Sunday, February 28, 2016

AL-'UBAB (العباب)


Kitab al-‘Ubab (العباب) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang kaya dengan pelbagai permasalahan fiqh. Kandungan karya al-Allamah al-Qadi Shafiyuddin Abu al-Surur Ahmad bin Umar al-Zabidi al-Yamani –terkenal dengan gelaran al-Muzajjad (847-930H) ini menukilkan sebahagian besar pendapat (نصوص) Imam al-Syafi’i dan para ulama besar  (الأصحاب) mazhab.

Secara umumnya kitab al-‘Ubab adalah ringkasan bagi kitab Rawdhah al-Thalibin (روضة الطالبين وعمدة المفتين) karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). Di samping itu,  beberapa tambahan yang bermanfaat telah dilakukan oleh Imam al-Muzajjad dengan merujuk kepada beberapa kitab lain yang disusun oleh para tokoh mazhab Syafi’i terdahulu. Para ulama menganggap kitab ini agak istimewa kerana kaedah penyusunannya yang menggabungkan di antara ringkasan (التلخيص) dan himpunan (الجمع), di mana kandungan asalnya adalah ringkasan kitab al-Rawdhah, namun begitu beberapa tambahan dimasukkan dengan merujuk beberapa karya para ulama mazhab Syafi’i yang terdahulu.

Kitab al-‘Ubab telah diberikan huraian (syarah) dan komentar (hasyiah) oleh para ulama terkemudian. Di antara ulama menyusun kitab huraian bagi kitab al-‘Ubab ialah;

a)  al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (974H) melalui karyanya yang berjudul al-Iy’ab (الإيعاب). Malangnya kitab yang berharga ini tidak sempat disiapkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami kerana kewafatannya. Para ulama mazhab Syafi’i yang mutakhirin menganggap kandungan kitab ini sebagai pendapat yang muktamad di sisi Ibn Hajar al-Haytami kerana ia merupakan kitab terakhir yang disusun oleh Ibn Hajar al-Haytami.

    b)   al-Imam al-Ramli[1] juga ada menyusun sebuah kitab sebagai huraian bagi al-‘Ubab. Penyusunan kitab syarah ini dilakukan dengan sempurna, merangkumi keseluruhan kandungan kitab al-‘Ubab.

Kitab al-‘Ubab telah diterbitkan dengan cetakan pertamanya oleh Dar al-Minhaj pada tahun 2015.  Ia dicetak dalam satu jilid dengan ketebalan 1120 halaman.     

Catatan ringkas ini dipetik dan diubahsuai dari  pautan  http://alminhaj.com/book.aspx?id=147.    Semoga bermanfaat.




[1] Saya tidak pasti mengenai Imam al-Ramli di sini,  kerana terdapat dua tokoh mazhab Syafi’i yang digelar al-Ramli. Dalam rujukan yang saya baca hanya menyebutkan al-Ramli sahaja. Kemungkinan beliau adalah Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad al-Anshari al-Ramli (957H), yang dikenali sebagai al-Ramli al-Kabir.  Manakala al-Ramli yang kedua adalah anak kepada al-Ramli al-Kabir tersebut, iaitu Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Ramli  (1004H), yang terkenal sebagai al-Ramli al-Shaghir. Wallahu a’lam.

Thursday, February 25, 2016

al-Iqna’ fi al-fiqh al-Syafi’i


Kitab al-Iqna’ fi al-fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقه الشافعي) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi (364-450H).

Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas dan padat dengan beberapa permasalahan fiqh menurut mazhab Syafi’i. Walaupun ringkas, kandungannya merangkumi hampir keseluruhan bab fiqh yang biasa dibincangkan oleh para fuqaha dalam kitab-kitab mereka. Dikatakan kitab ini diringkaskan oleh Imam al-Mawardi dari kitab beliau yang berjudul al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i ( - الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي) .

