Kitab “
Tamam al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-Sunnah ” karya al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (1914-1999M)
adalah sebuah kitab yang disusun khusus oleh pengarangnya yang mengandungi beberapa kritikan dan komentar ilmiah terhadap sebahagian isi kandungan kitab “ Fiqh al-Sunnah ”, iaitu sebuah
kitab fiqh perbandingan yang masyhur karya al-‘Allamah Sayyid Sabiq (1915-2000M).
Terdapat
banyak karya dalam berbagai bidang keilmuan Islam yang dihasilkan oleh para ulama
terdahulu maupun kini, yang diiktiraf mutu kandungannya dan dikagumi kaedah
penyusunannya. Karya-karya peninggalan para ulama ini menjadi rujukan dan
panduan kepada ummah sepanjang zaman. Namun begitu, karya-karya tersebut tidak
terlepas dari beberapa kritikan para ulama sezaman maupun terkemudian dari
aspek-aspek tertentu. Hal ini berlaku, kerana masing-masing ulama berijtihad,
yang sangat mungkin hasil ijtihad itu berbeza antara satu sama lain. Begitu
jugalah dengan kitab Fiqh al-Sunnah karya Sayyid Sabiq ini, tidak terlepas dari
kritikan dari ulama yang lain.
Intipati
Kitab Tamam al-Minnah;
Inti
dari kritikan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang terdapat dalam kitab
ini, boleh disimpulkan dalam dua tema besar, iaitu;
Pertama,
berkenaan dengan hadis yang digunakan sebagai dalil hukum dalam kitab Fiqh
al-Sunnah adalah berasal dari kitab-kitab karya para ulama terdahulu. Sayyid
Sabiq tidak mentahqiq atau memilih dan membuat penelitian secara mendalam
terhadap hadis-hadis tersebut, kerana berprinsip pada kaidah “ Setiap ilmu yang
diambil dari ahlinya boleh diterima ”. Sebagai contoh Syaikh al-Albani berbeza
pendapat dengan Syaikh Sayyid Sabiq dalam hadis tentang kewajipan zakat
perdagangan. Menurut Syaikh al-Albani hadis tersebut dhaif.
Kedua,
perbezaan sumber fiqh antara keduanya. Syaikh al-Albani cenderung mengikuti makna
tersurat (zhahir al-nash) dari teks hukum, sedangkan Syaikh Sayyid Sabiq lebih
dekat pada maqashid nash (tujuan
makna nash ). Syaikh al-Albani tidak segan berbeza pendapat dengan jumhur ulama
terdahulu, seperti dalam pengharaman emas bagi wanita, sedangkan Syaikh Sayyid
Sabiq biasanya menghormati pendapat jumhur ulama. Perlu diketahui, mengkritik
hasil karya ulama lain bukanlah hal baru dalam dunia Islam.
Pembahasan
fiqh penuh dengan ijtihad para ulama dan seharusnya bagi setiap muslim untuk berlapang
dada dalam menerima perbezaan pendapat dalam masalah fiqh terutama bagi para ilmuan dan tokoh pimpinan Islam yang
menjadi ikutan masyarakat.
Terjemahan kitab ini dalam bahasa Indonesia bagi jilid 2, boleh dimuat turun di pautan berikut;
http://ebooks-islam.fuwafuwa.info/_Nashiruddin%20Al-Albani/Tamaamul%20Minnatu%20Fii%20Ta'liiqi%20'Alaa%20Fiqhus%20Sunnah%202.pdf
Terjemahan kitab ini dalam bahasa Indonesia bagi jilid 2, boleh dimuat turun di pautan berikut;
http://ebooks-islam.fuwafuwa.info/_Nashiruddin%20Al-Albani/Tamaamul%20Minnatu%20Fii%20Ta'liiqi%20'Alaa%20Fiqhus%20Sunnah%202.pdf
Kitab dalam bahasa Arab boleh dimuat turun di pautan berikut;
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment