada tamam[3] nya melainkan dengan mendirikan ia dengan keduanya[4] sekali.


 فأما صورتها الظاهرة: فهي القيام، والقراءة، والركوع، والسجود، ونحو ذلك من وظائف الصلاة الظاهرة.

Maka adapun rupanya yang zahir itu, maka iaitu seperti berdiri dan bertakbir dan membaca fatihah dan rukuk dan iktidal dan dua sujud [dan duduk antara keduanya dan duduk tasyahhud dan tahiyyat dan salam. Inilah daripada segala rukun yang zahir dan sunatnya dan syaratnya][5].


وأما حقيقتها الباطنة: فمثل الخشوع، وحضور القلب، وكمال الإخلاص، والتدبر[6] والتفهم لمعاني القراءة، والتسبيح، ونحو ذلك من وظائف الصلاة الباطنة. فظاهر الصلاة : حظ البدن والجوارح . باطن الصلاة: حظ القلب والسر، بذلك محل نظر الحق من العبد - أعني قلبه وسره.
  

Adapun hakikat yang batin, maka seumpama khusyuk dan hadir hati dan sempurna ikhlas dan tazallul[7] dan tafahhum[8] bagi ma’ani qiraah[9] dan tasbih dan lainnya daripada segala wazifah[10] sembahyang yang bathinah. Maka zahir sembahyang bahagian badan dan anggotanya dan batin sembahyang bahagian hati dan sir[11]. Kedua-dua inilah yang menjadi tempat pemerhatian Allah SWT terhadap setiap hambaNya, yakni hati dan sirnya (rahsia dalam diri seseorang)[12].


قال الإمام الغزالي - رحمه الله تعالى - : مثل الذي يقيم صورة الصلاة الظاهرة ويغفل عن حقيقتها الباظنة، كمثل الذي يهدي لملك عظيم وصيفة ميتة لا روح فيها. ومثل الذي يقصر في إقامة ظاهر الصلاة، كمثل الذي يهدي إلى الملك وصيفة مقطوعة الأطراف، مفقوءة العينين، فهو والذي قبله متعرضان من الملك بهديتهما للعقاب والنكال، لاستهانتهما بالحرمة، واستخفافهما بحق الملك. ثم قال: فأنت تهدي صلاتك إلى ربك، فإياك أن تهديها بهذه الصفة فتستوجب العقوبة. انتهى بمعناه.

Kata Imam al-Ghazali[13] Rahimahullah Ta’ala: “ Umpama orang yang mendirikan rupa sembahyang yang zahirnya jua dan lalai ia daripada hakikatnya yang batin seperti umpama seorang menghadiahkan bagi raja yang amat besar darjatnya akan seorang dandayan[14] yang mati tiada roh baginya dan seumpama orang yang mentaqsirkan[15] pada mendirikan zahir sembahyang seumpama ia menghadiahkan kepada raja akan seorang dandayan yang terpotong anggotanya dan ketiadaan dua matanya, maka adalah ia orang yang menghadiahkan ini dan dahulunya melentangkan[16] keduanya itu akan diri keduanya bagi raja itu seksa dan murkanya dan marahnya kerana keduanya itu menghinakan bagi hormat kerajaannya dan meringankan oleh keduanya dengan hak kerajaannya ”.

Kemudian katanya; “ Maka tilik olehmu akan diri kamu, yang kamu hadiahkan sembahyang kamu kepada Tuhan kamu, jangan ada seperti itu. Dan takut olehmu kemudian, maka takut bahawa engkau menghadiahkan dengan sifat ini, maka mewajibkan kamu seksa ”.

[Maka hendaklah engkau ketahui akan kadar sebesar-besar nikmat Allah Ta’ala menghadiahkan dan menganugerahkan Tuhanmu akan segala hambaNya sembahyang lima waktu ini seperti barang yang disebut pada hadis Rasulullah saw bahawasanya bersabda ia;

ما اوتي عبد في الدنيا خيرا من ان يؤذن له في ركعتين يصليهما

Tiada diberi akan seorang hamba di dalam dunia yang terlebih kebajikan daripada diizinkan baginya pada mengerjakan dua rakaat yang disembahyangkan akan hambaNya”[17]][18].

Baca SIRI 4



[1] al-Nashaih, hal. 116, HWM Shaghir, hal. 34-35. Ahmad Semait, hal. 126-127.

[2] Petikan dalam [  ] adalah tambahan dari Syaikh Daud Fathani.

[3]  Tamam (تمام): sempurna

[4] Iaitu rupa zahir dan batin

[5] Teks dalam [ ] merupakan huraian Syaikh Daud Fathani bagi teks Arab: ونحو ذلك من وظائف الصلاة الظاهرة . (dan sebagainya daripada amalan sembahyang zahir). Di mana dalam teks Arabnya hanya disebutkan secara ringkas sahaja, namun begitu Syaikh Daud Fathani telah menambah beberapa lagi rukun sembahyang  yang berbentuk zahir.

[6] Perkataan التدبر  ini tidak diterjemahkan oleh Syaikh Daud Fathani.

[7] Perkataan “al-Tazallul” bermaksud merendah diri. Qamus Idris al-Marbawi (1350H). Perkataan ini tiada dalam teks Arabnya. Dalam kitab al-Nashaih di tempat ini disebutkan perkataan al-Tadabbur (memerhatikan). Nampaknya Syaikh Daud Fathani telah menambah perkataan al-Tazallul  bagi menggantikan perkataan al-Tadabbur. Sedangkan perkataan al-Tadabbur adalah bergabung dengan perkataan selepasnya iaitu al-Tafahhum  dalam satu ayat (والتدبر والتفهم لمعاني القراءة،) yang bermaksud; “dan memerhati dan memahami makna bacaan”.

[8]  Memahami.

[9] لمعاني القراءة  : makna bacaan.

[10] Pekerjaan , perlakuan atau aktiviti .

[11] Sirr (سر ) bermaksud tersembunyi (Qamus Idris al-Marbawi ), rahsia kebatinan (HWM Shaghir:, hal. 35)

[12] Petikan yang bergaris adalah terjemahan bagi teks Arab yang bergaris di atas. Ia tidak disebutkan dalam kitab Munyah al-Mushali.

[13] Iaitu petikan dari kitab al-Ihya karya agung al-Ghazali secara makna sahaja.

[14] Begitulah yang terdapat dalam beberapa cetakan. HWM Shaghir (hal. 35)  mengekalkan sebutan ini tanpa memberi maksudnya. Berdasarkan  maklumat yang diberikan oleh beberapa guru dan ustaz yang  mengajarkan kitab Munyah al-Mushalli, perkataan ini bermaksud “dayang”. Maksud ini sesuai dengan perkataan “ وصيفة ” yang terdapat dalam teks Arabnya.

[15] Taqsir  (تقصير) bermaksud lalai atau mengambil ringan (Qamus al-Marbawi)

[16] Maksudnya mendedahkan ( Kamus Dewan, 1989 ).

[17] Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam al-Kabir

[18] Petikan dalam [  ] merupakan tambahan daripada Syaikh Daud Fathani, tiada dalam kitab al-Nashaih.