Menurut Haji Khalifah, kitab ini  memaparkan beberapa permasalahan hukum syarak, tanpa mendatangkan sokongan atau dalil dari al-Quran atau al-Sunnah. Namun begitu,  pendapat-pendapat yang disebutkan oleh al-Mawardi dalam kitab ini adalah berdasarkan pendapat para fuqaha yang terpercaya.

Imam al-Nawawi banyak menukil pendapat al-Mawardi yang terdapat dalam kitab al-Iqna’ dan menyebutkan dalam beberapa karya beliau. Kandungan kitab iqna’ juga ada dinukilkan oleh Imam al-Ramli  sebagaimana yang disebutkan dalam kitab al-Fatawanya.

al-Yaqut al-Hamawi ada menyebutkan dalam kitab al-Mu’jam al-Udaba’ bahawa penyusunan  kitab al-Iqna’ oleh al-Mawardi ini berdasarkan perintah oleh Khalifah al-Qadir Billah, iaitu Khalifah ‘Abbasiyyah ketika itu. Di mana khalifah memerintahkan  para ulama dari mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali agar menyusun sebuah kitab yang ringkas dan padat dengan permasalahan fiqh mengikut pendapat mazhab masing-masing. 

Lalu perintah itu disambut oleh beberapa orang ulama terkenal mewakili mazhab masing-masing,  iaitu; Imam al-Mawardi telah menyusun kitab al-Iqna’ berdasarkan mazhab Syafi’i, Imam Abu al-Husain al-Qadduri menyusun kitab al-Mukhtashar (Mukhtashar al-Qadduri) berdasarkan mazhab Hanafi,  al-Qadhi Abu Muhammad Abdul Wahhab bin Nashr al-Maliki menyusun kitab Mukhtashar-nya berdasarkan mazhab Maliki, dan seorang ulama di kalangan mazhab Hanbali yang tidak dipastikan namanya telah menyusun kitab al-Mukhtashar berdasarkan mazhabnya.  

al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani (533-593H) telah menyusun sebuah kitab huraian bagi kitab al-Iqna’ melalui karyanya Syarh al-Iqna’.

Catatan ringkas ini disusun berdasarkan pengenalan ringkas yang disebutkan di awal kitab al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i, yang dterbitkan dalam satu jilid oleh Dar Ehsan, Iran  dengan cetakan pertamanya pada tahun 1420H /2000M.

Kitab ini boleh dibaca dan di “download” di pautan

Semoga bermanfaat.

Sunday, February 14, 2016

Karya Fiqh Mazhab Syafi'i Abad ke 6 Hijrah (500-599H)

       
01.   Muhammad bin Ali bin Abu Ali al-Qal’iy al-Yamani  (500H)
a)     Ihtirazat al-Muhazzab

02.   Abu Sa’ad Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-Harawi (500H)     
            a). al-Isyaraf ‘ala Ghawamidh al-Hukumat

03.   Ishaq bin Yusuf bin Ya’qub al-Sharadafi al-Yamani (500H)
a)     al-Kafi fi al-Fara-idh wa fi al-Hisab

04.   Abu al-Muhasin Abdul Wahid bin Ismail bin Ahmad al-Thabari al-Ruyani (415-502H)
a)     Bahr al-Mazhab[1] 
b)     Hilyah al-Mukminin fi al-Furu’ 
c)      al-Kafi fi al-Furu’

05.   al-Qadhi Abu Nashr  Syuraih bin Abdul Karim bin Muhammad al-Ruyani (505H)
a)     Rawdhah al-Hukkam wa Zinah al-Ahkam

06.   Hujjatul Islam Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad al-Ghazzali (450-505H)
a)     al-Basith[2]
c)      al-Wajiz Fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i[3]
d)     al-Khulashah
e)     al-Ihya ‘Ulum al-Din[4]

07.   Saifuddin Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin al-Husain bin ‘Umar al-Syasyi al-Qaffal al-Faraqy   (429-507H)
a)     al-Syafiy fi Syarh al-Syamil[5]
b    Hilyatul ‘Ulamaa’ fiy Ma’rifati Madzahib al-Fuqahaa’
c)     al-Mu’tamad[6]

08.   Muhyi al-Sunnah Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi (436-516H)
b)     Syarh Mukhtashar al-Muzani

09.   Abu al-Fath Sulthan bin Ibrahim bin Muslim al-Maqdisi (442-518/535H)
a)     al-Tiqa al-Khatanain

10.   Abu Ishaq al-Ruyani Ibrahim bin Ali bin al-Husain al-Syaibani al-Thabari (523H)
a)     al-‘Uddah (al-‘Uddah al-Shughra)[7]

11.   al-Qadhi Abu ‘Ali al-Hasan bin Ibrahim bin ‘Ali bin Barhun al-Fariqi (433-528H)
a)     al-Fatawa al-Majmu’ah
b)     Fawa-id al-Muhazzab

12.   ‘Imaduddin Abu Hamid Muhammad bin Yunus bin Muhammad al-Irbili al-Mawshuli
(535H)
a)     al-Fatawa
b)     al-Muhith Jam’ al-Muhazzab wa al-Wasith

13.   Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad bin Muhammad al-Marwazi (453-536H)
a)     al-Ta’liqah al-Mabsuthah

14.   Abu Sa’ad Muhyiddin Muhammad bin Yahya bin Manshur al-Naysaburi  (476-548H)
a)     al-Muhith Syarh al-Wasith
b)     al-Inshaf fi Masa-il al-Khilaf

15.   Abu al-Ma’ali, Mujalla bin Jumai’ bin Naja al-Makhzumi al-Arsuqi al-Mishri (550H)
a)     Adab al-Qadha’ (al-‘Umdah)

16.   Abu Amru ‘Usman bin Muhammad bin Ahmad al-Mush’abi (550H )
a)     Syarh Mukhtashar al-Mukhtashar[9]

17.   Abu Khalaf ‘Awdh bin Ahmad al-Syarwani al-Syirazi  (550H)
a)      Syarh Mukhtahar  al-Mukhtashar[10]

18. al-Qadhi Abu al-Ma’ali Mujalla bin Jami’ al-Makhzumi (550H)
a) al-Zakha-ir fi al-Furu’

19.   Ibn al-Khall al-Syafi’i, al-Imam Abu al-Hasan Muhammad bin Mubarak Muhammad al-‘Ukbari (475-552H)
a)     Tawjih al-Tanbih ( Syarh al-Tanbih li al-Syairazi)

20.   Abu Muhammad Abdullah bin Yahya bin Abi al-Haytsam al-Sha’abi al-Yamani (553H)
a)     Ghayah al-Mufid wa Nihayah al-Mustafid fi al-Kalam ‘ala 
     al-Muhazzab

21.   Abu Husain Yahya bin Abu al-Khayr bin Salim al-‘Imrani al-Yamaniy  (489-558H)
a)     al-Bayan Fi Mazhab al-Syafi‘i[11]    
b)     Musykil al-Muhazzab (Bayan ma Asykala min al-Muhazzab)
c)      Radd al-Su-al ‘amma fi al-Muhazzab
d)     Ghara-ib al-Wasith
e)   al-Zawa-id fi al-Furu’[12]

22.   Hamalul Islam Abu Qasim Umar bin Muhammad bin Ahmad / Ibn al-Bazri (560H)
a)     al-Fatawa
b)     Hill Isykalat al-Muhazzab

23.  Abu Muhammad, Mahmud bin al-‘Abbas al-Khawarizmi (568H)
a) al-Kafi

24.   Quthbuddin Abu al-Ma’ali Mas’ud bin Muhammad bin Mas’ud al-Thuraisyisyi al-
Naysaburi (505-578H)
a)     al-Hadi  fi al-Fiqh[13] 

25.   Ibn Abu ‘Ashrun, Abu Sa’ad Syarafuddin Abdullah bin Muhammad bin Hibatullah bin al-Mutahhar bin  ‘Ashrun (493-585H)
a)     al-Muzahhab Fi Gharib al-Muhazzab
b)     Fawa-id al-Muhazzab
c)      Shafwah al-Mazhab ‘ala Nihayah al-Mathlab[14]
d)     al-Dhari’ah fi ma’rifah al-Syari’ah
e)     al-Intishar

26.  Najmuddin Abu al-Barakat Muhammad bin al-Muwaffiq bin Sa’id al-Khubusyani (510-587H)
a)     Tahqiq al-Muhith   

27.   al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani (533-593H)
b)  Syarh al-Iqna’ fi Furu’ al-Syafi’iyyah[15]


[1] Merupakan kitab huraian () bagi kitab Mukhtashar al-Muzani, karya Imam Ismail bin Yahya al-Muzani (246H).

[2] Dikatakan kitab al-Basith adalah ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab fi Dirayah al-Mazhab karya Imam al-Haramayni al-Juwaini (478H). Kitab al-Basith walaupun ringkasan kepada Nihayah al-Mathlab, tidaklah bermakna semua kandungannya adalah daripada kitab tersebut, malah Imam al-Ghazali turut memuatkan pandangan-pandangannya. Ini adalah manhaj ulama terdahulu dalam meringkaskan kitab. Sebagaimana Imam al-Nawawi (676 H) yang meringkaskan kitab al-Muharrar karya Imam al-Rafi'i dengan penambahan dan pembetulan. Kitab al-Basith ini kemudiannya telah diringkaskan sendiri oleh al-Ghazali dengan beberapa tambahan di dalam kitabnya al-Wasith.

[3] Kitab al-Wajiz adalah ringkasan kitab al-Wasith karya al-Ghazali sendiri. Kitab al-Wajiz telah dihuraikan (syarah) beberapa ulama, antaranya;
       a)     Imam Fakhruddin al-Razi (606H),
       b)     Imam al-Rafi’i (623H) melalui karyanya Fath al’Aziz Syarh al-Wajiz, yang juga terkenal dengan judul al-Syarh al-Kabir. Kitab al-Syarh al-Kabir kemudiannya telah diringkaskan oleh al-Nawawi dalam kitab al-Rawdhah al-Thalibin.

[4] Walaupun Kitab al-Ihya’ lebih terkenal sebagai kitab tasawwuf, namun begitu ia juga boleh dianggap sebagai kitab fiqh kerana sebahagian isi kandungannya menyentuh bidang fiqh.

[5] Iaitu syarah bagi Kitab al-Syamil karya Ibn al-Shabbagh (477H)

[6] Syarah bagi kitab Hilyatul ‘Ulamaa’ fiy Ma’rifati Madzahib al-Fuqahaa’, iaitu karya beliau sendiri.

[7] Jika disebutkan kitab al-‘Uddah, maka yang dimaksudkan adalah kitab al-‘Uddah al-Shughra.  Haji Khalifah menyebutkan dalam kitabnya Kasyf al-Dzunun (2/1129) nama kitab ini adalah al-‘Uddah – tanpa perkataan al-Shughra. Kemungkinan perkataan al-Shughra tersebut ditambahkan di hujungnya bagi membezakannya dengan kitab al-‘Uddah al-Kubra, iaitu karya Imam Abu Abdullah al-Husain bin Ali al-Thabari (495H).

[8] Beliau adalah cucu kepada al-Imam  Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Mahamili, al-Dhabbi al-Baghdadi (368-415H)

[9] Kitab yang menghuraikan (syarah) kitab Mukhtashar al-Mukhtashar karya Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Abdullah al-Juwaini (438H).

[10] Juga kitab syarah bagi kitab Mukhtashar  al-Mukhtashar  karya Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Abdullah al-Juwaini (438H).

[11] Ia merupakan kitab yang menghuraikan kandungan kitab al-Muhazzab karya Abu Ishak al-Syairazi (476H))

[12] Disusun dalam dua juzuk, sebagai tambahan bagi kitab al-Muhazzab karya al-Abu Ishaq al-Syairazi (476H).

