Tuesday, July 31, 2012

Matan Abu Syujaa'


Matan al-Ghayah wa al-Taqrib atau Matan Abi Syujaa’ karya al-Imam Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahani adalah ringkasan fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal. Al-Azhar telah menjadikan kitab al-Iqna’ fi Hall Alfadzh Abi Syuja’ karangan al-Imam al-Khathib al-Syirbini yang merupakan syarah kepada Matan Abi Syuja’ tadi sebagai sukatan pelajaran bagi pelajar peringkat sekolah.

al-Imam Abu Syuja’ telah mempelajari mazhab Syafi’i lebih dari 40 tahun. al-Imam al-Silfi berkata: beliau adalah antara orang-orang yang tunggal (dari segi kehebatan, kepandaian, ketokohan, dan sebagainya) pada zamannya. Abu Syuja’ telah diberi umur yang panjang sehinggakan al-‘Allamah al-Dairabi pun mengatakan bahawa beliau pernah hidup selama 160 tahun. Beliau meninggal di al-Madinah al-Munawwarah pada tahun 593 Hijrah.

Matan Abi Syuja’ telah disyarah oleh ramai ulama. Antaranya:

- Al-Imam Abu Bakr bin Muhammad al-Hushni (829 H) dengan kitab Kifayah al-Akhyar
- Al-Imam Ahmad al-Akhshashi (889 H); Syarh Mukhtahsar Abi Syuja’
- Al-Imam Muhammad bin Qasim al-Ghazzi (918 H); Fath al-Qarib al-Mujib
- Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Manufi (931 H); al-Iqna’
- Al-Imam Waliyy al-Din al-Bashir (972 H); al-Nihayah fi Syarh al-Ghayah
- Al-Imam al-Khathib al-Syarbini; telah disebutkan
- Al-Imam Ahmad bin al-Qasim al-‘Abbadi (994 H); Kasyf al-Ghaffar bi Kasyf Mukhabba’at Ghayah al-Ikhtishar.

Rujukan: pendahuluan Mukhtahsar Abi Syuja’ al-Musamma Matan al-Ghayah wa al-Taqrib fi al-Fiqh al-Syafi’i oleh al-Imam Abu Syuja’, cetakan ketiga, tahun 1428H/2007M, Dar al-Salam, Mesir.



Link berkaitan:

1. Huraian Matan Abu Syujaa' oleh al-Ustadz Dr. K.H. Mohamad Najib Amin (Audio):

     http://archive.org/details/KajianFiqihKitabAl-ghayahWaAl-taqribMatanAbiSyuja
     atau

2. Berikut ini link untuk mendownload matan versi pdf:
    a.  matan kitab
    b.  tadzhib matan

Syarah dan Mukhtashar Kitab Minhaj Thalibin


Assalamu 'alaikum wa rahmatullah.

Dalam catatan ini, saya menyenaraikan nama-nama kitab yang mensyarah atau menghuraikan dan meringkaskan Kitab Minhaj al-Thalibin atau nama pendeknya disebutkan sebagai ' Kitab al-Minhaj '. Kitab al-Minhaj merupakan sebuah kitab fiqh karya Imam al-Nawawi yang dianggap penting dalam Mazhab Syafi’i, sehinggga banyak para ulama yang hidup sesudah al-Nawawi yang mensyarahnya, supaya pengikut Syafi’i dapat memahaminya dengan mudah dan tepat.


Syarah Kitab al-Minhaj

Dia antara syarah-syarah tersebut ialah;

1. Al-Bahr al-Mawaj ila Syarh al-Minhaj, karya Shafiuddin Ahmad bin al-‘Imad al-Aqfahasy
2. Al-Diibaj ila Syarh al-Minhaj, karya Muhammad bin Abdullah al-Zarkasyi
3. Tashhih al-Minhaj, karya Sirajuddin Umar bin Ruslan al-Bulqainy
4. Dar al-Taj fi I’rab Masykal al-Minhaj, karya al-Suyuthi
5. Al-Bahr al-Mawaj, karya Muhammad bin Fakhruddin al-Abar al-Maaridiny
6. Al-Najm al-Wahaj ila Syarh al-Minhaj, karya Jamaluddin Muhammad bin Musa al-Damiry
7. Syarh al-Minhaj, karya Taqiyuddin Abu Bakar bin Ahmad bin Syahbah
8. Badayah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, karya Ibnu Syahbah al-Asaady
9. Irsyad al-Mihtaj ila Syarh al-Minhaj, karya Ibnu Syahbah al-Asaady
10.Hadi al-Raghibin ila Syarh Minhaj al-Thalibin, karya Muhammad bin Abdullah bin Qadhi ‘Ajilun
11.Tuhfah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, karya Ibnu Hajar al-Haitamy
12.Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, karya Muhammad bin Ahmad al-Ramly
13.Mughni al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, karya Khatib Syarbainy
14.Syarh al-Minhaj, karya Jalaluddin al-Mahally
15.Syarh al-Minhaj, karya Ahmad bin Hamdan al-Azra’i
16.al-Ibtihaj ila Syarh al-Minhaj, karya Taqiyuddin al-Subky
17.Syarh al-Minhaj, karya al-Asnawy
18.Syarh al-Minhaj, karya Farj bin Muhammad al-Ardibily
19.Syarh al-Minhaj, karya Zakariya al-Anshary
20. I’anah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, karya Sayyid Muhammad bin Ahmad Abd al-Barry al-Ahdal
21.Dan lain-lain.



Mukhtashar al-Minhaj (Ringkasan)

Kitab al-Minhaj, disamping banyak syarahnya, ada juga para ulama yang meringkasnya dalam bentuk mukhtashar dan nazham. Di antara mukhtashar-mukhtashar al-Minhaj ialah;

1.al-Wahaj fii Ikhtishar al-Minhaj, karya Abu Hayyan Muhammad bin Yusuf al-Andalusy
2.al-Manhaj al-Thullab, karya Zakariya al-Anshary. Kitab ini kemudian disyarah oleh pengarangnya sendiri dengan nama Fath al-Wahab
3. al-Suyuthi salah seorang ulama Syafi’iyah abad ke X H, untuk memudah kaum muslimin menghafal kitab al-Minhaj, beliau telah membuat isi al-Minhaj dalam bentuk nadham dengan nama    ' al-Ibtihaj ila Nadham al-Minhaj '


Insya Allah, senarai ini akan dikemaskini lagi dengan syarah-syarah yang lain dan akan disusun mengikut susunan wafat pengarangnya. Semoga bermanfaat.

al-Mughni 'an Haml al-Asfar fi Takhrij Ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar

Kitab al-Mughni 'an Haml al-Asfar fi Takhrij Ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar merupakan karya al-Hafidz al-Iraqi, yang menerangkan takhrij dan status hadits dan atsar yang terdapat dalam al-Ihya` karya Hujjatul Islam al-Ghazali. al-'Allamah al-Zabidi menyebutkan bahwa awalnya al-'Iraqi menulisnya dalam beberapa jilid besar pada tahun 751 H. Kemudian beliau meringkasnya dalam satu jilid saja. (lihat, al-Ithaf, 1/41)

Takhrij ini juga disertakan di kebanyakan Kitab al-Ihya` yang banyak beredar pada saat ini.

Monday, July 30, 2012

Rasa-il al-Tawhid - karya Imam Izzuddin Abdul Salam



The following is a small set of short works by the great Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam on the issue of tawhid and in response to certain scholars of his time who had Hashawi inclinations and had exerted significant influence upon the then governor of Egypt. These four treatises included in this short book of less than fifty pages serve as a presentation of the Imam’s views on true tawhid and the sound approach to the contentious issue of Allah’s speech and sound (sawt). The treatises (the first being al-Milhah fi I’tiqad Ahl al-Haqq) also serves as a defence from false accusations that had been hurled against him.


Download Kitab Rasa-il al-Tawhid :    PDF 

Fiqh al-Dalil

Buku Fiqh al-Dalil (Pembahasan Fiqh serta Dalil-Dalilnya) merupakan sebuah buku fiqh yang disertai dengan dalil dan pembahasan yang sangat ringkas. Ia disusun oleh Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni.

Buku ini ditulis untuk memudahkan dan memberi panduan bagi orang awam, pelajar dan para ulama, kerana ia merupakan ringkasan dari pelbagai kitab fiqh.

Penulis telah merujuk berbagai kitab fiqh semasa menulis buku ini dan kemudian beliau cuba meringkaskannya seperti al-Mughni, al-Muhalla, al-Tamhid, Fatawa Ibn Taimiyyah, Nailul Awtar, Subul al-Salam, Manar al-Sabil wa al-Salsabil, Fiqh al-Sunnah, Bidayah al-Mujtahid, al-Rawdhah al-Naddiyah dan sebagainya.

Selain itu, beliau juga turut berdiskusi dengan para ulama dalam menghasilkan kitab ini.

Semoga buku ini dapat memberi kemudahan buat para pembaca semua.


Maklumat terjemahan kitab ini;

Fiqh Ad-Dalil

ISBN : 9830997197

Pengarang : Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni

Penterjemah: Nor Hasanuddin

Penyunting/Editor: Noraine Abu
Muka Surat: 523
_______________________________________________________________________________________________

ULASAN KITAB "FIQHUD DALIL" DR AIDH AL-QARNI

Oleh: 
Saya ambil artikel ini dari http://al-muqry.blogspot.com/2010/03/ulasan-kitab-fiqhud-dalil-dr-aidh-al.html . Semoga bermanfaat;

Sering kali saya menerima perbagai soalan berkaitan kitab ini, samada mereka yang bertanyakan pendapat tentang kedudukan kitab ini dan juga yang inginkan penjelasan tentang kekeliruan yang timbul dari pembaca terhadap beberapa masalah yang dianggap pelik dan bertentangan dengan maklumat yang sedia ada di dalam pemikiran mereka (khususnya yg berlainan dengan mazhab syafei).
 
Dengan ini saya merasakan adalah wajar saya tuliskan sedikit ulasan di sini bagi merungkaikan segala kekeliruan berdasarkan pengamatan saya terhadap kitab tersebut.
1. Ia merupakan kitab yang membincangkan beberapa permasalahan fiqh sahaja, seperti ibadat, jihad dan zikir. Tiada di dalamnya bab 'munakahat' (kekeluargaan) muamalat dan jinayat. 

2. Ia bukanlah kitab fiqh berdasarkan mana-mana mazhab yang muktabar, tetapi hanyalah berdasarkan pilihan (ikhtiyarat) pengarang ke atas mana-mana hukum dari mana-mana mazhab tersebut. Oleh itu sememangnya terdapat banyak masalah yang tidak sama dengan mazhab Syafei yang diamalkan di Malaysia.

3. (Berdasarkan pengamatan saya) Ia lebih cenderung di dalam memilih pandangan kepada mazhab Hanbali atau pandangan ulama aliran salafy (seperti yg dpt dilihat dlm rujukan utamanya)

4.  Ia hanya membincangkan masalah-masalah yang besar dalam Fiqh dan jarang sekali ia mendedahkan masalah furu' yang kecil.

5. Berkaitan dengan hadis pula pengarang banyak berpandukan takhrij dan hukum terhadapnya oleh Syeikh Albani seperti kitab 'Al-Irwa', 'Silsilah hadis sohih dan Dhoif', sedangkan Syeikh Albani terlalu banyak 'tasaahul' (kesilapan) di dalam menghukum sesuatu hadis.

6. Saya berpendapat kitab ini lebih tepat dinamakan 'FIQHUN NUSHUS' atau "FIQHUL QURAN WAS SUNNAH" kerana kebanyakan dalil hanyalah tertumpu kepada dua sumber dalil ini sahaja tanpa menyebut dalil-dalil yang lain seperti Qias, istihsan , masoleh mursalah, istiqro' dll.

7. Apabila pengarang menyatakan sesuatu hukum itu " tiada dalil" ia beerti 'tiada nas dari Al-Quran dan Sunnah' bukannya tiada dalil yang dijadikan panduan oleh mujtahid di dalam menentukan hukum tersebut. (spt masalah tempoh haid)

8. Pengarang tidak menjadikan kitab-kitab dari mazhab Syafei dan Hanafi sebagai rujukan walaupun di dalam kedua-dua mazhab tersebut terdapat kitab-kitab yang membincangkan hukum-hukum dengan dalil-dalil seperti al-Majmu' Imam Nawawi (mazhab Syafei), 'Uqudul Jawahir' (mazhab hanafi) dll. Tetapi ia lebih cenderung kepada kitab mazhab zohoriy seperti "Al Muhalla Ibnu Hazm.

9. Kitab ini elok dijadikan panduan untuk kita mengetahui dalil-dalil di dalam permasalahan fiqh, di samping kita juga tidak meninggalkan kitab-kitab fiqh yang lain untuk dibuat perbandingan dan jangan sekali-kali memperlekehkannya. (krn sudah ada kedengaran ust yg menyatakan kitab2 yg lain semuanya x ada dalil dan kita x boleh pakai)
 
Cadangan:

Bagi mereka yang ingin mengetahui dalil-dalil dan hujjah mazhab syafei ana cadangkan satu kitab yang dikarang oleh guru ana Dr Mustafa Bugha dan rakannya iaitu "al-Fiqh al-Manhaji" yang telah diterjemahkan dan telah berada di pasaran.

Sunday, July 29, 2012

Kitab Tafsir al-Qurtubi


Kitab ini dinamakan Kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran dan lebih dikenali dengan nama Tafsir al-Qurtubi. Dihasilkan oleh Imam Abu Abdillah, Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakar Ibn Farrah al-Ansari, al-Khazraji, al-Andalusi, al-Qurtubi (w.671H).