[13]   Kitab ini telah disyarahkan oleh Baha-uddin al-Qafthi Hibbatullah bin Abdullah (697H)

[14] Nama ini disebutkan oleh al-Subki. Ibn Khalikan dan Haji Khalifah pula menyebutkannya sebagai Shafwah al-Mazhab min Nihayah al-Mathlab. Manakala Ibn Qadhi Syuhbah menyebutnya sebagai Shafwah fi Ikhtishar Nihayah al-Mathlab. Berdasarkan judul yang diberikan oleh al-Subki (Shafwah al-Mazhab ‘ala Nihayah al-Mathlab), kitab ini adalah huraian (syarah) bagi kitab Nihayah al-Mathlab karya al-Imam Haramain al-Juwaini (478H). Sedangkan berdasarkan judul yang disebutkan oleh Ibn Khalikan, Haji Khalifah dan Ibn Qadhi Syuhbah, kitab ini merupakan ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab. Judul yang diberikan oleh mereka ini lebih tepat berbanding dengan judul yang disebutkan oleh al-Subki, kerana kitab Nihayah al-Mathlab ditulis merangkumi 40 jilid. Sedangkan kitab Shafwah ini hanya merangkumi 7 jilid sahaja. Berdasarkan realiti tersebut, terbukti bahawa kitab al-Shafwah ini merupakan ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab dan bukannya kitab huraiannya.

[15]   Iaitu syarah bagi kitab al-Iqna’ karya Imam al-Mawardi (450H)

Friday, February 12, 2016

Abad 5 Hijrah (400-499H)


01.  Abu al-Hasan al-Qasim bin Muhammad bin ‘Ali al-Syasyi , Ibn al-Qaffal al-Kabir (400H)
a)     al-Taqrib Syarh Mukhtashar al-Muzani

02.  Abu al-Qasim Yusuf bin Ahmad bin Yusuf bin Kajj al-Dinawari (405H)
a)     al-Tajrid

03.  Abu Ali Husain bin Syu’aib bin Muhammad al-Sinji (406H)
a)     Syarh Mukhtashar al-Muzani
b)     Syarh al-Talkhish li Ibn al-Qash
c)      Syarh al-Furu’ li Ibn al-Haddad

04.  al-Qadhi Abu Hamid al-Isfirayini, Ahmad bin Muhammad (344-406H)
a)     al-Ta’liqah al-Kabirah  fi al-Fiqh ‘ala Mukhtashar al-Muzani[1]

05.  al-Mahamili, Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Mahamili, al-Dhabbi al-Baghdadi (368-415H)
c)      al-Majmu’
d)     al-Muqna’
e)     al-Tajrid
f)   Ru-us al-Masa-il

06.  Abu Bakr Abdullah bin Ahmad bin Abdullah al-Marwazi al-Qaffal al-Shaghir (327-417H)
a)     Syarh al-Talkhish li Ibn al-Qash
b)     Fatawa al-Qaffal
c)      Syarh al-Furu’ li Ibn al-Haddad
d)     Syarh Kitab ‘Uyun al-Masail li  Abi Bakr al-Farisi[2]

07.  Abu ‘Ali Al-Hasan bin Abdullah bin Yahya al-Bandaniji (425H)
a)     al-Ta’liqah (al-Jami’)
b)     al-Dzakhirah

08. al-Ustaz Abu Mansur Abdul Qahhir bin Thahir bin Muhammad al-Baghdadi (429H)
a)     Syarh Miftah Ibn al-Qash

09.  Abu al-Fadhl Abdullah bin ‘Abdan bin Muhammad al-Hamdani (433H)
a)     Syara-ith al-Ahkam

10.  Rukn al-Islam Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Abdullah al-Juwaini (438H)[3]  
a)     al-Tabshirah fi al-Waswasah
b)     Mukhtashar al-Mukhtashar  (al-Mu’tashar)[4] 
c)      Mukhtashar fi Mawqif al-Imam wa al-Makmum
d)     al-Jam’  wa al-Farq
e) al-Ta'liqah al-Mutawassithah
f)  al-Silsilah
g)  al-Furu' (al-Furuq)