Beliau adalah seorang yang terkenal dengan sikap tawaduk, alim, zuhud, berkarisma dan komited dalam melakukan amal akhirat untuk dirinya. Beliau sering didapati memakai sehelai jubah yang bersih dengan kopiah di atas kepalanya serta seluruh hidupnya digunakan untuk beribadat kepada Allah. Baki dari waktunya dihabiskan untuk menulis dan mengkaji ilmu agama.

Hasil penulisannya, sebagaimana yang boleh didapati kini cukup memberi manfaat kepada kaum muslimin sejak ia ditulis hingga ke hari ini. Tiada royalti, tiada sebarang upah dalam hasil kerjanya semata-mata mengharapkan rahmat Allah sebagai bekalan hari akhirat. Kitab tafsirnya itu adalah sebaik-baik kitab dalam menghuraikan ayat al-Quran berpandukan nahu Arab dengan sandaran ayat al-Quran, hadis dan juga syair Arab. Beliau turut menjelaskan setiap hukum berdasarkan fiqh mazhab di samping diselitkan panduan dan peringatan dengan hari akhirat.

Berkata Ibn Farhun: “Hasil karyanya ini adalah yang paling baik pernah aku baca dan dia (al-Qurtubi) menulis banyak kitab lain yang sangat bernilai dan bermutu tinggi.”

Ada baiknya kita soroti sedikit ulasan beliau terhadap kitabnya ini secara ringkas:

“Adapun, al-Quran ini merupakan satu kitab yang penting bagi melaksanakan hukum syarak, selain sunnah dan juga kewajiban yang lain. Ia diturunkan oleh pembawa amanah dari langit (Jibrail) kepada pemegang amanah di muka bumi (Rasulullah SAW). Oleh itu, aku merasakan aku ‘patut’ untuk berkhidmat dengannya sepanjang hidupku, meluangkan masa dari segala kesibukanku terhadap dunia ini. Aku berusaha untuk menulis ulasan dan huraian secara ringkas dalam al-Quran itu berdasarkan huraian dan tafsiran ulama, dari aspek bahasa, ikrab, hukum qiraat selain turut menempelak golongan yang sesat dan menyeleweng.

Begitu juga, aku membentangkan beberapa hadis yang menjadi penguat dari aspek hukum dan sebab-sebab penurunan sesebuah ayat tersebut dengan gabungan di antara maknanya yang tersirat. Selain itu, turut diterangkan segala isu permasalahan yang timbul berdasarkan pendapat ulama salaf dan generasi yang mengikuti jejak langkah mereka dari kalangan ulama khalaf (terkemudian)…

…dan aku meletakkan dua syarat di dalam kitabku ini, iaitu [1] menyandarkan setiap perkataan kepada orang yang menyebutnya dan [2] menyatakan hadis dari sumbernya yang asal. Kerana para ulama menyatakan bahawa keberkatan ilmu itu didapati daripada setiap komentar yang disandarkan kepada orang yang mengatakannya dan juga setiap hadis itu di sebutkan sumber asalnya.

Keberkatan ilmu itu didapati daripada setiap komentar yang di’sandar’kan kepada orang yang mengeluarkan kenyataan itu. Ini kerana terlalu banyak hadis yang dikutip dari kitab fiqh dan tafsir yang diragui kesahihannya (mubham). Tidak akan diketahui siapakah yang mengatakannya kecuali apabila dirujuk semula ke dalam kitab-kitab hadis.
Jika keadaan ini tidak dinyatakan, pastilah orang yang tidak punya kepakaran akan terus dalam ‘kehairanan’ disebabkan tidak mengetahuai antara hadis yang sahih dan hadis yang ‘lemah’. Apa yang mereka ketahui hanyalah ilmu kulit sahaja (tanpa kebenaran yang sahih).

Keadaan sebegitu, sebenarnya tidak diterima sebagai hujah dan pendalilan sehinggalah mereka mengeluarkannya dengan ’sandaran’ kepada seseorang tokoh ulama yang terkenal, dipercayai dan disegani di kalangan ulama Islam. Maka, inilah yang kami (penulis) syaratkan di dalam kupasan kitab ini, semoga Allah menunjukkan jalannya yang benar!

Aku menghindari dari memasukkan terlalu banyak kisah-kisah para mufassir dan juga sejarawan melainkan yang benar-benar penting bagi sesuatu hal yang sememangnya perlukan penjelasan berkaitan sesebuah hukum, atau memberikan panduan kepada pengkaji untuk mendapatkan keputusannya. Aku turut meletakkan bagi setiap ayat sandaran padanya cuma satu hukum fiqh ataupun dua hukum sahaja, malah sesetengahnya ditambah dengan keterangan yang bersangkutan dengan ayat tersebut seperti sebab-sebab penurunan ayat, tafsiran, kalimah pelik (gharib) dan juga hukum.
Jika tidak disebutkan hukum fiqh, aku akan menyebutkan padanya tafsiran dan takwilan… dan seterusnya hingga akhir pendahuluannya. Lalu aku namakan kitab ini sebagai “al-Jami’ li Ahkam al-Quran wa al-Mubayyin lima Tadhammanahu min al-Sunnah wa Ahkam al-Furqan”.

Semoga Allah merahmati beliau! Amin…

Sumber: 
Link yang berkaitan:

al-Syifa bi Ta'rif Huquq al-Musthafa

Kitab al-Syifa ini merupakan sebuah kitab yang cukup terkenal berkaitan dengan hak seorang Islam terhadap diri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kitab ini dikemukakan oleh saya setelah melihat ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui hak Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam yang patut dibela dan dipertahankan.
Kaum kuffar, saban hari mencipta sesuatu untuk menyakiti peribadi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ada yang melakarkan bentuk kartun seperti dilakukan oleh penjenayah Denmark dan ada pula yang cuba menerbitkan dokumentari untuk mempersendakan Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti yang dilakukan oleh orang Belanda.

Justeru itu, kitab ini yang dikarang oleh Qadhi ‘Iyadh dengan judul ' al-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Musthafa atau al-Syifa fi Syaraf al-Musthafa ' yang lebih dikenal sedemikian oleh penduduk Islam sebelah Timur adalah sebuah kitab yang cukup sinonim dalam situasi ini.
Beliau telah lama menerbitkannya demi mempertahankan Rasulullah dan menyatakan setiap bentuk kecintaan dan pembelaan kita kepada orang yang berani mencemuh dan menyakiti Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sekalipun Baginda sudah tiada lagi. Inilah yang dikatakan iman sepertimana yang dihuraikan oleh beliau di dalam kitabnya ini.

Kitab ini mengupas secara panjang lebar berkaitan dengan keperibadian dan hak-hak yang sepatutnya ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kitab ini begitu bermutu dan masih digunakan sebagai rujukan hingga kini di negara Islam.
Dan pernah diceritakan, seorang ilmuan bermimpi bertemu dengan Qadhi ‘Iyadh tidak lama selepas kematiannya, lalu ditanya kepadanya: Apa yang Allah buat kepadamu? Beliau menjawab: Tidak ada yang memberikanku faedah melainkan kitab al-Syifa.

Haji Khalifah berkata pula: Kitab tersebut adalah sebuah kitab yang hebat dan cukup berfaedah, tidak pernah ditulis sepertinya dalam dunia Islam. Syukur kepada Allah Taala atas usaha yang dilakukan oleh penulisnya, semoga diterima dengan rahmat dan kemuliannya di sana kelak.

Ulama yang membaca kitab tersebut, berlumba-lumba untuk menghurai dan mengeluarkan hadis-hadisnya. Bahkan mereka turut menulis ringkasan dan huraian berpandukan kitab tersebut sebagaimana kata ‘Abd Allah al-Habsyi: Hampir 80 buah kitab telah ditulis berkaitan dengan kitab al-Syifa ini, antaranya kitab huraian, hasyiah dan juga takhrij.

Ulama turut menceritakan berkaitan manuskrip kitab ini yang telah dicetak buat pertama kalinya di Mesir pada tahun 1276H dan di Ankara pada tahun 1290H, di kota Fes, maghribi pada tahun 1305H. Dicetak pula dengan semakan oleh Muhammad Salim dan Ibrahim Madkur pada tahun 1396H dan diulang cetak semula dengan semakan ‘Ali Muhammad al-Bijawi pada tahun 1397H.

Kitab huraian pada kitabnya ini adalah seperti karya Abu al-Mahasin Ibn al-Dhajjah (w.572H) yang sezaman dengannya, antara kitab lain seperti:
  1. kitab Nasim al-Riyadh oleh Syihab al-Khafaji,
  2. kitab Khulasah al-Wafa bi Syarh al-Syifa (خلاصة الوفا بشرح الشفا) oleh Ibrahim Hanif al-Rumi (w.1199H),
  3. kitab Muzil al-Khafa ‘an Alfazh al-Syifa (مزيل الخفا عن ألفاظ الشفا) oleh Ahmad bin Kamal al-Din al-Syimni al-Misri (w.873H),
  4. kitab al-Riyadh fi Khatm al-Syifa li al-Qadhi ‘Iyadh (الرياض في ختم الشفا للقاضي عياض) oleh al-Sakhawi (w.902H),
  5. kitab Syarh al-Syifa oleh ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari atau lebih dikenali sebagai Mulla ‘Ali al-Qari (w.1014H),
  6. kitab Hasyiah Ibn Luthf ‘ala al-Syifa oleh Muhammad Hasan bin Luthf ‘Ali (w.1312H),
  7. kitab Manahil al-Safa fi Hill Alfazh al-Syifa (مناهل الصفا في حل ألفاظ الشفا) oleh Ibn Gennoun al-Fasi (w.1333H); dan,
  8. kitab Manahil al-Safa fi Takhrij Ahadits al-Syifa (ومناهل الصفا في تخريج أحاديث الشفا) oleh Jalal al-Suyuthi (w.911H).

Kandungan kitabnya ini terbahagi kepada 4 bahagian:

Bhgn 1 – Mengagungkan Nabi dari aspek perkataan dan perbuatan
Bab 1 – Pujian Allah kepadanya. Terdapat 10 fasal.
Bab 2 – Penyempurnaan Allah pada kejadian dan akhlaknya. Terdapat 27 fasal.
Bab 3 – Berita yang sahih tentang kedudukannya. Terdapat 12 fasal.
Bab 4 – petanda dan mukjizatnya. Ada 30 fasal.
Bhgn 2 – Kewajipan insan terhadap hak Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam
Bab 1 – Kewajipan beriman dan mentaatinya. Ada 5 fasal.
Bab 2 – Kewajipan mengasihi Baginda. Ada 6 fasal.
Bab 3 – Mengutamakan perintahnya. Ada 7 fasal.
Bab 4 – Hukum berselawat dan kelebihannya. Ada 10 fasal.

Bhgn 3 – Apa yang mustahil pada hak Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam
Bab 1 – Apa yang khusus dalam urusan agama. Ada 16 fasal.
Bab 2 – Hal keduniaan dan apa yang harus baginya sebagai manusia biasa. Ada 9 fasal.
Bhgn 4 – Hukum mencela dan mengeji Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
Bab 1 – Menerangkan celaan dan kejian terhadap Nabi. Ada 10 fasal.
Bab 2 – Hukum bagi orang yang mencela dan menyakitinya. Ada 10 fasal.

Semoga Allah Taala memberikan kita peluang untuk membaca, bukan membaca ketika ada peluang! Insya Allah
 
 
 

Link berkaitan:
 
 

Perhimpunan Amal Ibadat


Kali ini saya ingin membicarakan sebuah kitab / buku karya ulama atau penulis  tempatan yang berjudul “ Perhimpunan ‘Amal Ibadat ”. 

Kitab “ Perhimpunan ‘Amal Ibadat ” ini disusun oleh al-Syaikh ‘Ali bin ‘Abdullah Balidram atau disebut sebagai ‘Ali Baildram sahaja. Beliau adalah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Ugama Islam, Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Kitab ini, mungkin selesai penyusunannya pada tahun bulan Oktober 1962. Ini  berdasarkan tarikh yang ditulis oleh penyusunnya selesai di akhir kata pengantar kitab, iaitu “ termaktub pada 14 Oktober 1962 bersamaan dengan 21 Jamadil Awal 1382 ”. 

Kitab ini setebal 171 halaman, tidak termasuk halaman iklan kitab di halaman akhirnya. Kitab “ Perhimpunan ‘Amal ‘Ibadat ”  dalam koleksi saya dicetak  dan diterbitkan dalam tulisan jawi oleh Sulaiman Press, sebuah syarikat penerbitan di Pulau Pinang. Tiada tahun terbitan dicatatkan.

Ada dua buah kitab jawi  menjadi bacaan dan rujukan kami sekeluarga pada ketika itu, iaitu Kitab Perhimpunan Amal ‘Ibadat dan Kitab Perukunan. Kedua kitab ini, mungkin boleh dianggap kitab agama pertama, yang saya kenal  dan menjadi bacaan dan rujukan saya ketika umur masih kanak-kanak dahulu.
Mengenai tujuan penyusunan buku ini, saya bawakan petikan kata pengantar penyusunnya sendiri;


Menurut kepastian saya, ada banyak di antara kaum muslimin berkehendak sebuah buku ringkas dan lengkap dalam perkara amal ibadat. Maka di atas kepastian itulah saya menghimpunkan buku ini dengan penuh harapan akan jadi sebuah buku panduan yang mudah lagi berfaedah kepada kaum muslimin kea rah mengerjakan amal ibadatyang diwajibkan pada setiap hari

Isi kandungan buku;
Buku ini dimulai dengan bahagian aqidah yang menerangkan rukun iman dan rukun Islam. Menerangkan secara ringkas mengenai najis dan amalan yang berkaitan taharah seperti mandi dan wuduk serta mengenai jenis-jenis air. Penerangan fasal yang berhubung dengan sembahyang, sembahyang dalam musafir, sembahyang jumaat, solat terawih, witir, dan pengurusan jenazah dll. Ada juga diterangkan mengenai puasa, zakat dan haji. Dilampirkan juga beberapa contoh doa seperti doa tahlil, doa selamat, doa awal dan akhir tahun, nisfu Sya’ban, dan beberapa doa yang lain. Penyusun juga memasukkan penerangan mengenai ilmu tajwid dan ibadat korban. Buku ini diakhiri dengan beberapa kisah para nabi seperti kisah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim ‘a.s., Nabi ‘Isa ‘a.s. dan Nabi Muhammad saw.