11.   Abu Hatim Mahmud bin al-Hasan bin Muhammad al-Anshari al-Thabari al-Qazwaini (440H)
a)     Tajrid al-Tajrid[5]
b)     al-Hiyal al-Dafi’ah

12.  Abu al-Qasim al-Kurkhi Manshur bin ‘Umar bin ‘Ali al-Baghdadi (447H)
a)     al-Ghunyah fi al-Mazhab
            
13.  Abu ‘Ali al-al-Zujajiy, al-Qadhi al-Hasan bin Muhammad bin al-‘Abbas al-Zujaji al-Thabari (447H)
a)     Ziyadah al-Miftah  (al-Tahzib)

14.  Abu al-Farj Muhammad bin Abdul wahid bin Muhammad al-Darimi al-Baghdadi (358-448H)
a)     al-Istizkar

15.   Abu al-Thayyib, Thahir bin Abdullah al-Thabari (445H/450H)
a)     Syarh Mukhtashar al-Muzani  (al-Ta’liqah)
b)     Syarh Furu’ Ibn al-Haddad  
c)      Syarh al-Kifayah.        
d)     al-Mujarrad          

16.  Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri (364-450H)
b)     al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i[6]
c)      al-Ahkam al-Sulthaniyyah                                                                                                                                                 
17.   ‘Imaduddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Ruyani al-Thabari (450H)
a)     Adab al-Qadha
b)  al-Jurjaniyyat

18.  Muhammad bin Banan bin Muhammad al-Kazaruni (455H)
a)     al-Ibanah fi al-Fiqh al-Syafi’i.

19.  al-Fawrani, Abdurrahman bin Muhamad Ahmad bin Fawran (461H)
b)     al-‘Umdah

20.  Abu ‘Ashim Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-‘Abbadi al-Harawi  (375-458H)
a)     al-Ziyadat
b)     Ziyadat al-Ziyadat[8]

21.  Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad  bin al-Husain bin ‘Ali al-Bayhaqi  (384-458H)
a)     Ma’rifah al-Sunan wa al-Atsar / al-Sunan al-Wustha   
b)   al-Mabsuth fi Jami’ Nushush al-Syafi'i       
c)  al-Khilafiyyat       
                                                                                         
22. Abu al-Hasan ‘Ali bin Ahmad bin Khayran al-Baghdadi (Ibn Khayran al-Shaghir) ()                 
a)     al-Lathif

23. al-Qadhi Husain, Abu ‘Ali al-Husain bin Muhammad bin Ahmad al-Marwaruzi (462H)
a)     al-Ta’liqah  (Syarh Mukhtashar al-Muzani )
b)     al-Fatawa 
c)      Syarh al-Furu’ Ibn al-Haddad
d)     Asrar al-Fiqh

24. Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali al-Syairaziy al-Fayruzabadi (393-476H)
b)    al-Tanbih[9]    
c)     Tazkirah al-Mas-ulin fi al-Khilaf
d)    al-Nukat fi Masail al-Mukhtalaf fiha Baina al-Syafi’i wa Abi Hanifah
e) al-Tabshirah dan Syarahnya

25. Ibn al-Shabbagh, Abu Nashir Abdul Sayyid bin Abdul Wahid al-Baghdadi (400-477H)
b)     al-Kamil
c)      al-Fatawa
d)  al-Thariq al-Salim
e)  'Uddah al-'Alim

26. Abu Sa’id Abdul Rahman bin Makmun bin Ali al-Mutawalli al-Naisaburi (478H)    
a)     al-Tatimmah (Tatimmah al-Ibanah)[11]

27.  Imam Haramain, Abu al-Ma-‘ali Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini (419-478H)
b)     Ghunyah al-Mustarsyidin fi al-Khilaf

28.  Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad al-Jurjani –Qadhi Basrah (482H)
a)     al-Bulghah
b)     al-Mu’ayah
c)      Tahrir al-Ahkam[13]

29.  Abu al-Fath Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi al-Nablusi (490H)
       a) Tahrim Nikah al-Mut'ah
       b) al-Tahzib