Amalan Mandi Safar
Satu tajuk yang agak memeranjatkan saya yang dimasukkan oleh penyusun dalam buku ini ialah mengenai amalan mandi safar. Di mana amalan dan kepercayaan ini dianggap suatu perkara khurafat dalam Islam.
Berikut petikan dari kitab tersebut:
Daripada Syeikh Syarafuddin di dalam kitab yang bernama Ta’liqah, bahawa segala bala yang diturunkan oleh Allah Ta’ala pada tiap-tiap setahun dua belas ribu, berpindah daripada Lawh Mahfuz kepada langit dunia pada malam al-Arbi’ak akhir bulan Safar, maka hendaklah dituliskan doa ini tujuh ayat kemudian ditaruhkandia ke dalam air serta diminumkandia dengan niat minta selama daripada segala bala yang tersebut, inilah doanya……”
Saya pernah melihat cetakan kitab ini dalam ejaan rumi di kedai buku, namun saya tidak pasti syarikat yang menerbitkannya. Wallahu a’lam . Semoga bermanfaat.

Penawar Bagi Hati

Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al-Indonisi al-Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada  zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.

Kitab ini, sekarang telah diterbitkan dalam tulisan rumi oleh beberapa syarikat penerbitan buku.

Kitab yang diterbitkan oleh Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/download/PenawarBagiHati/Penawar%20Bagi%20Hati.pdf

Dowload Syarah kitab Penawar Bagi Hati oleh Dr Abdul Basit secara audio :

Friday, July 20, 2012

Tafsir al-Kasysyaf - karya al-Zamakhsyari

Kitab Tafsir al-Khasysyaf ialah karya Abu Qasim Mahmud bin Umar al-Khawarizmi al-Zamakhsyari. Ia lahir 27 Rajab tahun 487 H di Zamakhsyari, dan wafat pada tahun 538 H di Jurjaniyah. Kata Zamakhsyari pada hujung namanya dinisbahkan kepada desa Zamakhsyar di Khawarizmi, desa kelahiranya, ia bergelar Jarullah. Tafsir al-Kasysyaf adalah salah satu buah pena Zamakhsyari yang ditulis selama tiga tahun di Makkah al-Mukaramah atas permintaan Abu Hasan Ali Ibnu Hamzah.

 Tafsir ini ditulis berdasarkan susunan mushaf (tahlili), corak tafsirnya termasuk tafsir bil-ra’yi. Tafsir ini di dalamnya penuh dengan romantika balghah (kajian pilologi) serta kental dengan unsur-unsur teologi Mu’tazilah. Tafsir ini termasuk tafsir apologis, yang menjadikan Qur’an sebagai alat legitimasi demi kepentingan peribadi, mazhab dan golongan.

 Pengaruh teologi mu’tazilah dalam tafsir al-Kasyaf telah dikaji oleh para ulama. Di antara ulama yang telah berhasil menjelaskan dan membukukan teologi mu’tazilah dalam tafsir al-Kasyaf adalah:

  1. Allamah Ahmad An-Nayyir, dalam kitab al-Intishaf.
  2. .al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, dalam As-Syafi fi Takhrij Ahadisil Kasysyaf.
  3. Syeikh Muhammad Ulyan al-Marzuki, dalam Hasyiyah Tafsir al-Kasysyaf dan Masyahidah Inshaf ‘Ala Syawahidil Kasysyaf.
Empat buah kitab ini telah dilampirkan pada tafsir al-Kasysyaf yang diterbitkan oleh al-Maktabah al-Tijariyah Makkah oleh Mustaufa Muhsin Ahmad.

Pengarangnya memberikan dua sifat dan dia sebutkan kedua sifat itu tanpa ragu. Sifat pertama adalah tafsir yang beraliran mazhab mu’tazilah. Bahkan, pengarangnya sendiri sampai mengatakan: “ Apabila kamu ingin minta izin dengan pengarang al-Kasysyaf ini maka sebutlah namanya dengan Abul Qosim al-Mu’tazili”.

Dari kalimat pertama dalam tafsir ini sudah menunjukkan adanya indikasi tentang Mu’tazilah. Dari pertama sampai akhir. Imam Zamakhsyari selalu berpegang dengan mazhab Mu’tazilah dalam penfsirannya. Padahal al-Quran bukanlah sebuah kitab mazhab. Apabila al-Quran ditafsirkan dengan landasan sebuah aliran maka nilai kemurniannya sudah hilang. Maka dari itulah al-Kasysyaf mendapat banyak kritikan dari para ulama Ahlusunnah.

Sifat kedua yang dimiliki tafsir ini adalah keutamaan dalam nilai bahasa ‘Arab, baik dari segi I’zaj al-Quran, Balaghah, dan Fashahah, sebagai bukti jelasnya Al-Quran diturunkan dari sisi Allah SWT. Bukan buatan manusia dan mereka tidak akan mampu meniru seumpamanya sekalipun mereka saling tolong-menolong dalam melakukannya. Dalam hal ini, Imam Zamakhsyari sangat mempersiapkannya dengan matang sebelum beliau mengarangnya.

Ada beberapa kelemahan yang terdapat dalam kitab al-Kasyaf, antara lain: Dalam setiap tafsir ayat al-Quran tidak ada pengaruh batin yang didapatkan oleh pengarang. Dalil-dalil ayat tersebut tidak bisa memalingkannya kepada kebenaran, bahkan Zamakhsyari memalingkan makna tidak sesuai dengan zahirnya. Ini merupakan mengada-ada kalam Allah SWT. Lebih baik seandainya sedikit saja, tetapi pada kenyataannya dia membahasnya secara panjang lebar agar tidak dikatakan lemah dan kurang. Dalam hal ini, dapat kita lihat bahwa penafsiran dalam kitab itu bercampur dengan pengaruh aliran mu’tazilah. Ini adalah pengaruh cacat yang sangat besar.

Kritikan lain terdapat pada pencelaan Imam Zamakhsyari terhadap para wali Allah SWT. Hal ini karena ia lupa tehadap jeleknya perbuatan ini, dan karena tidak mengakui adanya hamba Allah SWT seperti itu. Alangkah indah ungkapan Imam al-Razi dalam kritikannya kepada al-Zamakhsyari tehadap yang demikian. al-Razi berkata dalam tafsir ayat “Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya (QS al-Maidah [5]:54) “Dalam hal ini, pengarang al-Kasysyaf telah menceburkan dirinya dalam kesalahan dan bahaya karena telah mencela kekasih Allah SWT dan telah menulis sesuatu yang tidak layak dan sesuatu kejelekan terhadap mereka yang dicintai Allah SWT. dia sangat berani melakukan hal ini, padahal tulisan ini dia lakukan ketika menafsirkan ayat-ayat Allah SWT yang Majid”.

Kritikan lainnya adalah penyebutan Ahlusunnah dangan kata-kata kotor. Terkadang disebut dengan golongan mujabbaroh (pemaksa), bahkan terkadang dikatakan dengan kaum kafir dan kaum yang menyimpang. Padahal ucapan seperti ini hanya pantas keluar dari golongan mereka yang bodoh, bukan dari ulama yang pintar.


Manhaj fi kitab al- Kasysyaf

Tafsir al-Kasysyaf adalah salah satu kitab tafsir bi al-ra’yi yang terkenal, yang dalam pembahasannya menggunakan pendekatan bahasa dan sastera. Penafsirannya kadang-kadang ditinjau dari arti mufradat yang mungkin, dengan merujuk kepada ucapan-ucapan orang Arab terhadap syair-syairnya atau definisi istilah-istilah yang populer. Kadang penafsirannya juga didasarkan pada tinjauan gramatika atau nahwu.

Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab tafsir yang banyak beredar di dunia Islam, termasuk di Indonesia. Sebagai salah satu kitab tafsir yang penafsirannya didasarkan atas pandangan Mu'tazilah, ia dijadikan corong oleh kalangan Mu’tazilah untuk menyuarakan fatwa-fatwa rasionalnya. Al-Fadhil Ibnu ‘Asyur berpendapat bahwa al-Kasysyaf ditulis antara lain untuk menaikkan kedudukan Mu’tazilah sebagai kelompok yang menguasai balaghah dan ta’wil.

Namun demikian, kitab ini telah diakui dan beredar luas secara umum di berbagai kalangan, tidak hanya di kalangan non-Ahlussunnah wal Jama’ah, tetapi juga di kalangan Ahlusunnah wal Jama’ah. Ibnu Khaldun misalnya, ia mengakui keistimewaan al-Kasysyaf dari segi pendekatan sastera (balaghah)-nya dibandingkan dengan sejumlah karya tafsir ulama mutaqaddimin lainnya. Menurut Muhammad Zuhaili, kitab tafsir ini yang pertama mengungkap rahasia balaghah al-Qur'an, aspek-aspek kemukjizatannya, dan kedalaman makna lafaz-lafaznya, di mana dalam hal inilah orang-orang Arab tidak mampu untuk menentang dan mendatangkan bentuk yang sama dengan al-Qur’an. Lebih jauh, Ibnu ‘Asyur menegaskan bahawa majoriti pembahasan ulama Sunni mengenai tafsir al-Qur’an didasarkan pada tafsir al-Zamakhsyari. al-Alusi, Abu al-Su’ud, al-Nasafi, dan para mufassir lain merujuk kepada tafsirnya.

al-Zamakhsyari melakukan penafsiran secara lengkap terhadap seluruh ayat Al-Qur'an, dimulai ayat pertama surah al-Fatihah sampai dengan ayat terakhir surah an-Nas. Dari sisi ini dapat dikatakan bahwa penyusunan kitab tafsir ini dilakukan dengan menggunakan metode tahlili, yaitu suatu metode tafsir yang menyoroti ayat-ayat Al-Qur'an dengan memaparkan segala makna dan aspek yang terkandung di dalamnya sesuai urutan bacaan dalam mushaf Utsmani. al-Zamakhsyari sebenarnya tidak melaksanakan semua kriteria tafsir dengan metode tahlili, tetapi karena penafsirannya melakukan sebahagian langkah-langkah itu, maka tafsir ini dianggap menggunakan metode tafsir tahlili.

Aspek lain yang dapat dilihat, penafsiran al-Kasysyaf juga menggunakan metode dialog, di mana ketika al-Zamakhsyari ingin menjelaskan makna satu kata, kalimat, atau kandungan satu ayat, ia selalu menggunakan kata in qulta (jika engkau bertanya). Kemudian, ia menjelaskan makna kata atau frase itu dengan ungkapan qultu (saya menjawab). Kata ini selalu digunakan seakan-akan ia berhadapan dan berdialog dengan seseorang atau dengan kata lain penafsirannya merupakan jawaban atas pertanyaan yang dikemukakan. Metode ini digunakan karena lahirnya kitab al-Kasysyaf dilatarbelakangi oleh dorongan para murid al-Zamakhsyari dan ulama-ulama yang saat itu memerlukan penafsiran ayat dari sudut pandang kebahasaan, sebagaimana diungkapkan sendiri dalam muqaddimah tafsirnya;

"Sesungguhnya aku telah melihat saudara-saudara kita seagama yang telah memadukan ilmu bahasa Arab dan dasar-dasar keagamaan. Setiap kali mereka kembali kepadaku untuk menafsirkan ayat al-Qur'an, aku mengemukakan kepada mereka sebagian hakikat-hakikat yang ada di balik hijab. Mereka bertambah kagum dan tertarik, serta mereka merindukan seorang penyusun yang mampu menghimpun beberapa aspek dari hakikat-hakikat itu. Mereka datang kepadaku dengan satu usulan agar aku dapat menuliskan buat mereka penyingkap tabir tentang hakikat-hakikat ayat yang diturunkan, inti-inti yang terkandung di dalam firman Allah dengan berbagai aspek takwilannya. Aku lalu menulis buat mereka (pada awalnya) uraian yang berkaitan dengan persoalan kata-kata pembuka surat (al-fawatih) dan sebagian hakikat-hakikat yang terdapat dalam surah al-Baqarah. Pembahasan ini rupanya menjadi pembahasan yang panjang, mengundang banyak pertanyaan dan jawaban, serta menimbulkan persoalan-persoalan yang panjang".

Penyusunan kitab tafsir al-Kasysyaf tidak dapat dilepaskan dari atau merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang pernah disusun oleh para mufassir sebelumnya, baik dalam bidang tafsir, hadis, qira’at, maupun bahasa dan sastra.

Dari kajian yang dilakukan oleh Musthafa al-Juwaini terhadap kitab tafsir al-Kasysyaf tergambar delapan aspek pokok yang dapat ditarik dari kitab tafsir itu, iaitu:

1. al-Zamakhsyari telah menampilkan dirinya sebagai seorang pemikir Mu’tazilah;
2. Penampilan dirinya sebagai penafsir atsari, yang berdasarkan atas hadis Nabi;
3. Penampilan dirinya sebagai ahli bahasa;
4. Penampilan dirinya sebagai ahli nahwu;
5. Penampilan dirinya sebagai ahli qira’at,
6. Penampilan dirinya sebagai seorang ahli fiqh,
7. Penampilan dirinya sebagai seorang sastrawan, dan
8. Penampilan dirinya sebagai seorang pendidik spiritual.