30. Abdul Rahman bin Muhammad bin Ahmad bin al-Zar al-Sarakhsi (421-494H)
a)      al-Amali[14] 

31. Abu Abdullah al- Husain bin Ali  bin al-Husain al-Thabari (418-494/495H)
a)     al-‘Uddah ( ‘Uddah al-Kubra Syarh al-Ibanah)[15]

32. al-Hannathi, Abu ‘Abdullah al-Husain bin Muhamad bin al-Hasan al-Hannathi al-Thabari (495H)
a)     al-Fatawa
b)  al-Kifayah fi al-Furuq wa al-Latha-if



[1] Kitab ini telah diringkaskan oleh Abu Ishaq Ibrahim al-Syairaziy al-Fayruzabadi (393-476H) melalui kitabnya al-Tanbih.

[2] Iaitu karya Abu Bakr Ahmad bin al-Hasan bin Sahl al-Farisi (350H/961M)

[3]  Beliau adalah bapa kepada Imam al-Haramayn al-Juwayni (478H)

[4]  Ia merupakan ringkasan bagi kitab Mukhtashar al-Muzani, Kitab ini telah dihuraikan oleh Imam Abu Amru ‘Usman bin Muhammad bin Ahmad al-Mush’abi (550H), Imam Abu Khalaf ‘Awdh bin Ahmad al-Syarwani al-Syirazi (550H) dan Imam Ibn Thahir.
                                                      
[5] Ia merupakan tajrid bagi kitab al-Tajrid karya sahabatnya Imam al-Mahamili (415H)

[6] Sebuah kitab ringkas dan padat dengan permasalahan hukum syarak, yang meliputi hampir kesemua perbahasan yang yang dibincangkan karya fiqh. Kitab ini telah diterbitkan pertama kalinya oleh Dar al-Ihsan, Taheran, pada tahun 1378H dengan ketebalannya 235 halaman. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://ia801308.us.archive.org/30/items/FP71016/71016.pdf

[7] Kitab ini telah disyarahkan oleh muridnya al-Mutawalli (478H) dengan kitabnya al-Tatimmah.

[8] Menurut al-Rafi’i kitab ini mengandungi himpunan fatwa al-‘Abbadi

[9] Kitab al-Tanbih merupakan ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid. Ia telah mendapat perhatian besar di kalangan ulama al-Syafi’i, mereka telah menyusun beberapa syarah, mukhtasar, dan sebagainya.

[10] Jika disebutkan kitab al-Syamil secara itlaqnya, maksudnya ialah kitab ini. Kitab al-Syamil telah disyarah oleh Imam Fakhr al-Islam Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin al-Husain bin ‘Umar al-Syasyi al-Qaffal al-Faraqy al-Syafi’i (429-507H) dengan kitabnya al-Syafiy Syarh al-Syamil.

[11] Kitab al-Tatimmah merupakan huraian (syarah) bagi kitab al-Ibanah karya Imam al-Fawrani (461H), iaitu guru kepada Imam al-Mutawalli. Namun kitab ini tidak sempat disempurnakan, hanya sampai bab al-Hudud.

[12] Kitab al-Nihayah dikatakan sebagai ringkasan bagi 4 buah kitab, iaitu Kitab al-Umm, al-Imlak, Mukhtashar al-Buwaithi dan Mukhtashar al-Muzani. Namun begitu menurut al-Babili dan Ibn Hajar al-Haytami kitab al-Nihayah merupakan syarah bagi Kitab Mukhtashar al-Muzani. Kitab al-Nihayah kemudiannya diringkaskan pula oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali dengan kitabnya al-Basith.

[13] Sebuah kitab yang disusun dalam satu jilid yang tebal, mengandungi masalah hukum yang banyak, tanpa disertai dengan dalilnya (mujarrad dari istidlal.)

[14] Menurut al-Hafiz al-Zahabi judul kitab ini ialah al-Imla’.

[15] Iaitu syarah bagi kitab al-Ibanah karya al-Fawrani (461H)