Dari ke lapan aspek itu, menurut al-Juwaini, aspek penampilannya sebagai seorang Mu’tazilah dianggap paling dominan. Apa yang diungkapkan oleh al-Juwaini di atas menggambarkan bahwa huraian-huraian yang dilakukan oleh al-Zamakhsyari dalam kitab tafsirnya banyak mengambarkan berbagai pandangan yang mendukung dan mengarah pada pandangan-pandangan Mu'tazilah.

Begitu juga halnya dengan al-Zarqani yang menguatkan asumsi itu. Namun demikian, ia juga mencatat beberapa keistimewaan yang dimiliki tafsir al-Kasysyaf, antara lain: Pertama, terhindar dari cerita-cerita israiliyyat; Kedua, terhindar dari uraian yang panjang; Ketiga, dalam menerangkan pengertian kata berdasarkan atas penggunaan bahasa Arab dan gaya bahasa yang mereka gunakan; Keempat, memberikan penekanan pada aspek-aspek balaghiyyah, baik yang berkaitan dengan gaya bahasa ma’aniyyah maupun bayaniyyah; dan Kelima, dalam melakukan penafsiran ia menempuh metode dialog.

Faham kemu’tazilahan al-Zamakhsyari dalam tafsirnya membuktikan kecerdasan, kecemerlangan dan kemahirannya. Ia mampu mengungkapkan isyarat-isyarat yang jauh agar terkandung di dalam makna ayat guna membela kaum Mu’tazilah dan menyanggah lawan-lawannya. Tetapi dari aspek kebahasaan ia berjasa telah menyingkap keindahan al-qur’an dan daya tarik balaghahnya. Hal ini karena dia memiliki pengetahuan yang sangat luas tentang ilmu balaghah, bayan, nahwu dan sharaf.

Dia pernah menyatakan bahwa orang yang menaruh perhatian terhadap tafsir tidak akan dapat menyelami hakikatnya sendiri kecuali jika dia telah menguasai dua ilmu khusus bagi al-Qur’an iaitu, ilmu ma’ani dan ilmu bayan. Zamakhsyari telah cukup lama menyelami keduanya, bersusah payah dalam menggalinya, menderita karenannya serta di dorong oleh cita-cita luhur untuk memakahi kelembutan-kelembutan hujjah Allah dan oleh hasrat ingin mengetahui mukjizat Rasulullah.

Ibnu Khaldun memberikan analisa dan penilaian terhadap al-Khasysyaf karya Zamakhsyari tersebut di saat membicarakan tentang rujukan tafsir mengenai pengetahuan tentang bahasa, I’rab, dan balaghah. Dia mengatakan:

“ Di antara kitab tafsir paling baik yang mencakup bidang tersebut ialah kitab al-Khasysyaf karya Zamakhsyari, seorang penduduk khawarizm di Irak. Hanya saja pengarangnya termasuk pengikut fanatik Mu’tazilah. Karena itulah ia senantiasa mendatangkan argementasi-argumentasi untuk membela mazhabnya yang rusak setiap ia menerangkan ayat-ayat al-Quran dari segi balaghah. Cara demikian bagi para penyelidik dari kaum ahli sunnah dipandang sebagai penyimpangan dan, bagi jumhur, merupakan manipulasi terhadap rahasia dan kedudukan al-Quran. Namun demikian mereka tetap mengakui kekokohan langkahnya dalam hal berkaitan dengan bahasa dan balaghah. Tetapi jika orang membacanya tetap berpijak pada mazhab sunni dan menguasai hujah-hujahnya, tentu ia akan selamat dari perangkap-perangkapnya. Oleh karena itu, kitab tersebut perlu di baca mengingat keindahan dan keunikan seni bahasanya ”.


Link artikel berkaitan:

1.      al-Kasysyaf karya al-Zamakhsyari


2.      Pengaruh Teologi Mu’tazilah Dalam Tafsir al-Kasysyaf.


3.      Muktazilah Dan Mauqif Penafsiran Mereka Terhadap Al-Quran ...


4.      Metodologi al-Zamakhsyari dalam kitab al-Kasysyaf



Download tafsir ini dalam format PDF : التحميل

Wednesday, July 18, 2012

Kifayah al-Akhyar fi Hall Ghayah al-Ikhtishar

Kitab Kifayah al-Akhyar  merupakan sebuah kitab fiqh yang cukup terkenal dalam mazhab al-Syafi’i. Ia  disusun oleh Syeikh al-Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al-Husaini al-Hishni al-Dimasyqi al-Syafi’i. Seorang ulama mazhab al-Syafi’i yang lahir sekitar abad ke 9 Hijrah.

Nama penuh kitab ini ialah Kifayah al-Akhyar fi Hall Ghayah al-Ikhtishar. Biasanya ia disebut dengan Kifayatul Akhyar sahaja. Ia merupakan syarah atau huraian kepada Kitab Ghayah al-Taqrib  atau terkenal sebagai Matn Abu Syuja’.  Iaitu kitab yang ringkas, yang disusun oleh al-Qadhi Abu Syuja’, Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani (434-500H).

Kitab Kifayah al-Akhyar ini adalah kitab fiqh yang cukup ringkas namun sangat detil dalam menerangkan hukum-hukum fiqh seperti bersuci, shalat, puasa, zakat, haji, wasiat, waris, perkawinan, dan lain sebagainya. Di dalamnya juga dilengkapi dengan dalil-dalil yang menjadi dasar hukum dari tajuk pembahasan tersebut.

Kerana dalam dan luasnya pembahasan yang diungkapkan dalam kitab Kifayah al-Akhyar ini, para ulama dan intelektual muslim berusaha menterjemahkannya ke dalam berbagai bahasa, termasuk bahasa Indonesia, Malaysia, Thailand, Inggeris, Perancis, dan lainnya.

Sesuai dengan namanya (Kifayah al-Akhyar), nampaknya Syeikh al-Imam Taqiiyuddin Abu Bakr menginginkan kitab ini menjadi pilihan utama dan terbaik dalam pembahasan masalah-masalah fiqh, terutama dalam mazhab Syafi’i.

Syeikh Taqiyuddin mengharapkan, umat Islam yang mempelajari kitabnya ini, agar secara giat menekuni dan mendalami ilmu fikih. Menurutnya, mereka yang serius menekuni ilmu fiqh dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari dalam menjalankan ibadah kepada Allah SWT, niscaya ia telah meretas sebuah jalan menuju surga.

Hal itu diungkapkannya dalam pembukaan (muqaddimah) dari Kifayah al-Akhyar. 'Faidza kana al-fiqh bihadza al-martabah al-syarifah wa al-mazaya al-munifah, kana al-ihtimam bihi fi al-darajah al-ula. Wa sharf al-auqat al-nafsiyyah bal kull al-'umr fihi aula. Lianna sabilahu sabil al-jannah.'

''Karena memiliki martabat mulia dan keunggulan yang luhur ini, maka menekuni ilmu fiqh menjadi prioriti utama. Bahkan akan lebih baik jika seseorang menekuninya sepanjang hayat. Sebab, menekuni fiqh adalah meretas jalan surga,'' jelas Syeikh Taqiyuddin.

Memang tak disangsikan lagi, hanya dalam literatur dan kitab-kitab fiqhlah terpapar berbagai kajian yang lebih mendalam dan detil tentang berbagai ritual ibadah dalam Islam, seperti shalat, puasa, zakat, haji, perkawinan, waris, perceraian, dan lainnya. Dalam konteks ini, tentu saja fikih lebih unggul dan mulia bagi mereka yang sentiasa tekun mempelajari dan mengamalkannya. Nabi SAW bersabda: ''Barangsiapa yang dikehendaki Allah suatu kebaikan padanya, niscaya Dia akan memudahkan dan membuatnya pandai dalam masalah agama.'' (Man yurid Allah bihi khairan, yufaqqihhu fi al-din).


Sistematik Pembahasan

Kitab Kifayah al-Akhyar di antara kitab yang cukup rinci dan detil dalam menerangkan satu topik pembahasan. Ia disusun dengan sistematika yang sangat baik, sebagaimana kitab-kitab fiqh lainnya. Berdasarkan beberapa buah cetakan 'Arabnya, kitab ini dibahagikan kepada dua juzuk, dalam sebuah buku. dalam juzuk pertama, pengarang memulai pembahasannya tentang bersuci (thaharah) sebanyak 17 fasal, lalu dilanjutkan dengan bab shalat (16 fasal), zakat (15 fasal), puasa (7 fasal), haji (5 fasal), dan bab jual beli (23 fasal). Setiap bahasan  diawali dengan penjelasan maksud atau definisi bagi setiap bab perbahasannya, kemudian dilanjutkan dengan berbagai penjelasan bagi setiap fasal.

Sementara itu, dalam bagian kedua, pengarang menjelaskan tentang masalah Luqathah, waris (faraid) dan wasiat, bab nikah, jinayat (jenayah), hudud, jihad, peradilan, dan lainnya. Semuanya diterangkan secara jelas.


 Terjemahan Kitab Kifayah al-AIkhyar;

 Terjemahan kitab Kifayah al-Akhyar dalam bahasa Melayu/Indonesia yang terbaik, pada pandangan saya ialah  terjemahan yang dilakukan oleh panel yang diketuai oleh al-Ustaz Syed Ahmad Semait, seorang pengarang dan penterjemah kitab ‘Arab yang masyhur dari Singapura. Berikut butiran ringkas kitab terjemahan tersebut berdasarkan kitab yang ada dalam koleksi saya;

 Judul    :  Kifayatul Akhyar (Kelengkapan Orang Saleh)

Pengalih bahasa:   Syed Ahmad Semait (Singapura),  K.H.  Syaripuddin Anwar (Indonesia) dan  K.H. Misbah Mushtafa (Indonesia)

Pengedit/pentahkik: Syed Ahmad Semait.

Penerbit: Pustaka Nasional, Singapura.

Tarikh terbit: Cetakan pertama kitab ini pada tahun 1993, manakala kitab terjemahan yang ada dalam koleksi saya merupakan cetakan ke lima pada tahun 2003.

Buku ini diterbitkan dalam dua bahagian (dua buku). Buku pertama  mengandungi 736 halaman, tidak termasuk pra-kata penterjemah, halaman isi kandungan dan rujukan. Buku kedua pula setebal ...... belum saya tengok ketika membuat catatan ini. 

Dowload kitab (PDF): كفاية الأخيار في حل غاية الإختصار 

Tuesday, July 17, 2012

شمائل النبي صلى الله عليه وسلم

العنوان: شمائل النبي صلى الله عليه وسلم
 
 
نبذة مختصرة: شمائل النبي صلى الله عليه وسلم: هذا الكتاب النفيسُ تضمَّن كل ما يحتاجُه المُسلمُ من معرفة خَلْق رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وصِفته، وما حباهُ الله - سبحانه - من الخِلْقة الحسنةِ والهيئة الوَقورة الجميلة، وما كان - صلى الله عليه وسلم - يستعملُ من الزينةِ، وما يحبُّ من طعامٍ وشرابٍ ولباسٍ، وما يستعملُ من سلاحٍ ودوابٍّ ومُستلزمات الحياة الأخرى.
وتناولَ هديَه - صلى الله عليه وسلم - في مِيَته وتقنُّعه وجِلستِه واتّكائِهِ وطيبِه، وهديه في كلامه وضحكه ومِزاحه وبكائه وسمرِه ونومِه وتواضُعِهِ، فضلاً عن دلِّه في عبادته وتطوُّعه، وغير ذلك من شمائله وسِماته - عليه الصلاة والسلام
-.
تأريخ الإضافة: Apr 09,2012
 
المرفقات :
رابط الصفحة : http://www.islamhouse.com/p/393293

.
شمائل النبي صلى الله عليه وسلم [ نسخة مصورة pdf ].pdfشمائل النبي صلى الله عليه وسلم [ نسخة مصورة pdf ]
4.5 MB
تنزيل مادة: شمائل النبي صلى الله عليه وسلم [ نسخة مصورة pdf ].pdf
 

Ensiklopedia Sejarah Islam

Assalamu ‘alaikum warahmatullah.

Kali ini, saya ingin memaparkan sebuah buku yang biasa menjadi bacaan saya. Ia merupakan satu koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Islam di sekolah saya. Berikut butiran ringkas buku tersebut.

Tajuk        : Ensiklopedia Sejarah Islam
Penyusun : Dr. Mahyuddin Hj Yahya

Terbitan   : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Cetakan   :  1/1989


Diterbitkan dalam 6 Jilid dan  disusun mengikut sistem abjad.

Kandungannya:

Ensiklopedia ini memaparkan berbagai maklumat sejarah umat Islam di merata dunia, catatan dan rekod sejarah umat islam termasuk aspek politik, geografi, ekonomi dan sosiobudaya. Di samping itu dimuatkan juga peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam al-Quran seperti kisah-kisah para nabi dan rasul serta kisah lain yang dianggap sebahagian daripada sejarah Islam. Namun begitu sejarah dan tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammad saw, zaman sahabat, tabiin, dan zaman perkembangan Islam hingga kini lebih banyak ditekankan. Kira-kira 320 kata masukan dimuatkan dalam ensiklopedia ini dan setiap kata masukan mengandungi antara 26-24,000 perkataan. Tajuk-tajuk penting yang dibincangkan secara terperinci termasuklah tokoh ulama tanahair dan tokoh-tokoh islam yang terkemuka. Tajuk-tajuk yang dimuatkan termasuklah peristiwa seperti perjanjian , peperangan, tempat, negeri atau wilayah, kaum, fahaman dan mazhab, kerajaan, pemerintahan,  dan istilah-istilah sejarah Islam yang penting.
 
Setakat pengetahuan saya, ensiklopedia ini merupakan sebuah ensiklopedia sejarah yang pertama yang pernah disusun oleh individu.